Wednesday, December 31, 2025

Beriman Kepada Qada' dan Qadar

-us Jamaludin kuliah Maghrib Rabu 31-Dis-2025

Beriman Kepada Qada' dan Qadar

Definisi Qada'
Qada' ialah pelaksanaan atau penciptaan ketetapan Allah SWT terhadap segala sesuatu pada waktu yang telah ditentukan, mengikut hikmah-Nya. Ia merupakan manifestasi hadis (kejadian) daripada ilmu qadim Allah, seperti kematian atau rezeki yang berlaku pada masa tertentu.

Definisi Qadar
Qadar ialah penentuan atau ketetapan Allah SWT terhadap segala sesuatu sejak azali (sebelum dicipta), sesuai dengan ukuran, kadar, dan sifat yang tepat, termasuk baik dan buruk. Ia ilmu qadim yang mendahului segala perkara, seperti Lauh Mahfuzh.

Perbezaan dan KaitanQadar mendahului qada' (penentuan dahulu, pelaksanaan kemudian); keduanya saling lazim, menggalakkan tawakkal + ikhtiar. Contoh: Qadar tetapkan ajal 60 tahun (azali), qada' laksanakan pada tarikh tepat.

Dalil Al-Quran qada' dan qadar seperti dlm surah Al-Qamar ayat 54:49 (klik sini)
{ إِنَّا كُلَّ شَيۡءٍ خَلَقۡنَٰهُ بِقَدَرٖ }

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).

Dalil yg lain sepeti dlm surah Al-Ahzab ayat 33:38 (klik sini)
{ مَّا كَانَ عَلَى ٱلنَّبِيِّ مِنۡ حَرَجٖ فِيمَا فَرَضَ ٱللَّهُ لَهُۥۖ سُنَّةَ ٱللَّهِ فِي ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلُۚ وَكَانَ أَمۡرُ ٱللَّهِ قَدَرٗا مَّقۡدُورًا }

Tidaklah ada sebarang keberatan yang ditanggung oleh Nabi dalam melaksanakan perkara yang telah ditetapkan Allah baginya. (Yang demikian itu) adalah menurut peraturan Allah yang tetap, yang berlaku juga kepada Nabi-nabi yang telah lalu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlakunya.


Hadis:
  • Yahya bin Musa menceritakan kepada kami, Abu Muawiyah memberitahukan kepada kami, Allaits bin Abi Sulaim memberitahukan kepada kami dari Ziyad dari Abu Hurairah berkata: "Rasulullah SAW besabda: "Tidaklah seseorang berdoa dengan suatu doa melainkan pasti dikabulkan. Adakalanya diberikan segera kepadanya di dunia dan ada kalanya disimpan baginya untuk diberikan di akhirat dan ada kalanya dosa-dosanya dihapus sesuai dengan kadar doanya, selama dia tidak berdoa tentang perbuatan dosa atau putus tali hubungan keluarga atau selama tidak tergesa-gesa, mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana dia tergesa-gesa?" Beliau bersabda: "Dia berkata kami berdoa kepada Tuhan kami tapi Dia tidak mengabulkan doa kami". Hadis ini adalah gharib dari sanad ini. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3677]
(a) Setiap perkara yg berlaku ke atas diri kita atau sekeliling kita atau kpd mana2 bhgn bumi ini adalah ketentuan Ilahi (qada' dan qadar-Nya).

(b) Jangan berputus asa utk berdoa, dan sekiranya hajat masih belum dikabulkan oleh Allah, jangan berputus asa utk berdoa. Tidak menyalahkan Allah atau takdir. 

(c) Apa yg kita lalui di dunia ini adalah ujian utk kita, dan kadar ujian yg dihadapi itu tidak sama diantara kita dgn org lain. 

 

Tuesday, December 30, 2025

Tadabbur Surah Al-Waqiah ayat 56:80 hingga 82

- us Dr Hasnan Kasan tazkirah Ramadhan Sabtu 8-Apr-2023

Tadabbur Surah Al-Waqiah ayat 56:80 hingga 82

Surah Al-Waqiah ayat 56:80 (klik sini)
{ تَنزِيلٞ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ }

Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

Al-Quran itu diturunkan oleh Allah utk sekalian alam, utk kefahaman manusia, utk kemaikan manusia. Bukannya Al-Quran itu utk Allah, dalil yang lain spt dlm surah Al-Kahfi ayat 18:1 (klik sini)
{ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَٰبَ وَلَمۡ يَجۡعَل لَّهُۥ عِوَجَاۜ }

Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):

