Saturday, December 2, 2023

Sahabat Rasulullah: Abu Hurairah

-us Nor Azam Abdullah kuliah Suboh Sabtu 1-Dis-2023

Sahabat Rasulullah: Abu Hurairah

- Nama Abu Hurairah adalah Abdul Rahman bin Sahar Ad-Dausi iaitu satu kabilah Daus di Yaman. Namanya sebelum Islam adalah Abdussyam (hamba matahari).

- Tiba di Madinah pd thn ke-7 hijrah ie pada Perang Khaibar. Duduk dan tinggal di Madinah bersama Rasulullah saw dlm tempoh kurang 4 tahun. Baginda Rasulullah wafat pd awal tahun ke-11H. Dlm tempoh itu dia merupakan sahabat yg paling banyak meriwayatkan hadis ie 5,374 hadis.

- 800 org meriwayatkan hadis yg disanatkan kpd Abu Hurairah.

- Dlm kabilah Daus ada 2 org yg awal memeluk Islam ie Abu Hurairah dan Amru Ibnu Tufail.

Amru Ibnu Tufail
- Amru Ibnu Tufail Ad-Dausi pergi ke Mekah, dia seorg pembesar dan penyair di Yaman. Dia dipesan dan diperingatkan supaya tidak dengar dan terpengaruh dgn kata² Muhammad. Dia ikut cadangan org² Mekah supaya menyumbat telinga dari mendengar kata² Muhammad kalau² dia bertemu Muhammad. Dia seorg yg berilmu dan merasa tidak wajar baginya cuma mendengar kata org. Dia rimas dgn penyumbat telinganya dan terfikir utk membukanya.

- Dia mencari Muhammad dan ingin mendengar sendiri apa dakwah yg disampaikan. Nabi Muhammad membacakan 3 surah (3 kul), dan dia terus memeluk Islam.

- Selepas memeluk Islam dia memohon kpd Rasulullah saw utk pulang ke Dausi utk menyampaikan dakwah utk kaumnya memeluk Islam. Dia mengajak baginda Rasulullah saw mengikutnya ke Dausi, namun apbl Rasulullah  bertanyakan adakah penduduk Dausi mampu memberi jaminan, Amru Ibnu Tufail tidak tahu apakah dia dan penduduk Dausi boleh memberikan jaminan perlindungan kpd baginda Rasulullah saw.

- Amru Ibnu Tufail pulang dan berdakwah, tetapi tidak diterima oleh org² Dausi. Dia kemudiannya ke Madinah bertemu Rasulullah saw. Dia mengadu dan memohon supaya Rasulullah saw mendoakan kemusnahan ke atas kaumnya. Rasulullah minta dia bertenang dan mendoakan supaya diberikan hidayah kpd kaum Daus dan datangkan mereka kpd baginda (ie terima dakwah yg dibawa oleh Rasulullah saw).

Abu Hurairah
- Pd tahun ke-7H, satu gerombolan kaum Daus datang ke Madinah bertemu Rasulullah saw utk memperbaharui keIslaman mereka. Abu Hurairah dtg bersama ibunya ke Madinah.

- Abu Hurairah berdakwah kpd ibunya, namun ibunya menolak dakwah yg disampaikan. Akhlak Abu Hurairah adalah dia sangat penyabar walaupun ibunya menolak dakwah yg disampaikan dan mengeluarkan kata² yg tidak elok terhadap baginda Rasulullah saw. Rasulullah saw mendoakan kebaikan kpd ibu Abu Hurairah. Apbl dia pulang ke kediamannya, dia mendengar percikan air. Apbl dia masuk, ibunya mengucapkan kalimah syahadah.

- Abu Hurairah saw juga memohon kpd Rasulullah saw supaya didoakan oleh Rasulullah kpdnya agar dia disukai/dicintai oleh org² Islam.
  • (a) kita boleh berdoa kpd Allah supaya diri kita dicintai oleh org² Islam yg lain
  • (b) sekiranya ada org² Islam yg membenci Abu Hurairah, maka jauhi kumpulan/org itu kerana sifat dia bertentangan hadis Nabi. Rasulullah mendoakan kpd Abu Hurairah utk dicintai oleh org² mukmin, tetapi golongan itu membenci Abu Hurairah. Perlu dijauhi mereka itu kerana khuatir mereka itu tidak beriman.

- Marwan Al-Hakam menguji Abu Hurairah dgn meminta dia menyampaikan/sebutkan semula hadisnyg pernah disampaikan kpd Marwan. Marwan meminta seorg pegawainya menyemak hadis di sebalik tabir. Setelah selesai Abu Hurairah meneyebutkan hadis itu, pembantu Marwan memberitahu bhw tiada satu perkataan yg tercicir dari hadis yg dicatatkan sebelum itu.

- Abu Hurairah memberitahu bhw semasa dia kecil dia mengembala kambing. Dia sering membawa kucing apbl mengembala dia memanjakan kucing. Kucing dlm bahasa arab disebut kittun. Sebutan lain kucing adalah hirrun atau hirrarun. Hurairah diambil dari kucing.

No comments: