Sunday, January 7, 2024

Kematian dan Seksa Kubur

- us Dr Mohd Al-Ikhsan Ghazali kuliah Maghrib Ahad 31-Dis-2023

Kematian dan Seksa Kubur 

- Angan² adalah rahmat dari Allah. Ia berguna kpd manusia utk meningkatkan produktiviti dan juga amalan dan ketaatan kpd Allah.
  • Kelalaian itu suatu rahmat dari Allah. Jika tiada kelalaian dari mengingati mati dan balasan neraka, seorg manusia tidak melakukan apa² selain ketakutan terhadap kematian yg bakal menimpa diri.

- Hadis: Dari Anas r.a" katanya Nabi saw. bersabda "Apabila mayat seseorang telah diletakkan di dalam kuburnya dan kawan-kawannya telah pulang, walaupun dia mendengar bunyi terompah mereka, dua orang malaikat datang kepadanya, lalu mendudukkannya dan menanyainya. Tanya: Bagaimana pendapat engkau terhadap orang ini (yaitu Muhammad saw."?" Jawab: "Aku mengakuinya bahawa dia hamba Allah dan RasulNya." Kata Malaikat: "Lihatlah tempat engkau di neraka, Allah menukarnya bagi mu dengan tempat di syurga." Kata Nabi saw.' "Dia melihat tempat itu kedua-duanya." Adapun orang kafir dan orang munafik berkata: "Aku tidak tahu. Aku hanya berkata apa yang dikatakan orang." Kata Malaikat: " Engkau tidak pernah mempelajari dan membaca?" Lalu orang itu dipukulnya dengan empat pukulan besi di antara kedua telinganya, sehingga orang itu berteriak sekeras-kerasnya dan didengar oleh orang sekelilingnya selain manusia dan jin." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0693]

- Keadaan bilamana roh keluar dari jasad org yg mati.

Hadis: Dari Abu Hurairah katanya: "Nabi saw telah bersabda: "Jika seorang mukmin hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir, pada para malaikat rahmat datang padanya dengan membawa sehelai kain sutera yang berwarna putih seraya berkata: "Wahai jiwa yang tenang, keluarlah kamu dengan penuh keredhaan untuk menghadap kepada Tuhanmu yang tidak marah padamu". Maka roh seorang mukmin itu akan keluar dari tubuhnya dengan bau yang seharum kasturi. Kemudian roh tersebut akan dibawa oleh para malaikat hingga sampai di pintu langit. Para malaikat yang berada di pintu langit saling berkata: "Alangkah harumnya bau yang datang dari bumi ini". Ketika dihadapkan bau harum tersebut datangnya dari ruh seorang mukmin, maka mereka berebut untuk menyambutnya dengan penuh kegembiraan sebagaimana jika manusia menyambut saudaranya yang baru datang dari tempat jauh. Mereka akan menanyakannya tentang orang-orang yang masih hidup, tetapi sebahagian dari mereka mengatakan: "Biarkan dia melanjutkan perjalanannya sampai ke tempat yang amat menyenangkan, sebab dia baru saja terlepas dari kesusahan di dunia". Adapun jika seorang kafir hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir, maka datanglah para malaikat seksa yang membawa sehelai kain kasar sambil berkata: "Wahai jiwa yang kotor, keluarlah kamu dengan kemurkaan dari Allah menuju ke tempat siksaanNya", Maka roh orang kafir itu akan keluar dengan bau busuk bagaikan bau bangkai dan dia akan keluar menuju pintu bumi, maka para malaikat akan berkata: "Alangkah busuknya bau roh ini". Kemudian roh tersebut akan dikumpulkan di tempat roh-roh orang kafir." [Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1803]

- Keadaan roh selepas jasadnya dikebumikan, dan keadaan dlm kubur:

Hadis: Abu Salamah Yahya bin Khalaf Al Bashari menceritakan kepada kami, Bisr bin Al Mufadhal memberitahukan kepada kami dari Abdur Rahman bin Isyaq dari Said bin Abu Said Al Maqburi dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda: "apabila mayat dikuburkan (atau beliau bersabda: "Salah satu di antaramu dikuburkan) maka datanglah dua malaikat yang hitam dan biru(matanya). Salah satunya namanya Mungkar dan yang lain Nakir, kedua malaikat itu berkata: "Apakah yang kamu ucapkan(ketahui) tentang seorang lelaki ini (Muhammad)?" Maka Mayat menjawab sebelum dia mati, Muhammad adalah hamba dan utusan Allah, saya bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya". kedua malaikat berkata:" Kami telah mengerti bahwanya engkau akan berkata begitu, kemudian diluaskannya ia di dalam kuburnya,lebar dan panjangnya tujuh puluh hasta, di dalam kuburnya diterangi cahaya. Maka diucapkan kepadanya; "Tidurlah". Mayat berkata: "Saya mahu pulang kepada keluargaku dan memberitahukan (keadaanku) kepadanya." Kedua Malaikat berkata: "Tidurlah". seperti tidurnya pengantin yang ia tidak dibangun-bangunkan,kecuali oleh keluarganya yang merasa senang kepadanya sampai Allah membangunkannya(untuk hari kiamat) dari tempat pembaringannya itu". Kalau mayat itu orang munafik ia berkata: "Saya mendengar orang-orang berkata; dan saya berkata seperti yang mereka ucapkan,saya tak tahu (Muhammad itu nabi atau tidak)". Kedua malaikat itu berkata: "saya sudah tahu bahawasanya kamu akan jawab seperti itu." Maka dikatakan kepada bumi: "Jepitlah dia!" Maka bumi menjepitnya maka tulang-tulang rusuknya bercerai berai dan ia terus menerus di dalam siksaan sampai Allah membangunkannya dari tempat siksaannya itu." Di dalam bab ini ada, hadis yang diriwayatkan dari ALi,Zaid bin Tsabit, Ibnu Abbas, Al Baaraq bin Azib, Abu Ayub, Anas, Jabir, Aisyah, dan Abu Said, kesemuanya mereka telah meriwayatkan dari Nabi saw tentang seksa kubur. Abu Isa berkata: Hadis Abu Hurairah adalah hadis hasan gharib. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1077]

Saturday, January 6, 2024

Tafsir Surah At-Tahrim ayat 66:1

- us Khairy bin Abdullah kuliah Maghrib Sabtu 6-Jan-2024

Tafsir Surah At-Tahrim ayat 66:1

- Maksud At-tahrim adalah pengharaman

Surah At-Tahrim ayar 66:1 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَآ أَحَلَّ ٱللَّهُ لَكَۖ تَبۡتَغِي مَرۡضَاتَ أَزۡوَٰجِكَۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ }

Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- ulamak mentafsirkan ayat ini menunjukkan kelainan Allah memanggil rasulNya dgn panggilan Nabi. Dlm ayat yg lain Allah panggil Nabi Muhammad dgn panggilan rasul. Berbanding panggilan kpd rasul yg lain Allah panggil dgn nama mereka. Contohnya nabi Musa.

- Turunnya ayat ini dan ada 2 kisah berkaitan - kedua-dua kisah adalah berkaitan cemburu isteri kepada suaminya:
  1. Pertama: Kisah Nabi saw mengharamkan Mariah al-Qibtiyyah untuk digauli sebagai isteri.
  2. Kedua: Kisah Nabi saw mengharamkan madu ke atas dirinya untuk kebaikan isteri-isterinya.
Kisah pertama:
- Pada suatu hari giliran Hafsah, Hafsah meminta izin kpd Rasulullah utk dia pulang ke rumah bapanya ie saidina Umar Al-Khattab. Di masa ketiadaan Hafsah baginda memanggil Mariah al-Qibtiyyah ke rumah Hafsah.
  • Nama beliau ialah Mariah binti Syam’un, beliau merupakan seorang hamba yang dihadiahkan oleh raja Mesir iaitu al-Muqawqas kepada Rasulullah SAW. Beliau juga dikenali sebagai Mariah al-Qibtiyyah kerana beliau berasal daripada Qibt (Mesir). Di samping itu, beliau mempunyai seorang anak lelaki bersama Rasulullah SAW iaitu Ibrahim, namun begitu anak beliau wafat ketika masih kecil.

a) Rasulullah saw ada 7 org anak. 6 org adalah dgn saidina Khatijah, manakala anak ke-7 adalah anak dari Mariah al-Qibtiyyah.
b) Anak Mariah bernama Ibrahim bin Muhammad. Namun dia meninggal pada usia bayi. Pada hari Ibrahim meninggal, kejadian gerhana matahari berlaku.  
  • Hadis:  Dari Mughirah bin Syuabah r.a., katanya: "Pada masa Rasulullah saw., terjadi gerhana matahari, iaitu bertepatan dengan hari meninggalnya Ibrahim (putera Rasulullah saw.). Kerana itu orang banyak berkata, "Terjadi gerhana matahari kerana meninggalnya Ibrahim." Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya, terjadinya gerhana matahari dan bulan bukanlah kerana kematian atau kelahiran seseorang. Apabila kamu melihatnya, maka solatlah dan mendoalah kepada Allah swt." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0548]
 
Apabila Hafsah pulang ke rumah, dia dapati Mariah ada di rumahnya. Rasulullah ingin menjaga hati Hafsah, baginda mengharamkan dirinya utk bersama dgn Mariah al-Qibtiyyah.

Maka ayat ini menegur sikap Rasulullah yg mengharamkan dirinya utk mencampuri Mariah al-Qibtiyyah samata-mata menjaga hati isterinya Hafsah binti Umar Al-Khattab.

Kisah kedua:
- Kisah yg berlaku kpd baginda Rasulullah saw ie baginda kerap ziarah isteri² baginda selepas waktu Asar. Namun baginda akan berada lebih lama di rumah Zainab binti Jahsy, kerana Zainab menyimpan madu yg digemari oleh baginda di rumahnya.

- Giliran (bermadu) selepas dari rumah Zainab adalah bersama Hafsah binti Umar. Hafsah tidak suka bau mulut baginda jika dtg dari rumah Zainab kerana madu warna putih dihidangkan oleh Zainab. Utk menjaga hati Hafsah, Rasulullah mengharamkan diri baginda memakan madu. Turunnya ayat ini menegur baginda Rasulullah bhw madu adalah halal dan boleh dimakan.

  • Zainab ada pertalian keluarga dgn baginda Rasulullah. Ibu kepada Zainab adalah adik kepada Abdullah. Zainab binti Jahsy dan Nabi Muhammad adalah sepupu.
  • Zainab adalah bekas isteri Zaid bin Harithah.
  • Zaid bin Harithah dibeli, dimerdekakan dan dibesarkan dlm rmh baginda Rasulullah.
    • Ketika Zaid menemani ibunya untuk mengunjungi saudaranya, mereka ditangkap oleh rombongan berkuda dari Bani al-Qain bin Jisr. Zaid dijadikan tawanan, kemudian mereka dijual di pasar Ukaz. 
    • Kemudian Zaid bin Harithah dibeli oleh Hakim bin Hizam untuk dihadiahkan kepada Khadijah binti Khuwailid. Khadijah pun memberikan Zaid bin Harithah kepada suaminya, Abu al-Qasim Rasulullah saw sebelum kenabian. Nabi saw kemudian memerdekakannya dan mengangkatnya sebagai anak (ie anak angkat).
  • Apbl Zaid dewasa, dia berkahwin dgn Zainab binti Jahsy. Peminangan Zaibab dilakukan oleh Rasulullah saw. Namun Perkahwinan mereka tidak lama (sekitar 2 tahun lebih sahaja), kerana tidak serasi antara Zainab yg berketurunan bangsawan, manakala Zaid adalah dari hamba yang dimerdekakan. Zaid mengadu kepada Rasulullah akan hal Zainab yang membanggakan keturunannya, meminta nasihat dari Rasulullah. Rasulullah nasihatkan agar Zaid bersabar dan takutkan Allah. Keadaan berterusan menyebabkan Zaid tertekan. Akhirmya Rasulullah mengizinkan Zaid bercerai degan Zainab. 
  • Selepas edah, Allah perintahkan Rasulullah menikahi Zainah bin Jahsy, namun Rasulullah melengahkan perintah itu kerana khuatir ditohmah oleh orang sekeliling
    • tradisi arab tidak membenarkan berkahwin dengan bekas isteri anak angkat. 
    • Allah menurunkan wahyu seperti dalam surah Al-Ahzab ayat 33:37 untuk menolak  tradisi arab tentang larangan perkahwinan dgn bekas isteri anak angkat.
Surah Al-Ahzab ayat 33:37 (klik sini)
{ وَإِذۡ تَقُولُ لِلَّذِيٓ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ وَأَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِ أَمۡسِكۡ عَلَيۡكَ زَوۡجَكَ وَٱتَّقِ ٱللَّهَ وَتُخۡفِي فِي نَفۡسِكَ مَا ٱللَّهُ مُبۡدِيهِ وَتَخۡشَى ٱلنَّاسَ وَٱللَّهُ أَحَقُّ أَن تَخۡشَىٰهُۖ فَلَمَّا قَضَىٰ زَيۡدٞ مِّنۡهَا وَطَرٗا زَوَّجۡنَٰكَهَا لِكَيۡ لَا يَكُونَ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ حَرَجٞ فِيٓ أَزۡوَٰجِ أَدۡعِيَآئِهِمۡ إِذَا قَضَوۡاْ مِنۡهُنَّ وَطَرٗاۚ وَكَانَ أَمۡرُ ٱللَّهِ مَفۡعُولٗا }

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: "Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah", sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.

- Turunnya ayat ini membenarkan pernikahan baginda Rasulullah dgn Zainab. Setelah turunnya ayat ini, Zainab paling gembira kerana dia mengatakan bhw tidak pernah sebelum ini pernikahan sesiapa pun dinikahkan oleh Allah, tetapi ayat ini mengesahkan pernikahan Rasulullah dgn Zainab bin Jahsy.

Madu sebagai penyembuh penyakit:
- Allah sebutkan madu sebagai penyembuh penyakit dalam surah An-Nahl.

Surah An-Nahl ayat 16:68 (klik sini)
{ وَأَوۡحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحۡلِ أَنِ ٱتَّخِذِي مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتٗا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعۡرِشُونَ }

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.

Surah An-Nahl ayat 16:69 (klik sini)
{ ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِ فَٱسۡلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلٗاۚ يَخۡرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٞ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٰنُهُۥ فِيهِ شِفَآءٞ لِّلنَّاسِۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ }

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

- kita beriman dgn ayat 16:69 ini, makanlah madu sebagai ubat kpd penyakit yg dihidapi.

  • Hadis: Dari Abu Sa'id r.a.: Ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw. dan berkata: "Saudara saya sakit perut." Rasul menjawab: "Beri ia madu!" Kemudian orang itu datang lagi untuk kedua kalinya. Rasul berkata lagi: "Beri ia madu!" Kemudian orang itu datang lagi untuk ketiga kalinya. Rasul berkata lagi: "Beri ia madu!" Kemudian orang itu datang lagi dan berkata: "Telah saya lakukan." Rasul menjawab: "Tuhan benar. Perut saudara mu yang bohong. Beri ia madu'" Setelah itu diberikannya lagi madu kepada saudaranya, dan sembuhlah penyakitnya. [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1665]


Hadis berkaitan:
  • Hafsah cemburu terhadap isteri Rasulullah ie Mariah al-Qibtiyyah
أَنَّ حَفْصَةَ أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ، زَارَتْ أَبَاهَا ذَاتَ يَوْمٍ وَكَانَ يَوْمَهَا، فَلَمَّا جَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَرَهَا فِي الْمَنْزِلِ، أَرْسَلَ إِلَى أَمَتِهِ مَارِيَةَ الْقِبْطِيَّةِ، فَأَصَابَ مِنْهَا فِي بَيْتِ حَفْصَةَ، وَجَاءَتْ حَفْصَةُ عَلَى تِلْكَ الْحَالِ، فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَتَفْعَلُ هَذَا فِي بَيْتِي وَفِي يَوْمِي؟ قَالَ: «فَإِنَّهَا عَلَيَّ حَرَامٌ، وَلَا تُخْبِرِي بِذَاكَ أَحَدًا» . فَانْطَلَقَتْ إِلَى عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا فَأَخْبَرَتْهَا بِذَلِكَ، فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: {يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ}إِلَى قَوْلِهِ: {وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ} فَأُمِرَ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْ يَمِينِهِ، وَيُرَاجِعَ أَمَتَهُ".

Maksudnya: “Bahawa Hafsah telah menziarahi ayahnya pada suatu hari dan ketika itu adalah gilirannya bersama Rasulullah SAW. Apabila Rasulullah SAW pulang ke rumah, Baginda SAW tidak melihatnya di rumah. Kemudian Baginda SAW mengutuskan kepada hambanya Mariah al-Qibtiyyah. Setelah itu, Rasulullah SAW telah bersama dengannya di rumah Hafsah (menggaulinya). Tidak lama kemudian, Hafsah pulang ketika Rasulullah SAW dalam keadaan tersebut. Hafsah berkata: “Wahai Rasulullah SAW, adakah engkau melakukan hal ini di rumahku dan ketika giliranku?”. Maka Rasulullah SAW menjawab: “Sesungguhnya dia (Mariah) haram ke atasku dan janganlah engkau memberitahu kepada sesiapa akan hal ini”. Hafsah keluar ke rumah Aisyah RA lalu menceritakan apa yang telah berlaku. Setelah itu, turunnya ayat Allah SWT “Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu” sehingga firman Allah SWT “serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman”  lalu Baginda SAW diminta untuk membayar kafarah di atas sumpahnya dan kembali kepada hambanya”. [Lihat: Sunan Said bin Mansur, 1:438; sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1520-irsyad-al-hadith-siri-ke-35-kisah-mariah-al-qibtiyyah ]

 

  • Zaid meminang bekas isterinya ie Zainah binti Jahsy untuk Rasulullah saw:
Dari Anas r.a., hadis ini diriwayatkan pula oleh Bahzi r.a., katanya: "Ketika iddah Zainab (bekas isteri Zaid) telah habis, maka bersabda Rasulullah saw. kepada Zaid (anak angkat Nabi saw.), "Hai, Zaid! Pergilah engkau melamar Zainab untukku!" Maka pergilah zaid menemui Zainab; didapatinya Zainab sedang mengaduk adunan kuih. Kata Zaid, "Ketika aku melihat Zainab, hatiku berdebar, sehingga tak kuasalah aku rasanya hendak melihatnya, untuk menyampaikan pesan Rasulullah saw. kepadanya. Oleh kerana itu ku belakangi dia sambil mundur dan berkata kepadanya, "Ya, Zainab! Aku diutus Rasulullah saw. melamarmu untuk beliau. Bagaimana tanggapanmu?" Jawab Zainab, "Aku belum dapat membuat suatu putusan sebelum beroleh petunjuk dari Tuhan ku." Lalu dia pergi ke tempatnya solat, melakukan solat istikharah. Sementara itu Quran turun kepada Nabi saw. (memerintahkan beliau supaya mengahwini Zainab, surat Al Ahzab, ayat 37). Lalu beliau langsung masuk ke rumah Zainab tanpa izin lebih dahulu, (kerana beliau telah dikahwinkan Allah seperti dinyatakan dalam ayat 37 surat Al Ahzab ) Kata Anas, "Aku masih ingat, ketika itu kami dijamu dengan roti dan daging. Ketika hari telah agak tinggi, para tamu sudah banyak yang pulang, hanya tinggal beberapa orang bercakap-cakap dalam rumah sesudah makan. Rasulullah keluar menuju ke rumah para isterinya yang lain dan aku mengikuti beliau dari belakang. Beliau memberi salam kepada mereka dan mereka menjawab salam beliau sambil bertanya, "Bagaimana halnya isteri baru anda?" Kata Anas, "Aku tidak ingat, apakah aku yang mengkhabarkan kepada Nabi saw., atau barangkali beliau yang memberitahukan kepada ku, bahawa tetamu-tetamu telah pulang semuanya. Maka Rasulullah saw. pulang kembali ke rumah Zainab, dan aku masuk pula bersama-sama beliau. Sampai di rumah beliau tutupkan tirai antaraku dengan beliau. Maka turun ayat hijab memberi pelajaran kepada kaum muslimin. Ibnu Rati' menambahkan dalam hadisnya: "Janganlah kamu masuk ke rumah Nabi, kecuali bila kamu telah diizinkan masuk untuk makan, tanpa menunggu lama makanan terhidang hingga firman-Nya Allah tidak malu mengatakan yang benar." (Al Ahzab : 53). [Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1354]

Sahabat Rasulullah: Al-Barra' bin Malik

- us Nor Azam Abdullah kuliah Suboh Sabtu 6-Jan-2024

Sahabat Rasulullah: Al-Barra' bin Malik

- Saudara kandungnya adalah Anas bin Malik ie pembantu kpd Rasulullah saw.
- Seorg yg berasal dari Madinah dari bani Najjar, ie salah satu dari bani Khazraj (keturunan keluarga Rasulullah saw).
- Dia menyertai semua peperangan kecuali perang Badar.
- Bersaiz badan kecil, namun kata Rasulullah, dia adalah salah seorg yg sangat sedikit di mana, bilamana dia bersumpah, insyaAllah dimakmulkan doanya.
  • dlm perang melawan Farsi, sahabat² dtg menemuinya dan memohon darinya supaya berdoa kpd Allah utk diberikan kemenangan. Allah ganjarkan kemenangan kpd tentera Islam dlm peperangan itu.

Perang Yamamah
- Peperangan besar selepas kewafatan Rasulullah saw, adalah peperangan menentang org² yg murtad, yg diketuai oleh Musailamah Al-Kazzab. Dlm peperangan Yamamah itu 40 ribu org murtad menentang 13 ribu org Islam. Musailamah sendiri terbunuh dlm perang itu. Di pihak org Islam 70 org hufaz syahid.
- Musailamah adalah ketua bani Hanifah, salah satu suku terbesar arab. 
- Ketika itu Saidina Abu Bakar ra menjadi khalifah, selepas kewafatan baginda Rasulullah saw. Pasukan tentera Islam termasuk Akrimah dan Khalid Al-Walid. Al-Baraq berada dlm pasukan itu.

  • Perang Yamamah berlaku pada bulan Disember 632 M. Perang ini berlaku akibat penentangan yang dilancarkan oleh Musailamah al-Kazzab yang berpusat di Yamamah terhadap kerajaan Khulafa al-Rasyidin pimpinan Saidina Abu Bakar. 
  • Pertempuran ini berlaku pada awal pagi. Musailamah menyusun pasukannya menjadi tiga bahagian iaitu bahagian tengah, sayap kanan dan sayap kiri. Sayap kanan diketuai oleh Muhakim ibn Tufail, sayap kiri dipimpin oleh Rajjal dan bahagian tengah dipimpin oleh Musailamah sendiri. 
  • Bagi tentera Islam, Khalid mengatur strategi yang sama seperti tentera Musailamah. Sayap kanan dipimpin oleh Zaid ibn Khattab, sayap kiri dipimpin oleh Abu Huzaifah dan bahagian tengah oleh Khalid sendiri.
- Musailamah berundur dan bertahan dlm kubu. terakhir mereka (kubu maut). Tentera Islam tidak dpt menembusi kubu tentera murtad, dgn pagar dan halangan yg dibina pihak musuh.
- Al-Barra' menawarkan dirinya diangkat di atas perisai dan diusung agar dia boleh melompat melepasi tembok kubu Al-Khazzab, agar dia boleh membuka pintu kubu.
- Al-Barra' berjaya membunuh lebih 10 org musuh, dan berjaya membuka pintu kubu. Kemudiannya tentera Islam menerobos masuk dan menewaskan 20,000 tentera Al-Khazzab. Musailamah sendiri terbunuh dalam serangan ini. 
- Al-Barra' menerima lebih 80 kesan tikan dan pedang musuh. Dia dirawat selama sebulan sebelum kembali pulih dari kesan² peperangan.
- Dlm peperangan Yamamah, dia berpesan kpd para tentera Islam bhw tiada lagi Madinah utk mereka, sama ada kemenangan atau syahid.

Peperangan Turtus
- Dlm Peperangan Turtus, dia bersama saudaranya Anas bin Malik terlibat dalam peperangan itu.
- mereka menemui keadaan yg hampir sama di mana tidak boleh menembusi kubu org² Farsi.
- org² Farsi menggunakan sejenis senjata dgn cangkukk² besi yg dipanaskan dan menyapu dinding kubu. Tentera Islam yataerkena besi panas itu atau terkait dgn cangkuk akan ditarik dan dibunuh.
- Anas terkena cangkuk besi, melihatkan itu Al-Barra' meluru utk melepaskan Anas. Akibatnya tangannya melecur hinggga isi² tangannya luruh akibat dari pergelutan melepaskan Anas dari ke cangkuk itu. Apbl Anas berjaya dilepaskan, Al- Barra' pun melepaskan dirinya. Namun akibat dari peperangan itu Al-Barra' meninggal dunia. Peperangan Turtar menentang Farsi pd tahun ke-20 hijrah.

Thursday, January 4, 2024

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:87 hingga 88

us Dr. Muhammad Zawawi Ismail kuliah Maghrib Khamis 4Jan-2024

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:87 hingga 88

Surah Al-Baqarah ayat 2:87 (klik sini)
{ وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا مُوسَى ٱلۡكِتَٰبَ وَقَفَّيۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِۦ بِٱلرُّسُلِۖ وَءَاتَيۡنَا عِيسَى ٱبۡنَ مَرۡيَمَ ٱلۡبَيِّنَٰتِ وَأَيَّدۡنَٰهُ بِرُوحِ ٱلۡقُدُسِۗ أَفَكُلَّمَا جَآءَكُمۡ رَسُولُۢ بِمَا لَا تَهۡوَىٰٓ أَنفُسُكُمُ ٱسۡتَكۡبَرۡتُمۡ فَفَرِيقٗا كَذَّبۡتُمۡ وَفَرِيقٗا تَقۡتُلُونَ }

Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?

- "وَقَفَّيۡنَا" bermaksud yg menyusuli itu adalah sama. Dlm konteks ayat ini Allah susuli selepas dari Nabi Musa itu dgn para rasul.
- "بِٱلرُّسُلِۖ" dlm ayat ini Allah nyatakan "rusul" bermaksud lebih dari 3 rasul.
- "ٱلۡبَيِّنَٰتِ" bermaksud keterangan² ie mukjizat

Surah Al-Baqarah ayat 2:88 (klik sini)
{ وَقَالُواْ قُلُوبُنَا غُلۡفُۢۚ بَل لَّعَنَهُمُ ٱللَّهُ بِكُفۡرِهِمۡ فَقَلِيلٗا مَّا يُؤۡمِنُونَ }

Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: "Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman.

- "غُلۡفُۢۚ" bermaksud hati org² yahudi itu diselaputi
- org yahudi awalnya dimuliakan oleh Allah tetapi mereka menolak perintah Allah, maka org² yahudi dimurkai dan dibenci oleh Allah kerana kesombongan dan keegoan org² yahudi menafikan perintah Allah dan juga para nabi dan rasul yg diutuskan Allah. Malah org² yahudi membunuh para nabi dan rasul.
- "لَّعَنَهُمُ" susunan ayat "la a' na" bermaksud telah dilaknak (oleh Allah) org² yahudi.

Wednesday, December 27, 2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:84 hingga 85

- us Dr. Muhammad Zawawi Ismail kuliah Maghrib Rabu 27-Dis-2023

Tafsir surah Al-Baqarah ayat 2:84 hingga 85

Surah Al-Baqarah ayat 2:84 (klik sini)
{ وَإِذۡ أَخَذۡنَا مِيثَٰقَكُمۡ لَا تَسۡفِكُونَ دِمَآءَكُمۡ وَلَا تُخۡرِجُونَ أَنفُسَكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ ثُمَّ أَقۡرَرۡتُمۡ وَأَنتُمۡ تَشۡهَدُونَ }

Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu: "(Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama sendiri, dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing". Kemudian kamu telah berikrar mematuhi perjanjian setia itu, dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya).

- Org yahudi membuat perjanjian dgn Allah tidak berbunuhan sesama mereka.
- "menumpahkan darah" bermaksud berbunuhan dlm jumlah yg banyak. Bukan bermaksud membunuh satu nyawa manusia.
  • Ini sikap org² yahudi, dan kita dpt lihat sikap mereka dlm peperangan di Palestine dgn pembunuhan beramai-ramai yg dilakukan oleh Israel. Mereka bukan membunuh tentera, sebaliknya rakyat Palestine, wanita, kanak-kanak dan org tua.
- Surah Al-Baqarah ayat 2:85 (klik sini)
{ ثُمَّ أَنتُمۡ هَٰٓؤُلَآءِ تَقۡتُلُونَ أَنفُسَكُمۡ وَتُخۡرِجُونَ فَرِيقٗا مِّنكُم مِّن دِيَٰرِهِمۡ تَظَٰهَرُونَ عَلَيۡهِم بِٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِ وَإِن يَأۡتُوكُمۡ أُسَٰرَىٰ تُفَٰدُوهُمۡ وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيۡكُمۡ إِخۡرَاجُهُمۡۚ أَفَتُؤۡمِنُونَ بِبَعۡضِ ٱلۡكِتَٰبِ وَتَكۡفُرُونَ بِبَعۡضٖۚ فَمَا جَزَآءُ مَن يَفۡعَلُ ذَٰلِكَ مِنكُمۡ إِلَّا خِزۡيٞ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَيَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰٓ أَشَدِّ ٱلۡعَذَابِۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ }

Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

- فَرِيقٗا (farik) bermaksud mengusir keluar.

- Allah turunkan kitab Taurat kepada Bani Israel dgn peraturan di dalamnya menetapkan antaranya adalah:
  1. dilarang berbunuhan dan menumpahkan darah
  2. dilarang mengusir kumpulan yg kalah
  3. dilarang menolong org yg melakukan kerosakan
  4. apbl ada ahli kaum yahudi yg ditawan, maka dia perlu ditebus.
  • Dalam keadaan tersepit org yahudi sangat menuntut supaya tawanan² mereka dibebaskan dari tahanan Hamas. Tetapi bila tiada nilai pada tawanan mereka membunuh seramai-ramai orang² Palestine (juga tentera mereka yang ditawan). Penduduk Palestine terdiri dari Islam dan Kristian, pada Israel semua warga Palestine mesti dibunuh.

- Allah menegur org² yahudi kerana mereka beramal pd sebahagian Taurat dan meninggalkan sebahagian yg lain. Mereka menebus tawanan perang berbangsa yahudi yg telah mereka tawan sebagai mematuhi Taurat, tetapi mereka melanggar Taurat dgn berbunuhan dan mengusir kumpulan yg kalah dlm peperangan kumpulan yg kalah itu adalah bangsa yahudi juga tetapi berlainan kaum.

- 3 kaum yahudi di Madinah:
  1. Qainuqak, mereka berkawan baik dgn kaum arab khuraizah
  2. Aus dan
  3. Khazraj
- Mereka (org² yahudi Madinah) berperang sesama mereka dgn membuat gabungan dgn kaum lain. 


Saturday, December 23, 2023

Beriman dgn Malaikat (siri II)

-us Abdul Rahman kuliah Suboh Sabtu 23-Dis-2023

Beriman Dengan Malaikat (siri II)

Kenapa manusia tidak boleh beramal mengikut kpd kitab Injil?
Kerana Allah telah menyatakan dlm Al-Quran bhw kitab Taurat dan Injil telah diubah oleh pendeta². Dalilnya dlm Surah Al-Baqarah ayat 2:79 (klik sini)
{ فَوَيۡلٞ لِّلَّذِينَ يَكۡتُبُونَ ٱلۡكِتَٰبَ بِأَيۡدِيهِمۡ ثُمَّ يَقُولُونَ هَٰذَا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ لِيَشۡتَرُواْ بِهِۦ ثَمَنٗا قَلِيلٗاۖ فَوَيۡلٞ لَّهُم مِّمَّا كَتَبَتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَوَيۡلٞ لَّهُم مِّمَّا يَكۡسِبُونَ }

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.

  • Dalil di atas juga menjadi asas kenapa manusia tidak boleh lagi beramal mengikut kitab Taurat.
  • Ajaran ugama Ibrahim yg dipromosikan oleh orang-orang yahudi ketika ini adalah untuk memesongkan aqidah orang-orang Islam kononnya untuk kembali kepada ugama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim.
    • Semua nabi dan rasul adalah berugama Islam, dan aqidah yang disampaikan oleh mereka kepada kaum mereka adalah untuk mengEsakan Allah.
    • Para nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah sebelum nabi Muhammad saw dimusuhi oleh kaum mereka, dan kebanyakannya dibunuh oleh kaum mereka kerana tidak mahu beramal dengan ajaran yang disampaikan.
  • Nabi Muhammad saw menyampaikan Islam kepada umatnya, meliputi semua bangsa/kaum dan bukan untuk kaum keturunan Arab sahaja. 
    • Salah satu mukjizat Nabi Muhammad saw iaitu Al-Quran adalah untuk seluruh alam, kekal hingga kiamat, dan dipelihara oleh Allah.  
    • Dalil bahawa Allah menurunkan Al-Quran dan menjaganya adalah dalam surah Al-Hijr ayat 15:9 (klik sini
{ إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ }

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

Allah ciptakan Malaikat yg tidak dpt dilihat melalui mata.
Malaikat diciptakan utk beribadat dan mentaati Allah. Dalilnya dlm surah Al-Araf ayat 7:206 (klik sini)
{ إِنَّ ٱلَّذِينَ عِندَ رَبِّكَ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِهِۦ وَيُسَبِّحُونَهُۥ وَلَهُۥ يَسۡجُدُونَۤ۩ }

Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud.

- 10 para Malaikat wajib diimani spt yg disebutkanndlm Al-Quran.

- Malaikat ditugaskan oleh Allah utk menjaga manusia ie mencatatkan segala yg dilakukan semasa hidupnya. Dalilnya dlm surah Al-An'am ayat 6:61 (klik sini)
{ وَهُوَ ٱلۡقَاهِرُ فَوۡقَ عِبَادِهِۦۖ وَيُرۡسِلُ عَلَيۡكُمۡ حَفَظَةً حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ تَوَفَّتۡهُ رُسُلُنَا وَهُمۡ لَا يُفَرِّطُونَ }

Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).

Terdapat Malaikat juga ditugaskan pohonkan keampunan utk org² yg beriman. Dalilnya dlm surah Ghaffir ayat 40:7 (klik sini)
{ ٱلَّذِينَ يَحۡمِلُونَ ٱلۡعَرۡشَ وَمَنۡ حَوۡلَهُۥ يُسَبِّحُونَ بِحَمۡدِ رَبِّهِمۡ وَيُؤۡمِنُونَ بِهِۦ وَيَسۡتَغۡفِرُونَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْۖ رَبَّنَا وَسِعۡتَ كُلَّ شَيۡءٖ رَّحۡمَةٗ وَعِلۡمٗا فَٱغۡفِرۡ لِلَّذِينَ تَابُواْ وَٱتَّبَعُواْ سَبِيلَكَ وَقِهِمۡ عَذَابَ ٱلۡجَحِيمِ }

Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.

Allah mengakat darjat org² yg beriman dan menuntut ilmu. Dalilnya dlm surah Al-Mujadala ayat 58:11 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قِيلَ لَكُمۡ تَفَسَّحُواْ فِي ٱلۡمَجَٰلِسِ فَٱفۡسَحُواْ يَفۡسَحِ ٱللَّهُ لَكُمۡۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُواْ فَٱنشُزُواْ يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَٰتٖۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ }

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.


Hadis: malaikat mendoakan mereka yg menghadirkan diri dlm majlis² zikir, majllis² ilmu, mengingati Allah.
  • Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Allah Tabaraka wa Ta'ala mempunyai para malaikat yang bertugas keliling mencari-cari majlis zikir. Bila mereka telah menemukannya, lalu mereka duduk bersama-sama dengan orang-orang yang sedang zikir, memanggil teman-temannya, berkerumun mengitari orang-orang yang sedang zikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruangan antara mereka dengan langit dunia. Apabila majlis telah bubar, para malaikat naik kembali ke langit. Lalu Allah Ta'ala bertanya kepada mereka, - padahal Allah Maha Tahu perbuatan mereka - "Kalian datang dari mana?" Jawab mereka, "Kami baru kembali memeriksa hamba-hamba-Mu di bumi. Mereka tasbih, takbir, tahlil, tahmid dan memohon kepada-Mu." Tanya: "Apa yang dimohon mereka kepadaKu?" Jawab : "Mereka memohon syurga kepada-Mu." Tanya: "Pernahkah mereka menampak syurga-Ku?" Jawab : "Tidak'" Firman Allah, "Apalagi kalau mereka menampak syurgaKu!" Kata para malaikat, "Mereka juga memohon kebebasan." Tanya: "Mohon bebas dari apa?" Jawab: "Mohon bebas dari neraka." Tanya: "Pernahkah mereka menampak nerakaKu?" Jawab: "Tidak." Firman Allah Ta'ala: "Apalagi kalau mereka nampak nerakaKu!" Kata para malaikat: "Mereka juga memohon ampun kepadaMu." Jawab: "Aku mengampuni mereka dan memberikan apa yang mereka minta serta membebaskan mereka dari apa yang mereka takuti." Kemudian para malaikat berkata: "Di antara mereka terdapat seorang hamba yang penuh dosa. Dia lalu di majlis itu lalu duduk bersama-sama dengan orang-orang yang zikir." Firman Allah: "Orang itu pun Kuampuni, begitu pula setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu tidak ada yang celaka." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2311]

Sunday, December 17, 2023

Mencintai Mati

- us Muhammad Sabir kuliah Suboh Ahad 17-Dis-2023

Mencintai Mati

- Org beriman itu mencintai kematian kerana kematian mendekatkan dirinya kpd Allah.

  • Hadis: Dari 'Ubadah bin as-Shamit, dari Nabi saw., beliau bersabda: "Siapa yang cinta untuk bertemu dengan Allah, maka Allah juga cinta untuk menemuinya." Siapa yang benci untuk bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci untuk bertemu dengannya." Lalu 'Aisyah atau salah seorang isteri Nabi yang lain berkata: "Kami memang benci untuk mati." Nabi berkata: "Bukan begitu! Tetapi seorang yang beriman, kalau kematian telah datang kepadanya, maka ia diberi berita gembira dengan keredhaan dan kemurahan Tuhan. Maka tidak ada yang lebih disenanginya selain dari apa yang di depannya (akan diperolehnya). Kerana itu, ia cinta untuk menemui Allah dan Allah cinta pula untuk bertemu dengannya. Sedangkan orang yang kafir kalau telah didatangi kematian, maka ia diberi berita tentang seksaan dan hukuman Allah. Kerana itu tidak ada yang lebih dibencinya dari apa yang di depannya (akan ditanggungkannya). Ia benci bertemu dengan Allah, dan Allah benci pula bertemu dengannya." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1748]

- Surah Ali Imran ayat 3:185 (klik sini)
{ كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلۡغُرُورِ }

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

- Harta dunia menyebabkan manusia bergaduh, kerana cintanya kpd kehidupan.

- Cara utk menimbulkan rasa cinta kpd kematian:
  • 1) Ziarah org sakit - kita akan menghargai nikmat kesihatan.
  • 2) Ziarah org mati -
  • 3) Mengiringi jenazah ke tanah perkuburan

  • Dari Al Bara' bin' Ab r.a., katanya, "Rasulullah saw. memerintahkan kepada kami tujuh perkara yang melarang kami dari tujuh perkara. Beliau memerintahkan: (1) Mengunjungi orang sakit. (2) Menziarah jenazah. (3) Mendoakan orang bersin. (4) Menepati sumpah. (5) Menolong orang yang teraniaya. (6) Memenuhi undangan. (7) Menyebarluaskan salam. Beliau melarang : (1) Memakai cincin emas, (2) Minum dari bejana perak, (3) Memakai seperai sutera, (4) Memakai sutera campur katun, (5) Memakai sutera biasa. (6) Memakai sutera tebal, (7) Memakai sutera kembang." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1974]

- Apbl jenazah telah siap dikafankan dan dibawa ke masjid/surau maka ianya boleh disolatkan pada bila² masa. 
  • AJK badan khairat atau AJK masjid/surau perlu benarkan org² yg hadir ziarah jenazah itu utk solat jenazah sebelum dari waktu yg dijadualkan solat jenazah. Pahala solat jenazah adalah sebesar bukit Uhud.
  • benarkan org yg hadir ziarah itu utk solat jenazah kerana mungkin mereka ada urusan tertentu, contoh perlu masuk semula ke pejabat.

- Hadis berkaitan:
  • Dari 'Aisyah r.a., Rasulullah saw. kalau pergi mengunjungi orang sakit, atau kalau orang sakit dibawa kepada beliau, maka beliau selalu berdoa: "Hai Tuhan manusia! Hilangkanlah penyakitnya dan sembuhkanlah ia! Engkaulah yang mampu menyembuhkan. Kesembuhan itu hanya kerana Engkau menyembuhkan kesembuhan yang menghilangkan penyakit." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1661]