Saturday, October 28, 2023

Beriman dgn Malaikat (siri I)

- us Abdul Rahman kuliah Suboh Sabtu 28-Okt-2023

Bab Keimanan Samiiyat: Kewajipan Beriman kepada Malaikat

Malaikat diciptakan utk mentaati Allah. Ada malaikat juga ditugaskan mencatatkan perbuatan manusia.
Surah Al-An'am ayat 6:61 (klik sini)
{ وَهُوَ ٱلۡقَاهِرُ فَوۡقَ عِبَادِهِۦۖ وَيُرۡسِلُ عَلَيۡكُمۡ حَفَظَةً حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ تَوَفَّتۡهُ رُسُلُنَا وَهُمۡ لَا يُفَرِّطُونَ }

Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).

Dalil manusia perlu beriman kpd malaikat:
Surah Al-Baqarah ayat 2:285 (klik sini)
{ ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّن رُّسُلِهِۦۚ وَقَالُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَاۖ غُفۡرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيۡكَ ٱلۡمَصِيرُ }

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

Allah tidak memberitahu jantina malaikat, tetapi menjelaskan peranan malaikat.
Malaikat diciptakan lebih awal dari manusia. Diciptakan dari nur ie cahaya. Manakala jin diciptakan daripada dan manusia daripada tanah.

  • Hadis:  Dari 'Aisyah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Malaikat dijadikan dari nur (cahaya). Jin dijadikan dari marij (api). Dan Adam telah diterangkan kepada mu (iaitu dari tanah)." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2512]

Malaikat boleh bertukar rupa bentuk kpd rupa yg baik. Manakala jin boleh berupa bentuk yg baik dan juga yg buruk.

Surah Az-Zariat ayat 51:25 (klik sini)
{ إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَٰمٗاۖ قَالَ سَلَٰمٞ قَوۡمٞ مُّنكَرُونَ }

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal.

Dalil ke2, dlm kisah Maryam telah didatangi oleh malaikat

Mempunyai kekuatan luar biasa. Spt yg disebut dlm Al-Quran, tugas 8 malaikat yg memegang arasy. Allah sebutkan dalam surah Ghaffir ayat 40:7 (klik sini)
{ ٱلَّذِينَ يَحۡمِلُونَ ٱلۡعَرۡشَ وَمَنۡ حَوۡلَهُۥ يُسَبِّحُونَ بِحَمۡدِ رَبِّهِمۡ وَيُؤۡمِنُونَ بِهِۦ وَيَسۡتَغۡفِرُونَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْۖ رَبَّنَا وَسِعۡتَ كُلَّ شَيۡءٖ رَّحۡمَةٗ وَعِلۡمٗا فَٱغۡفِرۡ لِلَّذِينَ تَابُواْ وَٱتَّبَعُواْ سَبِيلَكَ وَقِهِمۡ عَذَابَ ٱلۡجَحِيمِ }

Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.

Malaikat Izrail yg meniup sangkakala dan mengakibatkan kemusnahan kpd dunia.
Surah An-Naziat ayat 79:6 (klik sini)
{ يَوۡمَ تَرۡجُفُ ٱلرَّاجِفَةُ }

Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan),

Surah An-Naziat ayat 79:7 (klik sini)
{ تَتۡبَعُهَا ٱلرَّادِفَةُ }

Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);

Surah An-Naziat ayat 79:13 (klik sini)
{ فَإِنَّمَا هِيَ زَجۡرَةٞ وَٰحِدَةٞ }

(Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua), -

Malaikat sSentiasa taat kpd Allah. Dalilnya apabila diperintah oleh Allah utk sujud kpd Nabi Adam. Dalilnya dalam surah Al-Araf ayat 7:11 (klik sini)
{ وَلَقَدۡ خَلَقۡنَٰكُمۡ ثُمَّ صَوَّرۡنَٰكُمۡ ثُمَّ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ لَمۡ يَكُن مِّنَ ٱلسَّٰجِدِينَ }

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.

Malaikat tidak berjantina, tidak berkahwin dan tidak beranak-pinak. 
Surah Az-Zukhruf ayat 43:19 (klik sini)
{ وَجَعَلُواْ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةَ ٱلَّذِينَ هُمۡ عِبَٰدُ ٱلرَّحۡمَٰنِ إِنَٰثًاۚ أَشَهِدُواْ خَلۡقَهُمۡۚ سَتُكۡتَبُ شَهَٰدَتُهُمۡ وَيُسۡـَٔلُونَ }

Dan mereka pula menyifatkan malaikat - yang juga menjadi hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah itu - jenis perempuan. Adakah mereka menyaksikan kejadian malaikat itu? Akan dituliskan kata-kata mereka (yang dusta itu), dan mereka akan ditanya kelak (serta akan menerima balasannya).

Dalil hadis: Malaikat mempunyai sayap. Dalil dlm surah Fatir ayat 35:1 (klik sini)
{ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ فَاطِرِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ جَاعِلِ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةِ رُسُلًا أُوْلِيٓ أَجۡنِحَةٖ مَّثۡنَىٰ وَثُلَٰثَ وَرُبَٰعَۚ يَزِيدُ فِي ٱلۡخَلۡقِ مَا يَشَآءُۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ }

Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat; Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

  • Hadis: Dari Ibnu Mas'ud r.a., berkenaan firman Tuhan yang ertinya: "Maka Tuhan mewahyukan kepada hambaNya apa yang diwahyukanNya". (An Najm,10). Ibnu Masuud berkata: "Sesungguhnya Nabi melihat Jibril mempunyai enam ratus sayap". [Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1437]

Wajib kita beriman kpd malaikat yg tidak disebutkan nama² mereka. Begitu juga beriman kpd rasul², ada rasul yg disebutkan nama dan kisahnya dlm Al-Quran, dan ada juga yg tidak disebutkan dlm Al-Quran. 

Bilangan malaikat yg wajib diimani ada 10.
1. Jibrail - mengutuskan wahyu kpd para nabi dan rasul.
Surah An-Nahl ayat 16:102 (klik sini)  
{ قُلۡ نَزَّلَهُۥ رُوحُ ٱلۡقُدُسِ مِن رَّبِّكَ بِٱلۡحَقِّ لِيُثَبِّتَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَهُدٗى وَبُشۡرَىٰ لِلۡمُسۡلِمِينَ }

Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Ruhul Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, untuk meneguhkan iman orang-orang yang beriman, dan untuk menjadi hidayah petunjuk serta berita yang mengembirakan bagi orang-orang Islam.

2. Mikail - mengagihkan rezeki kpd seluruh manusia dan haiwan.
Surah Hud ayat 11:6 (klik sini)
{ ۞وَمَا مِن دَآبَّةٖ فِي ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزۡقُهَا وَيَعۡلَمُ مُسۡتَقَرَّهَا وَمُسۡتَوۡدَعَهَاۚ كُلّٞ فِي كِتَٰبٖ مُّبِينٖ }

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

... kisah org yahudi yg membenci malaikat kerana malaikat menyampaikan ajaran wahyu kpd manusia.
2.1 Dalil hadis

3. Israfil - meniupkan sangkakala
Tanda² besar berlaku kiamat:
Fitnah dajjal, dajjal mampu memukul kubur dan keluar jin/syaitan menyerupai emak dan ayah kita lalu mengatakan ikutlah dajjal.
Turunnya Nabi Isa as
Keluarnya Yaajuj dan Makjuj.
Syaitan kecewa dan rosakkan manusia
Keluar matahari dari sebelah barat.
Keluar spesis binatang yg bercakap dgn manusia dan memisahkan yg beriman dgn yg tidak beriman
Beraku angin yg memusnahkan

5. Malaikat maut
3 ayat mengenai kematian manusia.
i. Allah sendiri ie Allah yg perintahkan
ii. Malaikat maut spt dlm surah As-Sajdah
iii.

5. Mukar dan Nakir - 2 malaikat yg akan datang menyoal kita di dlm kubur. Kita tidak boleh menjawab soalan mereka kecuali dijawab oleh amalan² kita. Org yg tidak beriman tidak dapat menjawab soalan 2 malaikat itu.

6. Zabaniah - menjaga neraka
Surah xx ()
Surah () ... tegas, yg nak keluar neraka akan dicampakkan semula dlm neraka
Hadis: 19 malaikat menjaga neraka


7. Malik dan Ridwan- Ditugaskan menjaga neraka dan syurga
Malaikat Malik - ketua malaikat penjaga neraka. Surah Az-Zukhruf ayat 43:77 (klik sini)
{ وَنَادَوۡاْ يَٰمَٰلِكُ لِيَقۡضِ عَلَيۡنَا رَبُّكَۖ قَالَ إِنَّكُم مَّٰكِثُونَ }

Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)!" Maalik menjawab: "Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!"

Surah Fatir ayat 35:5 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٞۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ }

Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).

Surah Luqman ()

8. Raqib dan Atid - Ditugaskan utk mencatatkan amalan baik dan buruk kita.
Surah Qaaf ayat 50:23 (klik sini) ... catat kiri dan kanan
{ وَقَالَ قَرِينُهُۥ هَٰذَا مَا لَدَيَّ عَتِيدٌ }

Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: "Inilah (Kitab catitan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan)".


No comments: