Sunday, March 26, 2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:226 hingga 227

- us Mahadir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 20-Feb-2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:226 hingga 227

{ لِّلَّذِينَ يُؤۡلُونَ مِن نِّسَآئِهِمۡ تَرَبُّصُ أَرۡبَعَةِ أَشۡهُرٖۖ فَإِن فَآءُو فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٞ }

Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- Ayat 2:227 (klik sini)
{ وَإِنۡ عَزَمُواْ ٱلطَّلَٰقَ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٞ }

Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

 - Mad Iwad ie tanwin baris atas diwakafkan menjadi baris atas dgn bacaan dua (2) harkat.

- Ayat ini berkait dgn ayat sebelum ini ie sumpah sesorg utk tidak mahu melakukan perkara yg baik. Dlm ayat 226 ini adalah sumpah yg khusus dlm hubungan suami isteri, 
  • "ilak" ie sumpah suami yg dilafazkan bhw dia tidak mahu lakukan hubungan suami-isteri.
- Tempoh ilak adalah 4 bulan qamariah.
  • Kenapa 4 bulan? Kerana seorg isteri hanya boleh bertahan selama 4 bln, selebihnya isteri akan tersiksa.
  • Lafaz ilak seorg suami tidak bermaksud kpd perceraian. Sekiranya lafaz talak tidak jelas, maka bukanlah talak. Seorg isteri perlu mendapatkan penjelasan daripada suaminya berkenaan lafaz talak yg tidak jelas.

Perceraian disebabkan Lian
- "Li'an" adalah apbl seorg suami melihat isterinya melakukan perbuatan zina, namun dia tiada saksi. Suami itu perlu laporkan di pejabat qadi dan lafazkan li'an ie sumpah bhw isterinya berzina dan dlm sumpah ke5 dia perlu bersumpah bhw hukum/balasan ke atas dirinya jika dia lafazkan sumpah palsu, di hadapan qadi. 
  • Selesai sumpah li'an, percerian perkahwinan berlaku.
  • Perceraian disebabkan li'an adalah perceraian selama-lamanya.

- Maksimum talak adalah tiga (3) kali, di mana talak ke-3 itu di panggil "talak baim".

- Li'an juga berlaku apbl suami menafikan anak yg dilahirkan oleh isterinya.

Isu anak tidak sah taraf
- Sekiranya seorg perempuan telah melakukan zina, kemudian dia berkahwin secara sah dgn seorg lelaki, kemudia lahir seorg anak:
  • (a) sekiranya suami tidak mengetahui hal isteri sebelum dari pernikahan, dia boleh menerima anak yg lahir.
  • (b) sekiranya si isteri membuka cerita kpd suaminya hal zina yg dilakukan, dan suaminya tidak menerima anak yg dilahirkan, maka si suami berhak melafazkan li'an, maka perkahwinan mereka perlu dipisahkan.
  • (c) sekiranya si isteri memberitahu suaminya, dan si suami berhak tidak melafazkan li'an, dan meneruskan perkahwinan. Dlm hal ini jika si isteri telah bertaubat, dia tidak perlu menceritakan kpd sesiapa (termasuk suaminya) akan hal keburukan (perzinaan) yg dilakukan sebelum pernikahannya.

Nota kuliah:
  • Tafsir Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:228 (klik sini)

No comments: