Friday, October 14, 2011

Nabi Ulul-Azmi

- Us Yusri Kuliah Maghrib Jumaat 14-Okt-2011

5 Nabi Ulul-azmi

Dalil: Surah Al-Ahzab ayat 33:7 (klik sini utk paparan ayat)

{ وَإِذۡ أَخَذۡنَا مِنَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ مِيثَٰقَهُمۡ وَمِنكَ وَمِن نُّوحٖ وَإِبۡرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَۖ وَأَخَذۡنَا مِنۡهُم مِّيثَٰقًا غَلِيظٗا }

(Teruslah bertaqwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh (bagi menyempurnakan apa yang ditugaskan kepada mereka);

- Susunan/aturan nabi ulul-azmi spt ayat di atas adalah Nabi Muhammad saw, Nuh as, Ibrahim as, Musa as dan Isa as.

- Namun, susunan Nabi Ulul-Azmi mengikut turutan yg afdal adalah Nabi Muhammad saw, Ibrahim as, Musa as, Isa as, dan Nuh as.

- selepas kewafatan Rasulullah saw, ilmu diwarisi oleh para sahabat ra, kemudian kepada para tabi'in seterusnya kepada para ulama. 
  • Mewartakan kepada kami Nashr bin Ali Al-Jahdhamiy, mewartakan kepada kami Abdullah bin Dawud, dari Ashim bin Raja' bin Haiwah dari Dawud bin Jamil, dari Katsir bin Qais, dia berkata: Saya duduk di sebelah Abud-Darda' di masjid Dimaskus, maka datanglah seorang lelaki kepadanya, lalu berkata: "Wahai Abud-Darda', aku datang kepadamu dari kota Madinah, kota Rasulullah SAW. untuk keperluan hadis yang sampai kepadaku, bahawasanya engkau mewartakannya dari Nabi SAW. Abud-Darda' berkata: "Apakah kamu datang berniat dagang?" Dia menjawab: "Tidak". Abud-Darda' berkata: "Apakah kamu datang berniat lainnya itu?" Dia menjawab: "Tidak". Abud-Darda' berkata: "Saya mendengar Rasulullah SAW. mengatakan: 'Barangsiapa yang melalui jalan seraya mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga. Sesungguhnya malaikat meletakkan sayap-sayapnya kerana senang kepada orang yang mencari ilmu. Sesungguhnya orang yang mencari ilmu akan dimintakan ampunan oleh orang ada di langit dan bumi sehingga ikan-ikan yang ada di air. Sesungguhnya keutamaan seorang alim dibanding abid -tekun ibadah- adalah seperti keutamaan/kelebihan bulan terhadap segala bintang. Sesungguhnya seorang ulama/alim adalah pewaris para nabi. Dan sesungguhnya para nabi itu tidak mewariskan dinar dan dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambilnya maka dia mengambil suatu bahagian yang sempurna." [Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0223.]

- cth terbaik adalah para rasul, para nabi dan para sahabat. Kelebihan para sahabat adalah kerana mereka hidup pd zaman Nabi. Para tabi'in adalah mereka hidup pd zaman para sahabat yg hidup pd zaman kehidupan Nabi Muhammad saw.
  • Para sahabat ialah mereka yang sempat hidup dan bertemu dengan baginda Rasulullah saw (ie pada zaman Rasulullah) dan terus mengamalkan sunnah yang ada.
  • Selepas kewafatan Rasulullah saw, para sahabat meneruskan dakwah dalam menyampaikan Islam dan umat Islam. Zaman ini dipanggil zaman tabi'in. 
  • Tabi'in adalah perkataan Arab yang bermaksud pengikut. Para tabi'in dimaksudkan sebagai seorang muslim yang bertemu dengan sahabat Rasulullah saw, dan mati dalam keadaan beragama Islam.

- Ciri-ciri beriman kpd Rasul
- beriman secara umum ie wajib percaya Allah tlh mengutus sekian byk Rasul yg disebut dlm Al-Quran ie sebyk 25 org. 
  • Catatan kuliah: 25 rasul yang wajib diimani (kik sini)

- Ciri-cirinya
1) Allah mengutus para rasul adalah utk membawa berita yg baik akan perkara yg baik dan membawa berita buruk/balasan neraka utk mereka yg melakukan kemungkaran.
2) membawa berita gembira dan membawa berita ancaman/amaran dr Allah.
- berita gembira adalah akan hal balasan syurga kpd mereka yg taat peritah Allah.
- berita ancaman/amaran ie hal balasan neraka dan janji² Allah akan balasan yg menunggu kpd mereka yg ingkar perintah Allah.
- Dalil dari surah Al-Ana'am ayat 6:48 dan 6:49

Ayat 6:48 (klik sini)
{ وَمَا نُرۡسِلُ ٱلۡمُرۡسَلِينَ إِلَّا مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَۖ فَمَنۡ ءَامَنَ وَأَصۡلَحَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ }

Dan tiadalah Kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran; kemudian sesiapa yang beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak akan berdukacita.

Ayat 6:49 (klik sini)
{ وَٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا يَمَسُّهُمُ ٱلۡعَذَابُ بِمَا كَانُواْ يَفۡسُقُونَ }

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka akan dikenakan azab seksa dengan sebab mereka berlaku fasik.

- apbl turun ayat "maka hendaklah kamu menyampaikan secara terang²an...", Nabi Muhammad naik ke bukit dan menyampaikan ayat² Allah kpd kaum musyrikin Mekah.

- Nabi menyampaikan kpd mereka akan amaran dr Allah bhw baginda memberitahu bhw baginda membawa ugama Islam sebagai berita gembira kpd yg mentaatinya, dan menyampaikan berita amaran/ancaman dr Allah jika mereka mengingkari.

2) supaya rasul mengajak manusia menyembah Allah, tujuan asasi syariat Islam ie: 
  • (i) mengagungkan Allah, 
  • (ii) menghidupkan Islam dlm kehidupan, dan 
  • (iii) mentauhidkan Allah.
- tauhid ie mengesakan Allah ie hanya Allah shj yg wajib disembah.

- Dalil (#1) surah Al-Anbiak ayat 21:25 (klik sini)
{ وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِيٓ إِلَيۡهِ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعۡبُدُونِ }

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".

-- Ayat penafian dulu diikuti ayat membenarkan spt kalimah syahadah, tiada tuhan kecuali Allah.
-- "berhak disembah" ie berhak mentaati dan meninggalkan larangannya.

- Dalil (#2) Surah As-Syura ayat 42:13 (klik sini)

{ ۞شَرَعَ لَكُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِۦ نُوحٗا وَٱلَّذِيٓ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ وَمَا وَصَّيۡنَا بِهِۦٓ إِبۡرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰٓۖ أَنۡ أَقِيمُواْ ٱلدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُواْ فِيهِۚ كَبُرَ عَلَى ٱلۡمُشۡرِكِينَ مَا تَدۡعُوهُمۡ إِلَيۡهِۚ ٱللَّهُ يَجۡتَبِيٓ إِلَيۡهِ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِيٓ إِلَيۡهِ مَن يُنِيبُ }

Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).

- ayat ini adalah ayat perintah Allah utk menegakkan ugama Islam.
  • Perintah menegakkan ugama Islam seperti yang diberikan kepada Nabi Nuh as, juga kpd Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as dan Nabi Isa as.
  • Syariat (melalui wahyu) ke atas Nabi Muhammad saw adalah ajaran tauhid.
- bukan ugama yg perlu disesuaikan dgn keadaan/trend semasa, sebaliknya dlm menyusuri peredaran masa, kita perlu sentiasa merujuk kpd Al-Quran dan sunnah sbg panduan hidup.


- Dalil (#3) sambungan di lain kuliah.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, October 11, 2011

Adab dgn Rasulullah

- Us Najib Kuliah Maghrib Selasa 11/Okt/11

-Adab dgn Rasulullah.

Kemanisan iman apbl:
1. Redha kpd Allah. -Suka kpd hukum, syariat, larangan yg ditetapkan. Redha kpd cara hidup Islam.

2. Redha kpd Rasulullah sbg Nabi yg di utus utk menyampaikan agama Allah. Turuti dan tidak menambah tokok dr alalan yg telah ditunjukkan oleh Rasululah.

Sbb2 perlu beradab dgn Rasulullah:
1. Bg setiap org mukmin dan mukminah wajib utk beradab dgn Rasulullah kerana Allah tlh berfirman (Dalil #1): 








Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; - (Surah Al-Hujurat Ayat 7) 

(Dalil #2). Juga firman Allah: 








Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya. (Surah Al-Hujurat Ayat 2) 

-apbl diturunkan ayat ini ada seorg sahabat yg berasa sedih kerana perasan bhw dia adalah org yg Allah maksudkan, kebetulan suara dia kuat.

-Abdul Rahman bin Auf, sewaktu diketemukan dgn kaum ansar. Dia menolak tawaran ladang dan isteri kpdnya sebaliknya ingin ditunjukkan pasar utk dia berniaga. 

Dia memulakan kehidupan di Madinah dgn berniaga di pasar, ada riwayat mengatakan dia berniaga kayu api. riwayat lain kata berniaga susu. Setelah sekian lama perniagaannya berkembang maju, sehingga sewaktu kepulangan rombongan peniaganya kembali ke Madinah, debu2 dr rombongan peniaganya menyebabkan spt ada awan di atas mereka. 

Suatu ketika saidina Aisyah bertemu Abdul Rahman dan menyampaikan berita bhw dia mendgr dr Rasullah bhw Abdul Rahman akan masuk ke syurga dlm keadaan merangkak.

Mendgrkan itu dia memberitahu saidina Aishah ra bhw semua harta perniagaannya yg sedang menghampiri Madinah tidak lagi miliknya sebaliknya milik baitulmal. Dia berharap dgn amalan tersbt dpt menebus agar dia dpt memasuki syurga tidak dlm keadaan merangkak. 

Itulah sifat para sahabat yg terdidik dgn sifat2 mulia.


Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, October 3, 2011

Tafsir Surah Al-Balad Ayat 90:12 hingga 17

- us Mahdzir Md Nor Isnin 3-Okt-2011 Kuliah Maghrib


Surah Al-Balad Ayat 90:12 hingga 16

Ayat 90:12- pertanyaan Allah yg ditujukan kpd hambanya akan kesusahan2/ujian yg ditimpakannya.

A012


Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?

Ayat 90:13

A013


(Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;

-salah satu jln/amalan yg pd ketika wahyu ini diturunkan adalah membebaskan hamba. Sewaktu wahyu diturunkan sistem hamba masih wujud. Anak kpd seorg hamba akan kekal menjadi hamba.

-cara memerdekakan hamba dipelopori oleh saidina Abu Bakar dgn cara membeli hamba dan kemudian membebaskannya.
-cara lain adalah janji dr tuannya sekiranya hamba itu boleh menebus dirinya. Golongan hamba ini layak menerima zakat utk memerdekakan diri dr tuannya pd ketika itu.

-kesusahan membebaskan hamba itulah dikatakan jln yg susah, yg ditafsirkan dr ayat ini.

Ayat 90:14

A014


Atau memberi makan pada hari kelaparan

-kesusahan lain yg dimaksudkan adalah memberi makan kpd org miskin.
-setiap org yg hadir ke majlis keraian adalah apbl kembalinya akan menggugurkan dosa2 (kecil) tuan rumah.
-pd ketika wahyu diturun masih belum menjadi tradisi utk memberi makan kpd org miskin. Pd ketika itu jamuan dibuat kpd org2 yg sama taraf kedudukan kpd tuan rumah, itulah budaya jahiliyah.

Ayat 90:15

A015


Kepada anak yatim dari kaum kerabat, 

-kesusahan lain yg dimaksudkan adalah memberi makan kpd anak yatim dr keluarga tuan rumah (spt anak saudara)

Ayat 90:16

A016


Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.

-kesusahan lain adalah memberi makan kpd org yg terlantar dijln.
-org arab ketika itu maju dlm bidang ekonomi, namun Allah menggelar mereka jahiliyah kerana miskin dr segi kemanusiaan. Sifat mereka masih jihiliyah disisi Allah.

-jahiliyah ie jahil dr sudut aqidah, syariah dan akhlak.

-jln yg susah juga dmaksudkan utk menjadi org yg beriman, sentiasa berpesan tentang sabar, dan bepesan dgn kasih sayang.


Ayat 90:17

A017
Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.



-sabar ie menerima ujian Allah dan dlm masa yg sama mencari jln keluar dr permasalahan itu.

-sabar dlm melaksanakan amalan yg soleh, sabar dlm meninggalkan larangan Allah.

-belas kasihan kpd haiwan spt haiwan sembelihan:
1) mengasah pisau sembelihan bukan dihadapan haiwan tsbt.
2) membaringkan/mengikat haiwan dgn hemah dan lemah lembut.
3) meletakkan pisau ditengkuk haiwan dgn berani.

-amalan paling hebat dlm bulan Zulhijjah adalah menunaikan haji. Bagi yg tidak dpt menunaikan haji adalah melaksanakan qurban.

-qurban bermaksud sanggup memberikan apa yg kita miliki.

-org yg redha sanggup sedekahkan bahagian daging yg layak baginya ie 1/3 dr daging, utk disedekahkan kpd org miskin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 2, 2011

Dosa Besar ke-4 Melalaikan Solat

- Us Shairozi bab Dosa Besar, kuliah Maghrib Ahad 2-Okt-2011

Dosa besar ke-4 ie meninggalkan solat.

-firman: Surah Maryam ayat 19:59 (klik sini)
{ فَخَلَفَ مِنۢ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَٱتَّبَعُوا۟ ٱلشَّهَوَٰتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا ۝٥٩ }
​
Kemudian, datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jahat) yang mensia-siakan sembahyang dan menurut hawa nafsu; maka mereka akan menghadapi keburukan (balasan azab).


- Org yg tidak sembahyang akan mengikut syahwat/nafsunya.
  • Ibnu Abbas mentafsirkan: melalaikan solat itu bukanlah meninggalkan keseluruhan solat, tetapi melengah-lengahkan solat hingga ke lewat waktu.

  • Said Musayyab mentafsirkan: sesorg tidak menunaikan solat zohor kecuali waktu solat asar tlh tiba. Tidak dia solat asar kecuali tlh tiba waktu maghrib. Tidak dia solat isyak kecuai tlh tiba waktu suboh. Begitu juga solat suboh kecuali tlh hampir terbit matahari.

-barangsiapa yg mati dlm keadaan itu, dan dia tidak bertaubat, maka Allah janjikan neraka ghail.

-Said Musayyab mentafsirkan suatu wadi dlm neraka jahannam yg lembah paling dlm dan paling busuk baunya. Sementara neraka wail kpd org yg bersolat tetapi lalai dlm solatnya.

-Dia bersandarkan kpd suatu hadis Nabi, sabda Nabi melalaikan solat adalah org yg melengah2kan solat.

-digambarkan keadaan wadi/lembah itu, kalau dilalukan pd gunung-ganang nescaya cair gunung-ganang itu.

- itulah tempat bg org yg melengah2kan dan melalaikan solat. Kecuali dia bertaubat kpd Allah, dan dia menyesal akan perbuatannya. jika dia tertinggal solat maka wajib baginya menggantikan/qada.

- wahai org2 yg beriman, jgnlah kamu dilalaikan oleh harta dan anak2 melalaikan dr mengingati Allah, jika tidak rugilah org itu.

- jika org itu dilalaikan oleh hartanya, atau jika dilalaikan oleh anak2, atau dilalaikan oleh isteri.

-Kisah anak saidina Omar yg beru bernikah, isterinya cantik. Suatu hari ketika saidina Umar lalu dihadapan rumah anaknya, Abdullah bergurau senda dgn isterinya. Ketika pulang dr menunaikan solat Abdullah masih bersama isterinya. Saidina Umar memanggil anaknya dan menceritakan bhw isteriya yg cantik itu tlh menyebabkab dia lalai kpd Allah, lalu disuruh menceraikan isterinya. Abdullah taat kpd arahan ayahnya dan menceraikan isterinya. Abdullah menyesali perbuatannya, bertaubat dan menangisi kesilapannya. Melihat perubahan itu, saidina Umar bersetuju utk Abdullah rujuk semula.

  • solat yg rosak adalah solat yg dilakukan dgn laju. Jika solat itu rosak maka dia termasuk dlm golongan org2 yg menyesal dan rugi yg besar.

- Apbl masuk neraka nanti akan ditanya, apa yg menyebabkan dia masuk neraka, maka dia menjawab bhw dulu dia melengahkan solat, tak beri makan kpd org2 fakir/miskin tetapi duduk bersama kwn lain dan menumpat, tak berapa percaya akan hari akhirat.


Carian Internet:
  • Dari Ali r.a., katanya: Ketika terjadi peperangan Ahzab, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kiranya Tuhan memenuhkan rumah-rumah dan kubur-kubur mereka dengan api, kerana mereka melalaikan (melambatkan) kami dari mengerjakan solat wustha (Asar), sehingga terbenam matahari.". [Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1328]

  • Dari Abu Dzar r.a., katanya: "Rasulullah saw. bersabda kepada ku: Bakal terjadi sesudahku, dimana para pembesar melalaikan solat. Kerana itu solatlah kamu tepat pada waktunya. Jika kamu solat kembali bersama mereka, maka itu adalah suatu keuntungan (sunat) bagi mu. Jika tidak maka sesungguhnya kamu sudah menjaga solatmu." (pada awal waktunya). [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0605]

Sunday, August 28, 2011

Amalan yang menjauhkan dr api neraka

- Us Zainol Tazkirah Suboh Ahad 28 Ramadhan (** catatan)

- Iman bertambah atau berkurang setiap hari. Istighfar, berzikir dan membaca Al-Quran akan meningkatkan semula keimanan.

- org yg selalu berselawat ke atas Nabi, di akhirat nanti sewaktu meniti titian sirat, selawat yg diucapkannya akn mebolehkan Nabi memberi syafaat kpdnya.

- Aktiviti/amalan yg melepaskan diri kita dilepaskan dr ditangkap/diazab api neraka:

1. Beriman dgn Allah, mensedekahkan apa nikmat yg Allah anugerahkan kpd org miskin/lain,

2. Menyuruh kpd berbuat makruf dan mencegah kpd kemungkaran.
a) kiranya mungkar tidak ditegah, apbl berlarutan maka ianya mengundang bala Allah.
b) jika ada kelemahan kpd seseorg individu hingga tidak mampu kpd amar makruf dan nahi mungkar, Nabi berkata bantulah org yg menganggur mendapat kerja, jika tidak mampu juga ... (kena cari)

2. Bantu menunaikan hajat manusia
a) sabda Nabi, sesungguhnya org yg paling disayangi Allah adalah org yg paling disenangi org lain.
- barangsiapa yg menahan marahnya, maka Allah akan tutup kesilapannya.
- barangsiapa yg menolong seorg muslim yg lain yg dlm kesusahan, maka Allah akan menetapkan kakinya ketika meniti titian sirat.
- Nabi berdiri hampir dgn titian sirat dan mendoakan umatnya utk melepasi titian sirat. Nabi juga akan berada di timbangan mizan. Baginda juga akan berada di telaga kausar. Baginda memberi syafaat di 3 tempat tersbt.
- sabda Nabi, org yg menyahut seruan azan dgn doa (doa selepas azan) dia akan mendapat syafaat Nabi. Ke2nya kpd org yg banyak berselawat.
- kisah Saad bin Waqas, selepas Saad memeluk Islam, ibunya berjanji utk tidak makan dan berlapar kecuali anaknya keluar Islam. Saad berkata kpd ibunya jika ada 100 nyawa dlm diri ibunya dan keluar setiap satunya hingga akhir, Saad tetap tidak akan meninggalkan Islam.

- barangsiapa yg berselawat dia akan didukkan dekat dgn Allah dan wajib mendpt syafaat nabi.

3. Banyakkan berselawat kpd Nabi
- 10x waktu pagi dan 10x waktu petang

4. Sabar dgn kehidupan di Madinah (pd zaman Nabi).

5. Mati di Madinah.
- sabda Nabi, Aku akan memberi syafaat kpd org yg mati di Madinah.

6. Menjaga solat fajar/Suboh dan solat Asar (tidak disebutkan sama ada berjemaah atau tidak)

7. Menjaga solat dhuha.

8. Jaga solat sunat 4 rakaat sebelum solat Zuhor dan 4 rakaat selepas Zuhor.
- barangsiapa solat 4 rakaat seblum dan 4 rakaat selepas Zuhor, maka Allah haramkan dagingnya disentuh api neraka.

9. Mempertahankan maruah saudaranya dr diaibkan.

10. Bersedekah

11. Puasa yg sebenar (hati, perbuatan dan lisan)

12. Mata yg menangis mengingati Allah ketika bersendirian. Menitis air mata tanpa disedari kerana mengingati dan takutkan Allah. Juga mata yg berjaga ketika fisabilillah (pejuang yg menjaga ketika pasukan tentera yg lain berehat). Juga mata yg mengelak dr kemaksiatan.
- 3 mata yg tidak disentuh neraka, i) mata yg berjaga dlm fisabilillah ii) menangis kerana takutkan Allah iii) menjaga dr melakukan maksiat

13. Akhlak yg baik sesama manusia.
- org2 yg mudah didampingi dan disenangi dan apbl tiada akan dicari.
- doa: mohon kpd Allah ditunjukkan akhlak yg mulia dan dihindarkan dr akhlak yg tidak baik.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, August 27, 2011

Ramadhan sbg suatu tarbiah

- Us Shahrulnizam Tazkirah Suboh Sabtu 27 Ramadhan (** catatan)

- sbb org Islam diberikan kegembiraan 1 hari selepas menjalankan ibadah Ramadhan adalah kerana tlh berjaya mengharungi bulan tarbiyah/latihan mendidik jiwa/hati manusia.

- sambutan 29 hari kemudiannya adalah anjuran setempat. Tiada hadis mengatakan bergembira 30 hari.

Dalil: Al-Baqarah ayar 2xx "wahai org2 yg beriman tlh diwajibkan ke atas kamu berpuasa... Spy kamu menjadi org yg bertakwa...."

-Takwa, makna paling mudahnya adalah takut kpd Allah.
- Tarbiah manusia utk lebih takut kpd Allah. Hikmahnya, kerana hati manusia ini lalai/leka. Ramadhan mentarbiah jiwa/hati utk mendekatkan manusia kpd Allah.

- Ketaatan kpd perintah Allah menjadikan manusia tidak menurut hati/nafsu utk makan/minum/perkara yg membatalkan puasa, walau pun ketika itu sembunyi. Oleh kerana taat/takutkan Allah maka tidak melakukan/menjauhi perkara2 yg membatalkan puasa.

- Ketaatan/ketakutan kpd Allah itu dididik utk menjalani kehidupan 11 bulan yg mendatang.

- Takut kpd makhluk adalah bersifat sementara atau bertempat. Cth, apbl menaiki jln raya pemandu akan memperlahankan kenderaan atau cuba mematuhi undang2 bila perasan/syak ada penguasa/polis/jpj di hadapan.

- Tarbiah roh di bln Ramadhan utk menyedarkan bhw Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui yg zahir dan tersembunyi dlm semua keadaan. Takut/Taat kpd Allah bersifat berterusan dan bukannya bersifat sementara atau bermusim.

- Tarbiah ke2 dr Ramadhan ie tarbiah sabar.
- Cabaran2 dlm bln Ramadhan mendidik manusia utk kuat utk menghadapi bln2 yg mendatang.
- Sabar dlm menerima tanggungjawab drpd Allah. Salah satunya adalah beribadah.
- Dlm bln Ramadhan manusia digalakkan membaca Al-Quran, Ramadhan jida dipanggil bulan Al-Quran.
-Sebaik2 dikalangan kamu adalah org yg mempelajari Al-Quran dan menajarkannya.
- org yg merangkak2 membaca Al-Quran mendpt 2 pahala, 1) pahala memebaca Al-Quran 2) pahala mempelajari, mengulang-ulangi bacaan hingga berul.
- mentadabbur Al-Quran ie membaca dlm keadaan faham makna bacaan. Isi kandungan Al-Quran menyentuh kerohanian, tauhid, perkara ghaib, yg membawa kpd takutkan kpd Allah, dan meningkatkan keinginan utk mendapatkan balasan syurga.
- hadis: Al-Quran dtg pd hari Kiamat sebagai suatu syafaat.
- hadis: sebaik2 pekerjaan adalah istiqamah/berterusan dlm melakukan amalan walaupun sedikit.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, August 15, 2011

Dalil-dalil Al-Quran menjelaskan penipuan kitab orang yahudi dan kristian

Dari surah Al-Ankabut ayat 29:45 hingga 49,











"Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri."" (Al-Ankabut ayat 46)


Dalil2 Al-Quran yg menjelaskan bhw kitab2 org yahudi dan kristian pd hari ini telah diselewengkan oleh pendita2 mereka yg terdahulu (mengikut hawa nafsu mereka sendiri). 

#1) Surah Al-Baqarah ayat 2:42, 

A042

 

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya." (Al-Baqarah Ayat 42) 


#2) Surah Al-Baqarah ayat 2:79,

A079


"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu." (Al-Baqarah ayat 79)

#3) Surah Al-Baqarah ayat 2:140, 

A140


""Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telahpun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan." (Al-Baqarah ayat 140)


#4) Surah An-Nisa ayat 3:46,

A046

"Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): "Kami dengar", (sedang mereka berkata dalam hati): "Kami tidak akan menurut". (Mereka juga berkata): "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk", serta (mereka mengatakan): "Raaeina"; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela agama Islam. Dan kalaulah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka)." (An-Nisa ayat 46)


#5) Surah Al-Maidah ayat 5:15 dan

A015


"Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya." (Al-Maidah atay 15)

#6) Surah Al-Maidah ayat 5:41.

A041


"Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik". Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar." (Al-Maidah atay 41)

Published with Blogger-droid v1.7.4