Saturday, October 7, 2023

Sahabat Rasulullah: Khalid bin Sa'id

- us Nor Azam bin Abdullah kuliah Suboh Sabtu 7-Okt-2023

Sahabat Rasulullah: Khalid bin Sa'id

- Nasab: Khalid bin Sa'id bin Bin Al-As bin Umayyah bin Abdil Syams bin Abdul Manaf bin Usai bin Al-Quraisy

- org Quraisy dari keturunan yg sangat hebat di Mekah. Bapanya juga dikenali sebagai "Abu Huhaihah" digelar "Dzutaj" ie org yg mempunyai mahkota, tinggi kedudukan dlm masyarakat Mekah (salah seorang pembesar Mekah). Dia memakai imamah (serban) yg dibuat dari kain yg mahal, dgn cara pemakaian yg istimewa. Warna serban yg dipakainya tidak akan dipakai oleh org lain pada hari itu, kerana menghormati kedudukannya dlm masyarakat Quraisy Mekah.

- Sa'id mempunyai 3 org anak ie Khalid, Amru (atau Umar) dan Aban. 3 org anaknya ini akan mengikutinya apbl mengikuti rombongan keluar lebih-lebih lagi ke darul nadwah (mesyuarat pembesar² Quraisy Mekah). Ketibaannya disambut dgn hamparan permaidani. Turut menunggu kehdatangannya adalah Abu Suffian,  Umayyah bin Khalaf.

Kedatangan Islam
- Selepas kedatangan Islam, org yg sangat menentang adalah Sa'id bin Al-As. Dlm satu perbincangan, dia sangat² marah apbl dimaklumkan salah seorg sahabat mereka iaitu Saad bin Abi Waqas telah memeluk Islam. Dia lantas bertekad akan menentang ajaran Islam, dan menghalang sesiapa sahaja dari murtad (meninggalkan ugama nenek moyang mereka). Juga bertekad menghalan ajaran Islam tersebar di bumi Mekah.

- Khalid seorg yg bijak dan tertanya-tanya kenapa bapanya sangat menentang ajaran yg di bawa oleh Nabi Muhammad saw. Dia mula mencari maklumat tentang ajaran yg dibawa oleh Nabi Muhammad saw, tetapi sangat sedikit maklumat yg diperolehinya (kerana ketika itu Nabi Muhammad saw diperingkat awal dakwah Islam).

- Pada suatu malam dia bermimpi dia berada di tepi jurang yg dipenuhi api yg sangat² marak tetapi tidak temui jalan keluar, tiba² bapanya menolak-nolak dia ke dlm jurang. Di saat getir itu dia terasa kain di pinggangnya ditarik oleh seseorg, menarik keluar, jauh dari api yang marak itu, dan dia nampak org itu adalah Muhammad.

- Pagi itu dia pergi mencari sahabat kpd Muhammad ie Abu Bakar. Kata Abu Bakar, demi Allah aku rasakan bhw mimpi itu adalah petunjuk dari Allah, dan ada sesuau kebaikan utk kamu, dan mencadangkan Khalid bertemu dan tanyakan kepada Nabi Muhammad, dan ikutilah apa yang di bawa oleh Muhammad itu, kerana apa yang dibawanya adalah kebenaran.

- Khalid mencari Nabi Muhammad di kawasan² utama Mekah, tetapi tidak bertemu baginda. Dia pergi ke hujung (pinggiran) Mekah, tiba di sebuah kampung bernama Ijyad dan bertemu dgn Nabi Muhammad sedang beribadat di sana. Dia bertanya, "Wahai Muhammad, engkau ini mengajak kami kepada apa? Apa sebenarnya yang engkau seru?" Kata Nabi Muhammad, "Aku mengajak kepada mengesakan Allah dan tidak mensyirikkan-Nya, dan juga mengajak kpd mengakui bhw aku ini Muhammad adalah hamba-Nya dan adalah pesuruh Allah. Juga mengajak engkau dan yg lain meninggalkan sembahan batu² berhala, kerana berhala itu tidak membawa kebaikan juga mudarat, juga tidak tidak tahu siapa yg menyembahnya dan yg tidak menyembahnya. Batu² berhala itu uga tidak buleh berbuat apa² kpd kamu dan yg lain". Khalid kemudiannya terus memeluk Islam. 
  • Kata anak Khalid, bapanya adalah org ke5 yg memeluk Islam.

- Khalid merahsiakan keislamannya dari bapanya. Dia mula menjarakkan (merenggang) dirinya dari mengikuti bapanya. Dia pergi ke tempat lain, dia belajar dan mengamalkan Islam yg diajarkan oleh baginda Rasulullah. Pada awal keislaman solat adalah dua rakaat sahaja.

- Bapanya mula perasan dan mengarahkan 2 anaknya utk mencari Khalid. Umar dan Aban temui Khalid di pinggir Mekah, dan melakukan amalan seperti yang dilakukan oleh Muhammad. Khalid setuju mengikuti Umar dan Aban utk pulang menemui bapanya. Apbl tiba, Sa'id bertanya kpdnya apa yg telah dilakukan hingga murtad (tidak lagi menyembah berhala). Khalid mengaku bhw dia telah memeluk Islam dan mengikuti ajaran yg di bawa oleh Muhammad. Khalid mengajak bapanya utk turut sama memeluk Islam.

- Sa'id amat marah, dan mengurung/memenjarakan Khalid selama 3 hari. Khalid dipukul dgn tongkat hingga patah tongkat itu. Khalid juga ditinggalkan di bawah panas matahari. Namun dia masih dgn Islamnya.

- Pada tahun ke5 kenabian, setelah mendapat wahyu, Rasulullah saw mengizinkan Khalid bin Sa'id utk turut serta rombongan hijrah ke Habsyah, yang diketuai oleh Jaafar bin Abi Talib ra (sepupu Rasulullah saw). Dia tinggal di Habsyah selama 10 tahun.
  • Pada tahun ke 7 hijrah, Khalid pulang bersama rombongan yg lain.
  • Rombongan pulang dari Habsyah yang diketuai oleh Jaafar hendak bertemu Rasulullah di Madinah. Pada ketika itu Peperangan Khairbar baru selesai, baginda Rasulullah berada di Khaibar.
  • Melihatkan ketibaan rombongan Jaafar itu, baginda bersabda,  "Aku tidak tahu mana satu yang aku lebih gembira. Adakah aku sangat gembira pada hari ini kerana kita menang peperangan atau Jaafar bin Abi Talib telah kembali".  Dalam rombongan itu juga ada Khalid bin Sa'id.
  • Rasulullah saw membahagikan harta rampasan perang kepada mereka, walaupun mereka tidak menyertai peperangan Khaibar.

  • >> Klik sini utk catatan kuliah Hijrah ke Habsyah (catatan kuliah #1), (catatan kuliah #2)

  • >> Klik sini utk catatan kuliah Perang Khaibar (catatan kulaih #1), (catatan kuliah #2)

- Sa'id sangat kecewa apbl 2 anaknya ie Umar dan Aban memeluk Islam. Dia membawa diri keluar dari Mekah, hinggalah saat dia meninggal dunia. Sa'id sakit dan berdoa jika dia sembuh dari penyakitnya, dia akan pastikan ajaran Islam tidak akan tersebar.  Mendengar khabar itu, Khalid bin Sa'id berdoa supaya Allah tidak menyembuhkan penyakit ayahnya itu

- 3 org anak Sa'id diutuskan di bhgn Selatan Madinah (ke Yaman, Bahrain), sebagai utusan² Nabi guru yang mengajarkan Islam, dan menjadi pengutip zakat. Penduduk Yaman dan Bahrain telah memeluk Islam, dan kehadiran mereka adalah menjadi utusan Rasulullah dalam menyampaikan dakwah, dan melaksanakan perintah Allah.
  • Kata anaknya, Khalid akan memulakan penulisannya dgn kalimah basmalah. 

- Khalid adalah seorg yg berpelajaran dan tinggal di Yaman, sehingga kewafatan Nabi Muhammad saw. Ke3-3 mereka pulang ke Madinah selepas dari kewafatan Rasulullah saw, dan Khalid mengatakan bhw dia tidak akan berkhidmat selain dari Rasulullah saw.

- Saidina Abu Bakar tidak meletakkan mereka sebagai utusan, sebaliknya melantik mereka dlm rombongan perang ke Utara, menentang tentera Rom.

Peperangan Marj ash-Shaffar
- Dlm perang Marj ash-Shaffar tahun ke 14 hijrah, Khalid pergi bersama keluarganya (juga isterinya), menyertai peperangan itu.

- Sebelum perang bermula, perlawanan satu dgn satu (mubarazah), seorg sahabat bertarung dgn ketua tentera Rom, sahabat itu menang. Perlawanan kedua adalah antara Khalid menentang seorg panglima tentera Rom, ditakdirkan Khalid tewas syahid. Isterinya setelah diketahui bhw Khalid syahid, dia menyertai peperangan itu dan berjaya membunuh 7 org tentera Rom.

- Selepas dari peperangan Marj ash-Shaffar itu, panglima Rom yg membunuh Khalid akhirnya dia memeluk Islam, kerana melihat suatu peristiwa pelik, di mana keluar satu cahaya dari jasad Khalid naik terus ke langit, ketika dia syahid, akibat dari ditikam dan ditetak. Dia kemudiannya mencari petunjuk dan akhirnya yakin dgn Islam dan beriman kpd Allah dan Rasulullah saw.

No comments: