Saturday, November 8, 2025

Sifat Ithar

- us Syed Hussaini kuliah Maghrib Sabtu 8-Nov-2025

Sifat Ithar

Dalil Surah Al-Hasyr ayat 59:9 (klik sini)
{ وَٱلَّذِينَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلۡإِيمَٰنَ مِن قَبۡلِهِمۡ يُحِبُّونَ مَنۡ هَاجَرَ إِلَيۡهِمۡ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمۡ حَاجَةٗ مِّمَّآ أُوتُواْ وَيُؤۡثِرُونَ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ وَلَوۡ كَانَ بِهِمۡ خَصَاصَةٞۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ }

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

- Definasi:
Sifat ithar dalam Islam bermakna mengutamakan atau mendahulukan kepentingan orang lain di atas kepentingan diri sendiri, terutama dalam hal-hal duniawi, dengan niat ikhlas karena mengharapkan keridhaan Allah SWT. Secara bahasa, ithar (الإيثار) berarti pengorbanan atau keutamaan yang diberikan kepada orang lain meskipun orang tersebut mungkin tidak mampu membalasnya.

- Dalam istilah, ithar merujuk pada tindakan mulia yang dilakukan dengan keyakinan dan mahabbah (cinta yang mendalam) terhadap sesama Muslim, serta kesabaran dalam menghadapi kesulitan demi kebaikan orang lain. Orang yang berithar rela mengorbankan keperluannya sendiri, termasuk dalam keadaan kekurangan, untuk membantu atau mengutamakan orang lain, baik dalam bentuk materi, waktu, maupun perhatian.

Hadis:
  • Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. lalu dia berkata, "Aku dalam kesulitan susah hidup dan lapar." Maka beliau bawa pulang itu ke rumah isteri beliau satu persatu menanyakan kalau-kalau mereka ada sedia makanan. Para isteri beliau menjawab. "Demi Allah yang mengutus Anda dengan yang hak, aku tidak sedia apa-apa selain air. Begitulah jawapan mereka masing-masing. Lalu bersabda beliau kepada para sahabat. "Siapa bersedia menerima tetamu malam ini nescaya di beri rahmat oleh Allah Ta'ala." Maka berdirilah seorang lelaki Ansar seraya berkata, "Aku, ya Rasulullah!" Maka dibawanya lah orang itu ke rumahnya. Dia bertanya kepada isterinya, "Adakah engkau sedia makanan?" Jawab isterinya, "Tidak ada, kecuali makanan anak-anak." Katanya, "Pujuklah mereka dengan apa saja. Bila tetamu kita dah masuk tunjukkan kepadanya bahawa kita makan bersamanya. Bila dia telah mulai makan, berdirilah ke dekat lampu lalu padamkan. Maka duduklah mereka dan sang tetamu pun makanlah. Setelah Subuh, sahabat tersebut bertemu dengan Nabi saw. lalu kata beliau, "Allah kagum dengan cara kamu berdua melayani tetamu kalian malam tadi." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1966]

Kupasan:
1. Rasulullah saw tidak menggunakan kedudukannya sebagai Nabi atau ketua utk memutuskan siapa yg perlu berikan bantuan kpd org yg perlukan bantuan, sebaliknya baginda tanyakan kpd para sahabat yg ingin memuliakan tetamu Rasulullah saw.

2. Rasulullah saw dan isteri² baginda hidup dlm keadaan zuhud. Walaupun sebagai seorg pemerintah, baginda tidak mengumpul kekayaan. Dlm hadis yg lain Aisyah hanya ada kurma dan diberikan kpd fakir yg meminta bantuan makanan.
  • Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Pada suatu hari seorang perempuan miskin datang kepada ku membawa dua orang anak perempuannya. Maka ku beri dia kurma tiga buah. Lalu perempuan itu memberi anaknya masing-masing sebuah. Sedang yang sebuah lagi diangkat ke mulutnya hendak dimakannya sendiri, tetapi diminta oleh kedua anaknya. Maka dibelahnya kurma yang hendak dimakannya itu lalu diberikannya kepada kedua anaknya, seorang sebelah. Aku kagum menyaksikan perempuan itu, lalu ku ceritakan apa yang telah diperbuatnya itu kepada Rasulullah saw. Maka bersabda beliau, "Sesungguhnya Allah Ta'ala mewajibkan syurga baginya, atau Allah Ta'ala membebaskannya dari seksa neraka." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2258]
3. Rasulullah saw tahu melalui wahyu apa yg berlaku di rmh lelaki Ansar yg melayani tetamu baginda.

4. Sifat mendahului org lain atas dasar memuliakan tetamu, saudara, atau org lain, adalah suatu sifat mulia.

Saturday, November 1, 2025

Sahabat Rasulullah: Abdullah bin Az-Zubair

- us Nor Azam bin Abdullah kuliah Suboh Sabtu 1-Nov-2025

Sahabat Rasulullah: Abdullah bin Az-Zubair

- Abdullah bin Az-Zubair bin Awwam bin Al-Khuwailid. Ibunya Asma' binti Abu Bakar as-Siddiq. 
  • Merupakan cucu saudara kpd isteri Rasulullah ie Khadijah binti Khuwailid. 
  • Anak saudara kpd isteri Rasulullah ie Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq.
- Lahir di Madinah, anak Muhajirin pertama yg lahir di Madinah, sama ada pd tahun pertama atau kedua Hijrah.
  • Kelahirannya membawa berita yg sgt² gembira kpd golongan Muhajirin mahupun Ansar. Yg mana menidakkan sihir yg gembar-gemburkan oleh org² kafir Yahudi bhw sihir dikenakan ke atas org² Muhajirin, ie mereka tidak akan mempunyai zuriat.
- Rasulullah tahniq Abdullah (tahniq ie adat "belah mulut" bayi org² melayu), kurma yg dilumatkan di mulut Rasulullah dan dicolekkan pd langit² bayi. Abdullah diazankan di ditelinganya oleh Abu Bakar as-Siddiq (datuknya).
- Disebutkan sebagai pembantu setia kpd Rasulullah saw.

- Kisah Abdullah makan darah bekam Rasulullah
Selesai berbekam darah baginda yg keluar diberikan kpd Abdullah utk dibuang ke tempat yg tidak dilalui org (tersorok). Abdullah membawa keluar darah bekam itu tetapi dia menelan sedikit darah itu. Apbl pulang baginda bertanya sudahkan dibuang darah bekam, Abdullah menjawab ya. Rasulullah bertanya lagi adakah kamu makan darah bekam, Abdullah mengaku ya. Kata baginda Rasulullah, jasad Abdullah dijauhkan dari bakaran api neraka.

- Sifat keberanian Abdullah walau masih kecil
Saidina Umar dikenali kegarangannya, ketika beliau melalui tempat permainan Abdullah dan kawan²nya, kanak² lain semua melarikan diri. Sebaliknya Abdullah tidak ke mana². Apabila di tanya oleh saidina Umar kenapa dia kekal di situ, Abdullah yg masih kecil dgn berani menjawab kpd saidina Umar,
Katanya dia tak buat apa² kesalahan, maka dia tidak perlu rasa takut. Kedua, katanya jalan ini luas, pak cik boleh lalu ditempat lain, kerana di situ dia dan kawan² sedang bermain.

- Abdullah aAz-Zubair tidak berbait kepada khalifah Yazid bin Muawiyah
Apbl Muawiyah melantik anaknya ie Yazid bin Muawiyah sebagai khalifah, Abdullah bin Az-Zubair tidak mempersetujui lantikan itu. Kerajaan Muawiyah berpusat di Syam. Abdullah sebaliknya membuat kerajaan yg berpusat di Hijaz di Mekah. Abdullah mendapat sokongan dan baiat wilayah² dari Mekah, Madinah hingga ke Iraq.

- Kematian Abdullah bin Az-Zubair
Al-Hajjaj bin Yusuf seorg panglima perang yg berkaliber di bawah pemerintahan Bani Umayyah.
mengetuai pasukan kerajaan Abdul Malik bin Marwan (kerajaan bani Umayyah) terhadap Abdullah Az-Zubair. Hajjaj mengepung Mekah selama 8 minggu, dan tenteranya melastik batu² ke arah kota Mekah. Dlm tempoh itu ramai org² Mekah mati dan ramai juga keluar dari Mekah kerana tidak mahu terlibat dgn peperangan.
Serangan ke atas Abdullah adalah perintah dari Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Abdullah bin Az-Zubair yang menolak memberikan baiat kepada Yazid bin Muawiyah sempat menguasai Mekah dan Madinah selama beberapa waktu. Namun, pasukan Suriah (Bani Umayyah) mengepung dan menyerang Mekah selama masa kekhalifahan Yazid dan setelah kematiannya, di bawah perintah Abdul Malik bin Marwan.

Abdullah menemui ibunya yg ketika itu sudah berusia hampir 100 thn. Kata ibunya, Asma', jika kamu berada dlm kedudukan yg benar, maka pertahankan dan tidak mensia-siakan kematian tentera dan sahabat yang mempertahankanmu. Abdullah mengambil semangat kata² ibunya utk melawan Al-Hajjah. Ada riwayat mengatakan Abdullah meninggal akibat dari dihimpap/ditimpa batu² yg dilastik oleh pasukan tentera Al-Hajjah. Kematian Abdullah pd tahun ke 79 hijrah.
Al-Hajjah memancung kepala Abdullah dan digantung kepala itu di Mekah. Asma' pergi menurunkan kepala anaknya Abdullah, dan dikemubikan.

- Mentaliti Khuawarij dlm konteks kehidupan hari ini
Puak Khuwarij hanya berpegang pd satu hukum dgn bentuk hukuman yg sama. Tiada pertimbangan walaupun kadar/bentuk kesalahan adalah kesilapan kecil. Cara fikir org² yg memberikan ulasan dlm media sosial cenderung kpd cara pemikiran puak Khuwarij. Kesalahn kecil dihukumkan dgn hukuman berat yg tidak setimpal dgn kesalahan.

Carian Internet:
Abdullah bin Az-Zubair adalah salah seorg dari empat (4) Abdullah yang dikenali sebagai sahabat Rasulullah yang istimewa disebut dengan sebutan "Abadilah Al-Arba’ah" (Empat Abdullah). Mereka adalah:
  1. Abdullah bin Abbas, 
  2. Abdullah bin Umar, 
  3. Abdullah bin Amr bin Al-As, dan 
  4. Abdullah bin Az-Zubair. 
Keempatnya semuanya dikenal dekat dengan Rasulullah saw sejak masa muda atau kecil, sehingga mereka mendapatkan banyak ilmu dan pengalaman langsung dari Nabi, yang kemudian menjadikan mereka tokoh kunci dalam periwayatan hadis dan penyebaran Islam setelah wafatnya Nabi.
  • Abdullah bin Abbas: Sepupu Nabi yang sejak kecil dekat dengan Nabi, dikenal sebagai ahli tafsir Al-Qur'an, mendapatkan doa khusus dari Nabi agar dianugerahi pemahaman kuat dalam agama.
  • Abdullah bin Umar: Anak Umar bin Khattab, dikenal sebagai sahabat yang taat menjalankan agama dan penghafal hadis.
  • Abdullah bin Amr bin Al-As: Dikenal sebagai sahabat yang rajin menulis hadis dan belajar ilmu.
  • Abdullah bin Az-Zubair: Anak Zubair bin Awwam, sejak kecil bersahabat dengan Nabi, dan kemudian menjadi tokoh penting yang memimpin perlawanan terhadap kekhalifahan Umayyah.
Keempat Abdullah ini mendapat peluang belajar langsung dari Nabi sejak kecil atau muda, dan karananya ilmu serta kedekatan mereka menjadikan mereka rujukan utama bagi generasi selanjutnya. Mereka dikenal sebagai teladan dalam mengejar ilmu, keimanan, dan keteladanan dalam beragama.


Monday, October 27, 2025

Keimanan kepada Qada' dan Qadar

- us Dr Abd Rahman Mahmood kuliah Suboh Sabtu 25-Okt-2025

Keimanan kepada Qada' dan Qadar

Surah Al-Baqarah ayat 2:216 (klik sini)
{ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـٔٗا وَهُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـٔٗا وَهُوَ شَرّٞ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ }

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

- Allah mengetahui segalanya
"Dan Allah jualah Yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui": Pengakhiran ayat ini menjadi inti kepada persoalan takdir. 
  • Ia menegaskan bahawa Allah SWT Maha Mengetahui segala sesuatu, termasuk natijah (hasil) di sebalik setiap perkara yang berlaku, sedangkan ilmu manusia sangatlah terbatas.
Oleh itu, tugas manusia adalah untuk menerima dan mematuhi segala perintah Allah SWT, walaupun akal manusia tidak dapat memahami sepenuhnya hikmah di sebaliknya.

Ketaatan kepada perintah Allah adalah jalan menuju hidayah dan kebaikan yang hakiki, kerana Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya di dunia dan akhirat.

Secara ringkas, ayat 2:216 ini mengajar umat Islam untuk berserah diri dan berbaik sangka (husnuzan) dengan setiap ketentuan Allah (qada dan qadar). Setiap peristiwa, baik yang menyenangkan mahupun yang menyusahkan, mengandungi hikmah dan kebaikan yang mungkin tidak dapat dilihat oleh mata manusia. Pengetahuan yang sempurna hanya milik Allah.

- 5 kesan dari beriman kpd qadak dan qadar
1. Menguatkan keazaman dan usaha
Beriman kepada qada dan qadar bukan bermakna berserah tanpa usaha, sebaliknya ia mendorong seseorang untuk berusaha bersungguh-sungguh.
  • Ia mengajar bahawa hasil akhir tidak sepenuhnya bergantung pada usaha manusia, tetapi atas kehendak Allah. Ini membebaskan jiwa daripada tekanan dan kebimbangan yang berlebihan.
2. Memperkukuh tawakal kepada Allah
Iman kepada takdir melahirkan sikap tawakal yang sebenar, iaitu menyerahkan segala urusan kepada Allah setelah melakukan usaha yang terbaik.
  • Seorang mukmin yang tawakal akan berasa yakin bahawa Allah akan memberikan yang terbaik untuknya, dan dia tidak akan menyesal atas perkara yang tidak berlaku atau berputus asa atas kegagalan.
Surah Al-Hadid ayat 57:22 (klik sini)
{ مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٖ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِيٓ أَنفُسِكُمۡ إِلَّا فِي كِتَٰبٖ مِّن قَبۡلِ أَن نَّبۡرَأَهَآۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٞ }

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

3. Meningkatkan rasa syukur dan sabar
Ketika mendapat nikmat, seorang mukmin akan bersyukur kepada Allah kerana menyedari bahawa itu adalah anugerah-Nya. Ketika diuji, ia akan bersabar dan tidak merungut, kerana percaya bahawa ujian itu adalah takdir yang datang daripada Allah.

  • Org² yg beriman kpd Allah, berusaha demi kehidupannya dan bersyukur di atas apa yg dikurniakan. Jika diuji dia mampu bersabar kerana semata-mata mahu dapatkan keredaan Allah.

4. Meningkatkan kefahaman kepada sifat² Allah.
Pengetahuan Allah mengatasi kekurangan ilmu manusia.

- Hadis dalam riwayat al-Tirmidzi
Rasulullah bersabda:
"La yaruddu al-qadha illa al-du'a"
Menafsirkan dengan pemahaman bahawa doa adalah sebab yang diperbolehkan untuk mengubah keadaan yang telah diqadha (ditentukan) Allah. Doa adalah salah satu sebab musabab yang tak bertentangan dengan takdir-Nya. (Riwayat al-Tirmidzi)

- Doa sebagai sebab dan perantara
Dalam kerangka aqidah Islam, doa bukanlah menolak ilmu dan ketetapan Allah secara mutlak, tetapi doa adalah salah satu sebab yang Allah jadikan agar hamba dapat memperoleh rahmat, ampunan, dan perubahan dalam keadaan sesuai kehendak-Nya. Dengan demikian, doa adalah sebab yang diperintahkan dan dijanjikan oleh Allah untuk dikabulkan. (Majmu’ Fatawa)

- Prinsipnya dalam qada dan qadar
Ketetapan qada dan qadar Allah ada dua:
  1. Qada Mu’allaq (ketentuan yang bersyarat pada sebab-sebab, seperti doa, taubat, ikhtiar) yang boleh berubah dengan doa dan usaha.
  2. Qada Mubram (ketetapan mutlak, sudah pasti terjadi) yang tidak boleh diubah.

Doa termasuk cara Allah memberi ruang perubahan pada qada mu’allaq sebagai rahmat dan kelonggaran bagi hamba. (Kitab dan artikel tafsir)
  • Doa memiliki peranan penting dalam ‘mengubah’ qada dan qadar. Bukan mengubah takdir Allah secara hakiki atau ilmu-Nya, tetapi doa adalah sebab yang Allah gunakan untuk mengubah keadaan menjadi lebih baik atau menghindari keburukan, sesuai kehendak dan rahmat Allah. Oleh sebab itu, doa sangat dianjurkan sebagai ikhtiar spiritual dan bentuk tawakal kepada Allah.

5. Ketenangan jiwa dan ketabahan hati
Keyakinan terhadap takdir Allah SWT membuat seseorang reda dengan segala ketentuan yang berlaku dalam hidupnya, sama ada baik atau buruk. 
Ketika berhadapan dengan musibah atau kegagalan, ia tidak akan berputus asa, sebaliknya akan bersabar dan percaya bahawa ada hikmah di sebaliknya.
Sebaliknya, ketika memperoleh nikmat, ia tidak akan menjadi sombong atau lupa diri kerana menyedari bahawa segala nikmat adalah kurniaan Allah.

Sunday, October 19, 2025

Jangan Bersangka Buruk Kepada Allah

- us Dr Mohamed Sabir bin Jamaludin kuliah Suboh Ahad 19-Okt-2025

Corak Pemikiran: Jangan Bersangka Buruk Kepada Allah 

Surah Al-Hadid ayat 57:22 (klik sini)
{ مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٖ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِيٓ أَنفُسِكُمۡ إِلَّا فِي كِتَٰبٖ مِّن قَبۡلِ أَن نَّبۡرَأَهَآۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٞ }

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

- Ayat ini menyatakan bahawa tidak ada musibah yang menimpa bumi mahupun diri manusia, baik berupa penyakit, kelaparan, atau penderitaan, kecuali semuanya sudah tertulis secara terperinci dalam sebuah kitab sebelum Allah menciptakan makhluk dan memulai kehidupan. Ini menunjukkan bahawa segala sesuatu yang terjadi di dunia ini, termasuk musibah dan bencana, telah ditentukan dan diukur oleh Allah sebelumnya (qada dan qadar).

Setiap yang menimpa manusia tidak terjadi secara kebetulan, melainkan telah diatur oleh Allah, dan catatan ini ada dalam Lauh Mahfuz (Kitab yang terpelihara). Semua kejadian sudah pasti terjadi sesuai dengan takdir yang telah Allah tetapkan sebelum penciptaan. Bahkan hal-hal kecil seperti luka atau penyakit yang menimpa seseorang pun termasuk bahagian dari ketetapan ini dan terjadi atas kehendak Allah.

- Jangan bersangka buruk kpd Allah
Surah Yusof ayat 12:100 (klik sini)
{ وَرَفَعَ أَبَوَيۡهِ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ وَخَرُّواْ لَهُۥ سُجَّدٗاۖ وَقَالَ يَٰٓأَبَتِ هَٰذَا تَأۡوِيلُ رُءۡيَٰيَ مِن قَبۡلُ قَدۡ جَعَلَهَا رَبِّي حَقّٗاۖ وَقَدۡ أَحۡسَنَ بِيٓ إِذۡ أَخۡرَجَنِي مِنَ ٱلسِّجۡنِ وَجَآءَ بِكُم مِّنَ ٱلۡبَدۡوِ مِنۢ بَعۡدِ أَن نَّزَغَ ٱلشَّيۡطَٰنُ بَيۡنِي وَبَيۡنَ إِخۡوَتِيٓۚ إِنَّ رَبِّي لَطِيفٞ لِّمَا يَشَآءُۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ }

Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf. Dan (pada saat itu) berkatalah Yusuf: "Wahai ayahku! Inilah dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. Dan sesungguhnya Ia telah melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Ia mengeluarkan daku dari penjara; dan Ia membawa kamu ke mari dari desa sesudah Syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbirNya bagi apa yang dikehendakiNya; sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

- Ibnu Kathir menjelaskan bahwa ayat ke100 surah Yusof ini menegaskan realisasi takdir dan kebenaran janji Allah di kala Nabi Yusuf yang tertindas dan dipenjara dianugerahi kemuliaan serta keluarganya dibawa dari padang gurun ke Mesir. Allah menunjukkan kelembutan dan kebijaksanaan dalam mengatur kejadian, meskipun ada fitnah dari setan yang memecah belah keluarga Yusuf.

Kaitan ayat ini dengan konsep qada dan qadar (ketetapan dan takdir) adalah bahawa segala peristiwa yang dialami Yusuf dari penindasan, pemenjaraan, hingga naik mulia dan bertemunya keluarga merupakan ketetapan Allah yang berlaku dengan hikmah dan ilmu-Nya. Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana dalam mengatur segala rahasia dan skenario kehidupan.

Secara keseluruhan, tafsir ayat ini menjelaskan bahwa segala sesuatu yang terjadi pada Nabi Yusuf dan keluarganya sesuai dengan ketetapan Allah yang telah benar-benar diwujudkan, dan hal ini menuntut pada penyerahan diri kepada takdir-Nya serta menunjukkan kebijaksanaan Allah mengatasi fitnah dan perpecahan demi kebaikan dan kehormatan hamba-Nya.

- Allah menetapkan qadar ujian bagi setiap manusia. Tujuan ujian yang diberikan adalah menilai tahap keimanan, sabar dan syukur.

- Ibnu Kathir bersama para ulama menegaskan bahwa menolak qada dan qadar berarti tidak percaya kepada sifat ilmu dan kehendak Allah serta pengetahuan-Nya yang sempurna atas seluruh kejadian. Mereka yang tidak beriman pada qada dan qadar dianggap mengingkari bagian penting dari keimanan, seperti mengingkari kitab Allah dan Rasul-Nya, sehingga mereka "sesat dengan kesesatan yang amat jauh."

- Salahuddin Al-Ayubi
- Dia dilahirkan pada tahun 1137-1138 di Tikrit, Iraq, dalam keluarga Kurdish yang tergolong dalam dinasti dan tokoh terkemuka wilayah itu. Ayahnya, Najmuddin Ayyub, merupakan penguasa dan pembantu penting dalam dinasti Zengid. Keluarga ini kemudian berpindah banyak kali, termasuk ke Baalbek di Lebanon, dan Salahuddin muda mendapatkan pendidikan dan latihan ketenteraan serta teologi di Damaskus.

Pada tahun 1169, Salahuddin diutus oleh penguasa Dinasti Zengid bersama bapa saudara (Syirkukh) ke Mesir untuk membantu pertahanan mengatasi serangan tentera Salib dan berperang dalam pemerintahan Dinasti Fatimiyah yang saat itu sedang melemah. Setelah kematian penguasa Fatimiyah terakhir, Salahuddin berhasil menjadi wazir Mesir dan pada 1171 menghapuskan Khilafah Fatimiyah, menyatakan kesetiaan kepada Khilafah Abbasiyah dan menyatukan Mesir di bawah pengaruhnya.

Keluarga Salahuddin, termasuk ayah dan kerabatnya, ikut serta dalam sokongan pentadbiran, ketenteraan, dan politik kuat untuk membangun pengaruhnya di Mesir dan wilayah sekitarnya. Keberhasilan ini menjadikan Salahuddin pemerintah Mesir yang kuat, yang kemudian meluas penguasaannya hingga wilayah Syam dan memimpin umat Islam dalam perang melawan pasukan Salib.

Kisah ini menampilkan bagaimana Salahuddin membawa keluarganya bersama dalam perjalanan sejarah besar, memimpin Mesir dari pengaruh Fatimiyah menuju pemerintahan Sunni yang berstruktur dan kuat, dalam rencana Allah yang menentukan takdir dan kejayaan yang diraih melalui usaha dan takdir Ilahi.

Salahuddin dan keluarganya datang ke Mesir sebagai bahagian dari misi strategik yang diperintahkan penguasa Zengid, kemudian mengambil alih pemerintahan Mesir, membangun dinasti Ayubiyyah dengan dukungan keluarganya, dan memimpin Mesir menjadi pusat kekuatan Islam pada ketika itu.

- Jangan tanya apa yg manusia kata, tetapi fikirkan apa yg Allah akan tanya apa yg kita telah lakukan.

- Motivasi dan corak pemikiran yang diajarkan oleh Rasulullah saw kepada para sahabat berkaitan dakwah sangatlah luhur dan ikhlas. Rasulullah mendidik para sahabat dengan akhlak mulia, kasih sayang, serta keteladanan yang tinggi, sehingga mereka tidak memikirkan faedah duniawi yang boleh diperoleh, melainkan semata-mata melaksanakan dakwah sebagai amanah dari Allah SWT. 
  • Rasulullah mengajarkan bahwa dakwah adalah jihad dan pengorbanan demi tegaknya kebenaran dan petunjuk Allah.

Jika para sahabat fikirkan faedah utk mereka, mereka boleh shj tinggalkan Madinah dan tinggalkan kerja dakwah.

Para sahabat terbimbing untuk menyatukan cita-cita dan harapan mereka dengan Rasulullah, rela berjuang bersama, mengalami susah dan senang bersama, bahkan sanggup berkorban nyawa demi menyebarkan Islam. Rasulullah menunjukkan sikap rendah diri, kasih sayang, dan perhatian secara langsung kepada para sahabat sehingga mereka merasa dekat dan terpanggil untuk mengikuti setiap ajaran dan teladan baginda.

Corak pemikiran yang ditanamkan adalah untuk mengutamakan ketaatan kepada Allah dan Rasul, mengharap pahala akhirat, dan tidak mengharapkan keuntungan duniawi. Dalam dakwah, mereka fokus pada keikhlasan, sabar, dan tawakal tanpa rasa takut atau mengharap balasan dunia. Hal ini menjadikan mereka generasi terbaik yang sanggup menghadapi segala rintangan dan kesusahan semata-mata untuk menegakkan agama Allah dengan penuh keimanan dan keteguhan hati.


Nota Kuliah:
  • Corak Berfikir, us Dr Mohamed Sabir bin Jamaludin, 17-Ogo-2025 (klik sini)

Saturday, October 11, 2025

Akhlak Islam: Model Segitiga Islam

- us Lt Kol Sukri bin Yahya kuliah Maghrib Sabtu 11-Okt-2025

Akhlak Islam

- Kita dituntut untuk berakhlak mengikut model Segitiga Islam. Bucu teratas adalah Aqidah, bucu kiri bawah adalah Syariah dan bucu bawah kanan adalah Akhlak.

- Kita dituntut utk berbuat baik apatah lagi berakhlak baik kpd org lain, lebih-lebih lagi kpd jiran. Hadis berkaitan akhlak dgn jiran dan balasan neraka sekiranya berbuat tidak elok atau menyakiti jiran.

Hadis #1:
  • Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw., bersabda: "Tidak akan dapat masuk syurga, orang yang tidak membuat tetangganya merasa aman dari perangainya yang tidak senonoh." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0037]

Hadis #2:
  • Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, maka ucapkanlah kata-kata yang baik-baik, atau diam saja. Siapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti tetangganya. Siapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1742]

Carian Internet:
Model Segitiga Islam - huraian berdasarkan pemikiran Imam al-Ghazali
1. Aqidah (Ilmu Batin/Asas Kepercayaan)
  • Kedudukan: Aqidah adalah akar atau asas agama. 
    • Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa keyakinan yang benar (tauhid) adalah asas utama yang menjadi penentu sah atau tidaknya amalan seorang hamba.
  • Fokus: Beliau menekankan bahawa aqidah bukanlah sekadar pemahaman teori semata-mata, tetapi ia harus meresap ke dalam hati dan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Keyakinan kepada keEsaan Allah, sebagai contoh, akan menghasilkan sifat tawakal dan penyerahan diri yang sepenuhnya kepada kehendak-Nya.
  • Sumbangan: Beliau berusaha menyelaraskan pendekatan rasional (ilmu kalam) dengan pengalaman rohani (tasawuf) untuk memperkukuh aqidah, terutamanya dalam konteks kekeliruan pemikiran pada zamannya.
2. Syariah (Ilmu Zahir/Amalan)
  • Kedudukan: Syariah adalah amalan luaran yang menjadi bukti kepada keyakinan dalaman seseorang. 
    • Ini merangkumi ibadah-ibadah wajib seperti solat, puasa, dan zakat, serta peraturan-peraturan dalam urusan kehidupan sosial (muamalat).
  • Fokus: Menurut Al-Ghazali, syariah adalah jalan yang ditetapkan oleh Allah untuk menjaga kemaslahatan manusia, baik di dunia mahupun di akhirat. Beliau juga berhujah bahawa pelaksanaan syariah haruslah berlandaskan niat dan hati yang ikhlas, yang bersumber daripada aqidah yang kukuh.
  • Sumbangan: Al-Ghazali terkenal dengan usahanya untuk mendamaikan antara fiqh (ilmu syariah) dan tasawuf (ilmu batin), dengan menunjukkan bahawa kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Beliau mengkritik mereka yang terlalu fokus pada aspek zahir ibadah tanpa menghiraukan intipati rohaninya.
3. Akhlak (Buah Amalan/Perilaku)
  • Kedudukan: Akhlak adalah hasil daripada perpaduan aqidah yang benar dan syariah yang diamalkan dengan sempurna. 
    • Ia adalah pancaran daripada kesucian hati (tazkiyatun nafs).
  • Fokus: Al-Ghazali mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong tindakan sama ada terpuji (mahmudah) atau tercela (mazmumah) tanpa memerlukan pertimbangan yang rumit. Akhlak yang baik terhasil daripada kombinasi kekuatan akal, emosi yang terkawal, dan kepatuhan kepada syariat.
  • Sumbangan: Dalam Ihya' Ulumiddin, beliau menerangkan proses penyucian jiwa melalui tiga fasa utama:
    • Takhalli (Pengosongan): Mengosongkan diri dari sifat-sifat tercela.
    • Tahalli (Penghiasan): Menghiasi diri dengan sifat-sifat terpuji.
    • Tajalli (Penyataan): Tercapainya kesempurnaan peribadi di mana keagungan Allah terzahir dalam diri.
Kesimpulan
  • Menurut Imam Al-Ghazali, segitiga Islam yang terdiri daripada Aqidah, Syariah, dan Akhlak adalah satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan. Aqidah adalah asas yang perlu dibina terlebih dahulu. Kemudian, syariah diamalkan sebagai manifestasi luaran dari aqidah. Akhirnya, akhlak yang mulia adalah bukti nyata keberhasilan penghayatan aqidah dan syariah dalam diri seseorang.

- Surah Ar-Rad ayat 13:11 (klik sini)
{ لَهُۥ مُعَقِّبَٰتٞ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ سُوٓءٗا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ }

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.


Antara ayat² Al-Quran berkaitan akhlak:
1. Surah Al-Israk ayat 17:36 (klik sini)
{ وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولٗا }

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

- Kita perlu tapis dan pastikan berita yg kira terima/dengar sebelum sebarkan kpd org lain. Kerana nak menjaga diri kita dari tergolong sebagai org² yg tahu bahaya fitnah tetapi menyebarkan fitnah, yg mana balasannya neraka jahannam.

Dalil ancaman Allah itu seperti dlm Surah Al-Araf ayat 7:179 (klik sini)
{ وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ }

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

- Manusia yg jahil itu adalah bilamana dia tidak menggunakan anggotanya pd kebaikan dan ketaatan kpd Allah. Sebaliknya anggota badannya tertutama mata, pendengaran dan hati (fikirannya) digunakan utk kemaksiatan.

2. Surah Al-Israk ayat 17:37 (klik sini)
{ وَلَا تَمۡشِ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّكَ لَن تَخۡرِقَ ٱلۡأَرۡضَ وَلَن تَبۡلُغَ ٱلۡجِبَالَ طُولٗا }

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.

- Jangan berlaku/berlagak sombong. Jika kita ada kelebihan dlm bentuk kewangan/harga, jangan pandang rendah kpd org lain dgn merasakan mereka tidak setaraf atau tidak layak bersama dgn kita. Tegahan Allah itu disebutkan dlm surah Luqman ayat 18.

Dlm surah Luqman ayat 31:18 (klik sini)
{ وَلَا تُصَعِّرۡ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمۡشِ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٖ فَخُورٖ }

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

- sebaliknya, berjalanlah secara sederhana dan perlahankan suara apbl berbicara, spt yg diajarkan oleh Allah dlm Surah Luqman ayat 31:19 (klik sini)
{ وَٱقۡصِدۡ فِي مَشۡيِكَ وَٱغۡضُضۡ مِن صَوۡتِكَۚ إِنَّ أَنكَرَ ٱلۡأَصۡوَٰتِ لَصَوۡتُ ٱلۡحَمِيرِ }

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

- Akhlak itu sgt penting dlm hubungan keluarga, jiran, masyarakat, jemaah masjid/surau, dan juga pejabat.

Perbezaan Sifat Zat (Ma'ani) dan Sifat Fiel (Ma'nawiyyah) bagi Allah

- us Mohd Azrul bin Ismail kuliah Suboh Sabtu 11-Okt-2025

Perbezaan Sifat Zat (Ma'ani) dan Sifat Fiel (Ma'nawiyyah) bagi Allah

Imam Syeikh Ibrahim Al-Laqaani dlm buku karangannya Syarah Matan Jauharatit Tauhid, menjelaskan perbezaan antara sifat zat dan sifat fiel (fiel atau sifat perbuatan) adalah seperti berikut:

  • Sifat Zat (sifat ma'ani) merupakan sifat yang berdiri dengan zat Allah sendiri. 
    • Ia bukan zat itu sendiri, tetapi merupakan hakikat yang benar-benar wujud dan melekat pada zat Allah. 
    • Contohnya adalah sifat qudrah (Maha Berkuasa), iradah (Maha Berkehendak), ‘ilm (Maha Mengetahui), hayah (Maha Hidup), sama’ (Maha Mendengar), basar (Maha Melihat), dan kalam (Maha Berkata-kata). Sifat ini menunjukkan keadaan hakiki Allah yang bersifat kekal dan wujud bersama zat-Nya.
  • Sifat Fiel (sifat ma’nawiyyah) pula adalah sifat perbuatan yang keluar atau bergantung kepada zat Allah. 
    • Ia merupakan keadaan atau ciri yang melazimkan sifat ma'ani tadi, seperti keadaan berkuasa, berkehendak, mengetahui, hidup, mendengar, melihat, dan berkata-kata.
    • Sifat fiel ini ialah sifat yang menunjukkan aktiviti atau perbuatan Allah yang berkaitan dengan sifat zat-Nya.
- Imam Al-Sanusi menegaskan bahawa sifat ma’ani adalah sifat zat Allah yang kekal, sementara sifat ma’nawiyyah adalah sifat perbuatan yang menunjukkan kegiatan yang keluar dari zat tersebut.
  • Oleh itu, sifat zat adalah kekal dan hakiki, sementara sifat fiel adalah keadaan yang melengkapi dan melazimkan sifat zat dalam konteks perbuatan Allah.

Menurut Mufti Selangor, sifat Zat dan zifat Fiel adalah sifat Qadim belaka dan tidak perlu dibincangkan secara umum. Manakala perbincangan lanjutan dibenarkan bagi tujuan kajian ilmiah seperti kajian peringkat master dan PhD.

- Tujuh (7) sifat ma'nawiyah (sifat yang menunjukkan perbuatan atau keadaan yang melazimkan sifat zat Allah) adalah seperti berikut:
  1. Qudrah (Maha Berkuasa) – sifat wajib Allah memiliki kuasa yang tidak terbatas.
  2. Iradah (Maha Berkehendak) – sifat Allah yang berkehendak dan menentukan kehendak-Nya.
  3. ‘Ilm (Maha Mengetahui) – sifat Allah mengetahui segala sesuatu tanpa batas.
  4. Hayah (Maha Hidup) – sifat Allah yang hidup kekal tanpa mati.
  5. Sama’ (Maha Mendengar) – sifat Allah yang mendengar segala sesuatu tanpa batas.
  6. Basar (Maha Melihat) – sifat Allah yang melihat semua kejadian tanpa batas.
  7. Kalam (Maha Berkata-kata) – sifat Allah yang berbicara, tanpa bergantung kepada mulut atau suara seperti makhluk.
Sifat-sifat ini merupakan hakikat yang tetap melekat pada zat Allah dan menunjukkan kekal dan wujud-Nya, sebagai sifat yang mutlak bagi Allah Ta’ala. Ini juga melazimkan sifat zat Allah dalam konteks perbuatan-Nya yang kekal dan tidak bergantung kepada waktu atau ruang.


Bab Sifat Nafsiyah dan Salbiyah

Sifat Nafsiyah dan Salbiyah adalah seperti berikut:
  • Sifat Nafsiyah adalah sifat yang berkaitan dengan zat Allah secara langsung. 
    • Ia menunjukkan keperibadian dan keberadaan Allah yang tidak boleh ditolak atau dinafikan oleh akal yang waras. 
    • Contohnya sifat: 
      • Wujud (Ada). Allah wajib ada, dan keberadaan-Nya tidak boleh didahului oleh ketiadaan.
  • Sifat Salbiyah adalah sifat yang menolak segala sesuatu yang tidak layak bagi Allah. 
    • Ia merupakan penafian terhadap sifat-sifat yang bertentangan dengan kesempurnaan dan keagungan Allah.
    • Sifat Salbiyah meliputi sifat wajib seperti:

Jadi, sifat Nafsiyah lebih menunjukkan sifat yang berkaitan dengan diri dan keberadaan Allah, manakala sifat Salbiyah menolak sifat-sifat yang tidak sesuai atau tidak layak bagi zat Allah. 


Nota Kuliah:
  • Sifat Wajib Bagi Allah: Mukhalafatuhu Lilhadits (klik sini)
  • Sifat Wajib Bagi Allah: Sifat Salbiyah (klik sini)
  • Sifat Wajib Bagi Allah (klik sini)

Wednesday, October 8, 2025

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:224 hingga 228

- us Dr Zawawi bin Ismail kuliah Maghrib Rabu 8-Okt-2025

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:224 hingga 228

Surah Al-Baqarah Ayat 2:224 (klik sini)
{ وَلَا تَجۡعَلُواْ ٱللَّهَ عُرۡضَةٗ لِّأَيۡمَٰنِكُمۡ أَن تَبَرُّواْ وَتَتَّقُواْ وَتُصۡلِحُواْ بَيۡنَ ٱلنَّاسِۚ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٞ }

(Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui.

- " وَلَا تَجۡعَلُواْ" "La" di sini bermaksud "jangan" bukannya "tidak", kerana dihujungnya ada huruf "nun" menjadikan "wa la taj 'alu na". Namun huruf nun digantikan dgn huruf alif, tetapi tidak dibaca.
- "عُرۡضَةٗ" bermaksud halangan.

Ayat ini mengandungi larangan untuk tidak menjadikan nama Allah dalam sumpah sebagai penghalang untuk melakukan kebaikan, bertakwa, dan mengadakan perbaikan (ishlah) antara manusia.

- Apa beza kebaikan dan ketakwaan?
Perbezaan dan penjelasan mengenai kebaikan dan ketakwaan dalam konteks ayat ini:
  • Kebaikan (Tabarru): Merujuk pada perbuatan baik yang dapat berupa sedekah, membantu sesama jiran/kawan, dan amal-amal solih yg lainnya.
    • Allah melarang perbuatan bersumpah atas nama-Nya untuk tidak melakukan kebaikan (menghindari diri dari melakukan sesuatu kebaikan), kerana sumpah seperti itu harus dilanggar dan mesti ditebus dengan kafarat.
    • Contoh: seorg suami bersumah atas nama Allah utk tidak bersama isterinya selama 3 bulan.  Hubungan suami isteri itu halal tetapi dia sengaja bersumpah untuk tidak mahu melakukan suatu yang dihalalkan dan dituntut dalam hubungan suami isteri. Harus dalam tempoh sumpah itu dia melakukan hubungan suami-isteri yang mana perbuatannya itu telah melanggari sumpahnya (pada awal tadi). Apabila perkara ini terjadi, maka dia dikenakan denda (kafarah).

  • Ketakwaan (Tattaqu): Berarti menjaga diri dari larangan Allah, menaati perintah-Nya, serta meningkatkan kesadaran dan keimanan kepada Allah. 
    • Ayat ini menegaskan agar tidak bersumpah atas nama Allah untuk meninggalkan ketaatan dan ketakwaan, karena itu bertentangan dengan tujuan hidup sebagai hamba yang taat.

- Implikasi tidak tunaikan sumpah yg disandarkan janji itu kpd Allah.
Apbl melanggari sumpah, maka perlu ditebus ie bayar pampasan ie memberi makan kpd 10 org fakir.

Carian Internet:
Maksud membayar kafarah menurut Imam Syafie adalah suatu tindakan atau kewajipan yang dilakukan untuk menutup dosa akibat meninggalkan atau melanggar sesuatu perintah syarak. 
  • Kafarah secara bahasa bermaksud "menutup" dan menurut istilah syarak, ia adalah menunaikan kewajipan seperti memberi sesuatu berupa harta (sedekah) atau melakukan ibadah tertentu (puasa, membebaskan hamba) sebagai penghapus dosa.

Imam Syafie berpegang bahawa kafarah mesti dilakukan bagi dosa-dosa tertentu yang disyariatkan, seperti memungkiri sumpah (kaffarah yamin), melanggar puasa Ramadan dengan sengaja, dan lain-lain dosa yang ditetapkan syarak. Ini bertujuan menghapus dosa dan memberi peluang kepada pesalah untuk bertaubat serta mendapatkan pengampunan Allah.

Kafarah ini boleh berupa:
  1. Membebaskan hamba (dalam zaman dahulu)
  2. Memberi makan atau bersedekah kepada fakir miskin
  3. Berpuasa dengan syarat-syarat tertentu

- Sumpah atas nama Allah apbl disebutkan sebagai "Wallahi, Wabillahi, Watallahi". Namun sekiranya ayat janji dimulakan dlm sebutan Melayu seperti "Demi Allah ...", ianya tidak termasuk sebagai janji yg disandarkan kpd Allah.

Surah Al-Baqarah Ayat 2:225 (klik sini)
{ لَّا يُؤَاخِذُكُمُ ٱللَّهُ بِٱللَّغۡوِ فِيٓ أَيۡمَٰنِكُمۡ وَلَٰكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا كَسَبَتۡ قُلُوبُكُمۡۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ حَلِيمٞ }
Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Ia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah). Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

Surah Al-Baqarah Ayat 2:226 (klik sini)
{ لِّلَّذِينَ يُؤۡلُونَ مِن نِّسَآئِهِمۡ تَرَبُّصُ أَرۡبَعَةِ أَشۡهُرٖۖ فَإِن فَآءُو فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٞ }
Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- "غَفُورٞ رَّحِيمٞ " tidak ada huruf "wau" di akhir ayat ini kerana merujuk kpd 2 sifat Allah. Jika ada huruf wau bermaksud "Ghafur" dan "Rahim" itu merujuk kpd 2 tuhan. Samalah juga dlm Basmallah, tiada "wau" antara "Ar-Rahman" dan "Ar-Rahim".

Surah Al-Baqarah Ayat 2:227 (klik sini)
{ وَإِنۡ عَزَمُواْ ٱلطَّلَٰقَ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٞ }
Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Surah Al-Baqarah Ayat 2:228 (klik sini)
{ وَٱلۡمُطَلَّقَٰتُ يَتَرَبَّصۡنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَٰثَةَ قُرُوٓءٖۚ وَلَا يَحِلُّ لَهُنَّ أَن يَكۡتُمۡنَ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ فِيٓ أَرۡحَامِهِنَّ إِن كُنَّ يُؤۡمِنَّ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَٰلِكَ إِنۡ أَرَادُوٓاْ إِصۡلَٰحٗاۚ وَلَهُنَّ مِثۡلُ ٱلَّذِي عَلَيۡهِنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ وَلِلرِّجَالِ عَلَيۡهِنَّ دَرَجَةٞۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ }

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

- lafaz "tiga kali suci" (ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ) merujuk kepada masa iddah bagi wanita yang ditalak, iaitu menunggu tiga kali haid suci sebelum dibenarkan berkahwin lagi. Ibnu Kathir menjelaskan bahwa "quru’" adalah jamak dari "qar’" yang bermaksud masa pembersihan haid, yaitu tempoh suci dari darah haid.
  • Huraian utama Ibnu Kathir tentang tiga kali suci adalah:
    • Wanita yang ditalak harus menahan diri dan menunggu masa iddah selama tiga kali haid yang suci.
    • Masa iddah ini bertujuan memastikan bahawa wanita tersebut tidak mengandung supaya tidak terjadi perselisihan tentang keturunan anak dan hak warisan.
    • Tidak diperbolehkan menyembunyikan apa yang diciptakan Allah di dalam rahim mereka, maksudnya wanita harus jujur mengenai kehamilan apabila dalam tempoh iddah.
    • Suami berhak untuk merujuk kembali isterinya dalam tempoh iddah jika mereka mahu memperbaiki hubungan (islah).
    • Wanita dan suami mempunyai hak dan kewajiban yang seimbang semasa iddah, walaupun suami mempunyai kedudukan yang sedikit lebih tinggi dalam hal tertentu sebagai ketua keluarga.

Hal berkaitan tempoh suci bagi wanita dan kes perceraian
- 3 kali suci (kitaran haid) bukan bermaksud 3 bulan, sebaliknya mengikut kitaran haid wanita itu.
  • Dlm kes ini ada wanita yg tempoh sucinya lebih panjang dari wanita yg lain. Dgn itu tempoh 3 kali suci harus menjadi lebih dari 3 bulan.
- Ada wanita yg mengandung tetapi masih ada darah yg keluar seperti haid. Dgn tempoh 3 kali suci (kitaran haid) akan jelas sekiranya wanita itu mengandung atau tidak.

- Hak seorg isteri yg diceraikan adalah hak tempat menginap, maka dia berhak utk tinggal di rumah itu, dan suaminya perlu keluar dari rumah (bukan sebaliknya, seperti isteri dihalau keluar).

- Apbl berlaku perceraian, maka tanggungjawab nafkah kpd anak² adalah di bawah tanggungan suami dan keluarga dari sebelah suami.