Monday, June 20, 2011

Ikhlas

- Us Azhar Kuliah Subuh Sabtu 18 Jun 2011 (**catatan kuliah)

Ikhlas
kata dasarnya adalah khalasa
-khalasa= sesuatu yg pernah bercampur dan kemudian dibersihkan.
-Mukhlasin= org2 yg terpilih

-org2 yg terlepas dr godaan iblis adalah org2 yg terpilih.
 
-al durjani mendafsirkan ikhlas sbg: tidak mencari makhluk utk menjadi saksi kpd amal yg dilakukan.
-spt juga dlm bab sedekah, org2 terdahulu mencari penerima sedekah dr kalangan org2 buta, atau fakir2 yg sedang tidur.
-sikap yg tidak mengharap dirinya telah ikhlas. Bermakna dia berterusan amalan ikhlasnya.

Ciri2 ikhlas

1. hanya kerana Allah.
-kisah Umar Abd Aziz:, jika Umar Abd Aziz sedang berkhutbah, dan dia merasa ujub akan dirinya, maka dia memendekkan khutbahnya. Ketika dia menulis surat dan dia merasa ujub maka dia mengoyakkan surat tsbt. Ujub adalah suatu penyakit hati yg mendatangi hati sewaktu beramal kpd Allah.

-merasakan kekuatan utk beramal adalah dr Allah, maka dia berniat kerana Allah Dan meneruskan amalan tersbt.

2. Sentiasa memperbaiki kualiti amal.
-amal berkait rapat dgn hati. Sbb itu setiap amal yg baik dimulakan dgn basmallah.
-dlm hadis Nabi: 
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

-Allah melihat hati dan amalan kita. Ilmu fekah adalah berkenaan amalan manusia dgn 5 hukum. Halal, haram, sunat, harus dan makruh.
 
-hati ibarat raja dan badan itu ibarat pengawalnya. Kejayaan dunia adalah berdasarkan usaha, tetapi kejayaan akhirat adalah berdasarkan hati.

- 3 perkara yg menyokong manusia (menjadi hebat)
1). Ikhlas
-org yg beramal tanpa ikhlas, ibarat berjln di pdg pasir dan membawa bekalan yg penuh  dgn pasir.
-sebaik-baik amal manusia adalah yg benar dlm amalannya dan ikhlas.
2). Solat.
-solat dgn cara yg betul, menjaga keperibadian individu tsbt.
3). Taat.
-ketaatan menjaga seseorg dr menyimpang dr melanggar perintah Allah.

Beradab dgn Al-Quran

- Us Nizam Kuliah Maghrib Selasa 14 Jun 2011 (**catatan kuliah)
 

Ajaran sesat
- asas/punca ajaran sesat dr tariqat, dan pelajar tsbt tidak mempunyai fahaman yg kukuh ttg ajaran Islam. Akibatnya dia mengambil pentafsiran sendiri terhdp Al-Quran dan hadis, dan buleh mempengaruhi org lain. Oleh itu ajaran sesat perlu dihapuskan dr terus menular di kalangan masyarakat.
 
Kitab Minhajul Muslim oleh Sheik Abu Bakar Jabir Al-Jazairi.
-doa seorg lelaki terhadap seorg saudaranya yg lain yg tidak ada dihadpnnya, maka doanya mustajab. Berdoa dlm solat tahajud, amat mustajab.

-Sheik Abu Bakar Jabir al-Jazairi menolak permohonan sesorg utk mencium tangan kerana dia tidak meminta dicium. Sebaliknya dia menasihati org tsbt utk mendoakan utknya.
 
Fasal ke-3: Beradab dgn Al-Quran
-dr sebuah hadis Rasulullah: Sesungguhnya hati2 itu akan berkarat, seolah2 besi itu berkarat.
-bila hati sudah berkarat, dosa tidak dianggap suatu yg berat, mudah utk org itu melakukan perkara2 yg dilarang oleh Allah.
 
-para sahabat bertanya apakah ubat utk hati yg berkarat, dan jawab Baginda:
1) membaca Al-Quran
2) mengingati mati, dgn cara menghadiri majlis2 ilmu.

-Muaz ibn Jabal: diutus oleh Rasulullah ke Yaman. Dia rindu terhdp majlis2 ilmu dan menulis "mengajak para2 sahabat utk duduk sebentar utk meningkat iman, agar tidak berkarat".

-kata
Sheik Abu Bakar Jabir al-Jazairi: suatu ketika, dtg seorg kafir yg amat memusuhi/benci Rasulullah. Dia meminta Rasulullah utk membaca Al-Quran utk menyaksikan sendiri kehebatan Al-Quran. Rasulullah membacakan ayat " innallah ha wa mala ika tahu anil fahsya iwal munkar...". Bila Rasulullah berhenti membaca dia terus meminta utk diulang semula ayat2 tersbt. Dia merasa hairan terhdp isi dan keindahan ayat tsbt yg walaupun pendek tetapi membawa maksud yg sgt indah.  Dia kemudiaannya terus mengucap syahadah , dan berkata ada kemanisan apbl mendgr ayat2 tsbt, dia yakin ayat2 itu bukan disebut oleh manusia, dia yakin Al-Quran itu dtg dr Allah.

-apbl sesorg yg beramal dgn Al Quran dia akan menghalalkan perkara2 yg dihalalkan oleh Al-Quran, mengharamkan perkara2 yg diharamkan
Al-Quran, akhlak spt yg diajarkan oleh Al-Quran.

-sesunggunhnya sesiapa yg membaca
Al-Quran, maka Al-Quran akan menjadi hujah kpd pembacanya. Apbl berhadpndgn Allah, Al-Quran akan mendatangi kita dan berhujah di Padang Mahsyar kelak.

Adab2 membaca
Al-Quran
1) membaca
Al-Quran dlm keadaan pakaian yg sempurna,
2) berwuduk, (menghormati kitab Allah)
3) bersih,
4) mengadap kilat,
5) duduk dlm keadaan tenang.

Kuliah Fekah - bab Dosa2 Besar (membunuh)

- Us Shairozi Kuliah Maghrib Ahad 19 Jun 2011 (** catatan kuliah)

--> sambungan bab dosa2 besar ke-2 ie membunuh.

-para sahabat bertanya kpd Rasulullah ttg dosa yg paling besar, jawab Baginda:
1) mensyirikkan Allah
2) membunuh anak kerana takut tidak dpt memberi makan kpd anak itu nanti
3) berzina dgn isteri jiran

-sabda Nabi terhdp 2 org Islam yg bergaduh dan kedua-dua mempunyai senjata, pembunuh dan yg dibunuh akan dimasukkan dlm neraka. Sahabat bertanya kenapa ke2-2 mereke masuk neraka. Jawab Nabi kerana yg dibunuh itu juga berusaha bersungguh-sungguh utk membunuh, maka ke2-2nya masuk meraka. 

-kata imam xxx, org itu melakukan pembunuhan kerana atas sbb dunia (kedudukan/pangkat/kuasa/harta) atau permusuhan (dendam/hasad) atau sbb asobiyah (taksub kpd sesuatu kumpulan/parti/suku/kaum).

-peliknya manusia kerana hidupnya mengumpul harta utk ditinggalkan utk org (anak/isteri), beruntunglah manusi yg mengumpulkan harta utk dibawa mati ie harta yg dikuniakan oleh Allah kpdnya yg dikeluarkan pd jln Allah (spt sedekah/fisabilillah).

-bagaimana kematian
seorg Islam yg berbunuhan yg tidak masuk neraka?
1) jika berlaku pembunuhan sewaktu mempertahan negara dr kumpulan pemberontak (bugho), maka kematian itu tidak masuk neraka kerana mempertahankan negara/syariat Islam yg telah tertegak.
2)mempertahan diri dr perompak/penceroboh (rumah/maruah). 
-namun sekiranya penceroboh/pencuri itu melarikan diri, dan dikejar hingga dia tertangkap, maka pd ketika itu hukumnya haram utk dia dibunuh. Penceroboh/pencuri itu mesti ditangkap dan diserahkan kpd penguasa, utk dijatuhkan hukuman. Sekiranya org yg mengejar dan setelah dpt menangkap penceroboh/pencuri itu lalu dibunuh penceroboh/pencuri itu, maka dia akan masuk neraka.

-Dosa sesama manusia adalah yg berkaitan dgn darah.

-Sumpah palsu hingga buleh menyebabkan kematian org (Islan) yg dituduh, maka mereka yg bersumpah dgn sumpah palsu itu akan dimasukkan dlm neraka, dan mereka itu akan lemas di dlm neraka.

Hukum membunuh org kafir:
1) Tidak berdosa - hukum membunuh org kafir yg menentang agama Islam, maka tidak berlaku dosa besar.
2) Berdosa -hukum membunuh org kafir (zimmi) yg taat kpd pemerintahan Islam.
-sabda Rasulullah: barangsiapa yg membunuh org kafir zimmi (yg ada perjanjian dgn pemerintahan Islam), dia tidak dpt mencium bau syurga, walaupun bau syurga itu dr jarak 40 tahun perjalanan.

Balasan kpd org yg membantu hingga terbunuhnya seorg muslim:
-memberi pertolongan utk membolehkan seorg Islam dibunuh, sekalipun dgn satu perkataan, matinya nanti tertulis di dahinya org yg terputus rahmat Allah. 

Kuliah Fekah - bab Dosa2 Besar

- Uz Shairozi Hashim Kuliah Maghrib Ahad 5 Jun 2011 (** catatan kuliah)

- apbl masuk bln Rejab, maka kehadiran Ramadhan menghampiri kita, dgn itu kita diminta berlatih berpuasa. Setidak-tidaknya Isnin dan Khamis.

Dosa besar.
1. Dosa besar pertama ialah syirik kpd Allah. Syirik yg jelas dan riak
2. dosa besar ke-2 ialah membunuh ie menghilangkan nyawa sesorg dgn niat membunuh.

Membunuh
- melakukan sendiri, merancang, memasukkan racun, dgn niat utk membunuh. balasannya dia masuk dlm neraka dan kekal dia di dlmnya.
- sifat org beriman: 1. Dia tidak membunuh, 2. Tidak berzina. barangsiapa melakukan perkara di atas, Allah ancam akan dilipat gandakan azab di akhirat. Dan di akan kekal di dlm neraka. Kecuali org yg bertaubat.
- dosa besar tidak terhapus kecuali dgn taubat nasuha. Jika yg membunuh dia perlu menyerah dia kpd pihak berkuasa. Dia perlu bertaubat, beriman dan beramal.
-  balasan utk pembunuh janin: di akhirat nanti dia akan bertanya semula kpd ibu bapanya, apakah dosanya hingga dia dibunuh.

7 perkara yg membinasakan (dosa besar)
1. syirik kpd Allah
2. sihir
3. membunuh
4. mkn harta anak yatim
5. makan riba
6. lari dr medan perang
7. menunuh perempuan yg baik melakukan perkara2 yg keji (spt zina).

- kata saidina Abas, yg 7 itulah kepala2nya dan di bwhnya ada 70 kategori.
- Sorg lelaki pernah bertanya Rasulullah, apakah dosa paling besar? Jawab baginda, apbl kamu jadikan Allah memunyai sekutunya. Ditanya apa lagi? Jawab baginda, sorg yg membunuh janin kerana takut tidak dpt memberi makan kpdnya. Ditanya apa lagi? Jawab baginda, berzina dgn jiran.

Maka turun ayat surah Al-Furqaan ayat 68.

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- termasuk juga dlm syirik iut adalah melakukan amalan dgn riak.
- merancang keluarga  (azal) dibenarkan kerana tidak terbentuk janin.

- Apbl org islam berbunuhan sesama sendiri, maka mereka yg dibunuh dan mereka yg membunuh, di balas azab neraka. ...bersambung di kuliah seterusnya.

Tuesday, May 31, 2011

Tafsir Surah Asy-Syams Ayat 91:9 hingga 15

- us Mahdzir Md Nor Isnin 30 Mei 2011 kuliah Magrib (** dr catatan kuliah) .

Surah Asy-Syam Ayat 91:9

A009


"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),"

ayat 91:10

A010


"Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."

- setelah Allah menunjukkan jalan, maka beruntunglah org yg bertakwa.
 
- kefahaman Kristian: setiap org ada dosa, ie dosa yg diwarisi oleh kesilapan dr Nabi Adam, dan dosa ini ada pada semua manusia.
 
- dlm Islam, setiap bayi yg lahir adalah suci (bertentangan dgn kefahaman sesat Kristian). Dia berdosa bila dia telah akhil baligh, ie stlh mengenali yg baik dan buruk, tetapi melakukan perkara yg dilarang dari segi syarak. Sbb dia masih belum buleh berfikir.

-org gila, org yg terlalu tua (nyanyuk) tidak berdosa, sbb dia tidak fikir yg baik dan buruk.
 
-membersihkan jiwa yg berdosa (setiap hari), mereka adalah org yg beruntung. Dosa harian mungkin kerana berdosa dgn Allah, mungkin berdosa terhdp manusia.
 
-ucapan istighfar adalah permintaan ampun terhadap Allah yg sgt dinantikan oleh Allah, dan Allah sedia mengampunkannya.
 
-dlm hadis kursi: jika manusia yg berdosa tetapi tidak beristighfar, maka Allah berjanji akan memusnahkan kaum itu dan menggantikan dgn kaum lain.
 
-dlm suatu hadis, Rasulullah beristighfar 70 kali sehari, dlm hadis lain diriwayatkan sebanyak 100 kali. Rasulullah yg maksum masih beristighfar memohon keampunan dr Allah, jadi sebagai manusia, kita mesti beristghfar lebih dr yg dilakukan oleh Rasulullah.
 
- pd malam lailatul qadar, Allah memrintahkan para malaikat menyaksikan tasbih dr manusia yg paling hebat dan paling disukai Allah, iaitulah isighfar yg diucapkan oleh org yg berjaga mlm.
 
- bila manusia diberi kebebasan memilih dlm keadaan dia tiada ilmu agama, berlakunya krisis nilai. 

- Rasulullah pernah sebut kpd para sahabat, kalau umur kamu panjang, akan sampai suatu ketika/zaman, amal makruf nahi mungkar tidak dilaksankan. Para sahabat ketika itu tertanya2, akan berlakukah perkara itu. Bahkan kata Rasulullah, org akan memandang mungkar itu baik dan baik itu mungkar (ammar mungkar, nahi maaruf). Apa yg dinilai baik oleh Rasulullah, skrg ini mungkin kita kata tidak baik dan perkara yg dinilai buruk oleh Rasulullah, dinilai baik oleh manusia ketika ini.
Cth: ibu bapa yg mendorong anaknya memasuki akademi fantasia, walaupun ianya perkara buruk.
 
ayat 91:11 

A011

 

"(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;"

ayat 91:12

A012


"Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),"

ayat 91:13

A013


"Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!""

ayat 91:14

A014

 

"(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya)."

ayat 91:15

A015

  

"Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil)."

- Nabi Soleh tlh memberi keizinan kpd umatnya dgn cara giliran antara giliran unta betina (mukjizat) meminum air di telaga, dgn giliran kpd umatnya. Kaum Thamud menyembelih unta betina (mukjizat) itu dan akhirnya Allah azabkan mereka dgn musnah/meratakan mereka dgn bumi (ditanam/ditimbus dlm tanah).

- pengajaran: Allah murka kpd kaum
Thamud, dlm keadaan kehadiran seorg Nabi di antara mereka, mereka memilih utk kufur kpd perintah/peraturan Allah. Allah memusnahkan kaum Thamud dan tidak merasa rugi sedikit pun.

Istidraj = suatu pemberian dr Allah utk menambahkan lagi kemurkaan Allah. 
Cth firaun diberi segala kemewahan, menjadikan firaun terus membuat dosa terhdp Allah. Akhirnya apbl Allah turunkan azab, firaun tidak sempat bertaubat kpd Allah.

- kita bimbang sekiranya kemewahan/kekayaan/jawatan yg diberi oleh Allah terus melalaikan kita dr mengingati Allah. Kiranya bala hendak diturunkan, ianya tidak ditimpa kpd individu, sebalinkya kpd seluruh umat. Balasan/Azab yg diturunkan juga meliputi org yg beriman, kerana mereka tidak menghalang org2 yg zalim/melakukan kejahatan/kemaksiatan dr berhenti melakukan kejahatan/kemaksiatan.

Monday, May 23, 2011

Kuliah Fekah - bab Riak

- Uz Shairozi Hasyim, Ahad 15 Mei 2011 Kuliah Maghrib @BP (** dr catatan kuliah)

Sub'ah: riak kerana memberitahu kpd org akan amalan yg dilakukan sendirian yg tidak diketahui org (pada asalnya).
-sub'ah itu termasuk dlm dosa2 besar.

-melakukan amal ibadah hanya kerana Allah Taala, itulah ikhlas.
-sekirannya kamu menzahirkan sedekah, maka itu adalah baik kpd kamu, tetapi jika kamu sembunyikan maka ia lebih baik bagi kamu.

Tanda2 org riak:
4 tanda org riak kata Saidina Ali r.a.,
1) bila bersaorangan ia malas beramal.
2) bila ramai org, amalannya dilipat gandakan, atau berlebihan. - pernah saidina Omar r.a. memasuki masjid dan nampak seorg terhangguk2 kepala, Omar menegur mengatakan zikirlah secara perlahan atau di dlm hati (agar tidak menampakkan riak).
3) amalannya bertambah bila dipuji.
4) bila ditegur, langsung tidak dibuat amalan itu.

Benteng dr riak:
1) dr Shakib ibn Rahim: bhw setiap amalan itu adalah dr izin Allah Taala. Dgn itu dpt mematahkan rasa riak.
2) kita perlu meyedari bhw setiap perbuatan itu adalah utk mendapat redha Allah.
- benteng itu akan menjadikan sesorg menjadi tamak utk melakukan lebih byk amalan utk mencari pahala.
3) mengingati mati.
4) byk berdoa kpd Allah. Rujuk doa dr al-Mathurat: (...)
5) teruskan amalan itu. Sbb memberhentikan amalan kerana takut kpd (kata2) manusia, maka itu adalah riak.

Dr Hakim: ada 7 amalan tetapi tidak memberi apa2 manfaat kpd pelakunya:
1) org yg buat amalan kerana takut kpd Allah tetapi tidak berhati2 drpd melakukan dosa. - cth melakukan solat tetapi masih melakukan ngumpat.
2) org yg berharap2, tetapi tidak melakukan amalan tsbt. -cth berharap nak puasa sunat tetapi tidak melkukannya.
3) amalannya hanya dgn niat.
4) amalannya hanya dgn doa. Tiada usaha tanpa berbuat amalan.
5) hanya beristighfar, tetapi tidak ada penyesalan di atas dosa yg dilakukan, dan tidak memberhentikan perbuatan (buruknya) itu.
7) hanya lakukan amalan bila dikhalayak, bila berseorangan tidak dilakukan.
-Sabda Rasulullah SAW, Akan keluar satu kaum nanti, dia mengambil dunia dgn amalan. Mereka itu memakai pakaian kulit kambing (ie penampilan pakaian org baik2), kata2nya lebih manis dr gula (pandai bercakap) sedangkan hatinya hati serigala (pantang dpt peluang, dia cekup). Lalu Allah berfirman, apakah engkau nak mempermain2 Aku? Nescaya Aku akan campakkan org2 ni dlm fitnah/ujian yg amat dahsyat.
8) org yg buat amalan yg bersungguh2 tetapi tidak ikhlas.

-sebahagian hukamah berpendapat: bila nak buat amal ada 4 perkara:
1) kita mesti ada ilmu sebelum melakukan sesuatu amalan. Kerana amalan itu tidak akan elok jika tiada ilmu. Jika tiada ilmu, banyak rosak dr elok.
2) niat masa nak melaksanakan amalan.
-sabda Rasulullah, setiap amalan itu mesti dilakukan dgn niat
3) sewaktu melakukan amalan itu kita mesti tenang/sabar.
4) amalan itu dilakukan dgn ikhlas.

Hamid al Lafak: muhasabah dr kita. Apbl Allah nak hancurkan sesorng itu ia berlaku dgn 3 cara:
1) Allah memberinya ilmu, tetapi dia payah nak beramal.
2) Allah memberinya dia berkawan dgn org baik2, tetapi dia terhalang utk melakukan perkara/amalan baik.
3) dibukakan peluang utk membuat ketaatan, tetapi tiada keikhlasan dlm hatinya.

Tafsir al-Quran surah Asy-Syams ayat 91:8

- us Mahdzir Md Nor 16 Mei 2011 kuliah Maghrib 

Surah Asy-Syam Ayat 91:8

A008


 "Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa." 

bagaimana menentukan hukum, ianya merujuk kpd al-Quran dan hadis. Jika tiada maka ikut hukum syarak. 
Cth rokok dikaji dr hukum syarak mendatangkan keburukan kpd diri sendiri dan org lain, maka dijatuhkan haram.
Cth dadah memberi kesan hilang fungsi otak kpd pengambilnya (minum, inject/suntikan, hidu) samalah juga kesan kpd peminum arak. Maka hukum dadah adalah haram.

Apbl berkaitan hal syubhat, maka ianya perlu ditinggalkan terus. Cth gelas yg dikatakan bekas racun, perlu ditinggalkan dan tidak diguna utk minuman.

Sumpah dlm hukum syarak:
- ayat sumpah diturunkan utk hal2 agama.
-5 perkara yg agama/syariaat jaga ie
1) agama
2) nyawa
3) harta
4) keturunan, sesiapa yg cuba merosakkan/mengaibkan keturunan maka dia perlu dibunuh.
5) maruah, sesiapa yg merosakkan maruah org maka dia perlu dibunuh.

As sebab turun Surah an-Nur ayat 24:6;
Suatu mlm Hilal balik dr kebun dia dgr isterinya berzina, dia lihat sendiri isterinya berzina. Keesokkan paginya dia menemui Rasululullah. Rasulullah bertanya jika dia ada saksi, Hilal menjawab tiada saksi lain. Keesokkannya Hilal bertemu Rasulullah, dia dapati Rasulullah dlm keadaan murung. Para sahabat menarik Hilal dan menasihatkan dia bersabar. Akhirnya turun ayat surah an-Nur ayat 6 ie sekiranya suami mendapati isterinya berzina, maka si suami perlu bersumpah 4 kali.

Surah An-Nur Ayat 24:6

A006


"Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar." 


-selepas sumpah ke4 hakim akan memberhentikan si penuduh dan peringatkan ia bhw sumpah ke5 adalah utk bersumpah kiranya dia berbohong maka dia akan diazab oleh Allah.

-selepas penuduh bersumpah maka giliran yg dituduh mengangkat sumpah. Selepas sumpah ke4 hakim akan menghentikan kerana sumpah ke5 adalah dia bersedia menerima azab Allah.