Dalil supaya mengambil wuduk, rujuk dlm surah Al-Maedah ayat 5:6 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قُمۡتُمۡ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغۡسِلُواْ وُجُوهَكُمۡ وَأَيۡدِيَكُمۡ إِلَى ٱلۡمَرَافِقِ وَٱمۡسَحُواْ بِرُءُوسِكُمۡ وَأَرۡجُلَكُمۡ إِلَى ٱلۡكَعۡبَيۡنِۚ وَإِن كُنتُمۡ جُنُبٗا فَٱطَّهَّرُواْۚ وَإِن كُنتُم مَّرۡضَىٰٓ أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوۡ جَآءَ أَحَدٞ مِّنكُم مِّنَ ٱلۡغَآئِطِ أَوۡ لَٰمَسۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمۡ تَجِدُواْ مَآءٗ فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدٗا طَيِّبٗا فَٱمۡسَحُواْ بِوُجُوهِكُمۡ وَأَيۡدِيكُم مِّنۡهُۚ مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجۡعَلَ عَلَيۡكُم مِّنۡ حَرَجٖ وَلَٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمۡ وَلِيُتِمَّ نِعۡمَتَهُۥ عَلَيۡكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ }

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

"بِرُءُوسِكُمۡ" - ba menunjukkan hakiki, mengikut Imam Hanafi wajib basuh kepala. Imam Malik mentafsirkan bhw satu tepek tapak tangan. Imam Shafie mentafsirkan sebahagian dari kepala.

Contoh penggunaan perkataan "balagha" Surah Al-Furqan ayat 25:27 (kilik sini)
{ وَيَوۡمَ يَعَضُّ ٱلظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيۡهِ يَقُولُ يَٰلَيۡتَنِي ٱتَّخَذۡتُ مَعَ ٱلرَّسُولِ سَبِيلٗا }

Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?

a) "يَدَيۡهِ" - tangan ditafsirkan kpd jari, mengikut ilmu bahasa Arab.

Surah Al-Waqiah ayat 56:81 (klik sini)
{ أَفَبِهَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَنتُم مُّدۡهِنُونَ }

Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?

- pertanyaan Allah kpd org² yg kufur ingkar terhadap Al-Quran.

Surah Al-Waqiah ayat 56:82 (klik sini)
{ وَتَجۡعَلُونَ رِزۡقَكُمۡ أَنَّكُمۡ تُكَذِّبُونَ }

Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?

- hina Al-Quran merujuk kpd tidak patuh kpd perintah dan ajaran Al-Quran, spt tidak menutup aurat dgn sempurna. Hina secara fizikal spt pijak, bakar, koyak tidak memberi makna kpd ingkar/kufur kpd Al-Quran.
- memuliakan Al-Quran adalah patuhi perintah dlm Al-Quran dan meninggalkan larangan² yg dinyatakan dlm Al-Quran.

- contoh: arahan pengharaman riba dn satu²nya perintah dari Allah, ie Allah berperang dgn org yg melakukan riba.
Surah Al-Baqarah ayat 2:278 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ }

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.

Surah Al-Baqarah Ayat 2:279 (klik sini)
{ فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ فَأۡذَنُواْ بِحَرۡبٖ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۖ وَإِن تُبۡتُمۡ فَلَكُمۡ رُءُوسُ أَمۡوَٰلِكُمۡ لَا تَظۡلِمُونَ وَلَا تُظۡلَمُونَ }

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

// sambung Ayat 56:83


Tadabbur Surah Al-Kahfi ayat 18:1 hingga 6

- us Muhammad Mursyid Al-Amien kuliah Maghrib Isnin 28-Jul-2025

Tadabbur Surah Al-Kahfi ayat 18:1 hingga 6

Surah Al-Kahfi ayat 18:1 (klik sini)
{ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَٰبَ وَلَمۡ يَجۡعَل لَّهُۥ عِوَجَاۜ }

Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):

Asbabun nuzul ayat Al-Kahfi:
Asbabun nuzul (sebab penurunan) Surah Al-Kahfi ayat 1 hingga 10 berkait rapat dengan peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah saw apabila orang Quraisy, dengan hasutan dan arahan pendeta Yahudi dari Madinah, ingin menguji kerasulan Nabi Muhammad saw. Mereka telah menghantar dua orang wakil ke Madinah untuk meminta pertanyaan yang boleh menguji kenabian baginda, kerana org2 Yahudi dianggap memiliki ilmu kitab terdahulu.

Dua orang pendeta Yahudi yang ditugaskan untuk menguji kerasulan Nabi Muhammad saw ialah:
  1. Nadr ibn Harith dan
  2. Uqbah ibn Abi Mu’ayt
Pendeta Yahudi memberikan tiga soalan untuk ditanyakan kepada Rasulullah saw, iaitu:
  1. Kisah sekumpulan pemuda pada zaman dahulu yang mempunyai kisah menakjubkan (Ashabul Kahfi),
  2. Kisah seorang lelaki yang menjelajah timur dan barat (Dzulqarnain),
  3. Perihal/Tentang roh.

Soalan 1 dan 2 adalah kisah/cerita, semestinya para nabi tahu kisah mereka, manakala soalan ke3 adalah sesuatu yg ghaib.

Setelah menerima tiga pertanyaan ini, Rasulullah saw berkata akan menjawabnya pada keesokan hari tanpa mengucapkan "insyaAllah" (jika diizinkan Allah). Namun, wahyu dari Allah tertangguh selama 15 hari. Keadaan ini menyebabkan orang Quraisy mula ragu dan menyebarkan fitnah, manakala Rasulullah saw berasa sedih kerana wahyu tidak kunjung turun.

Akhirnya, pada hari ke-15, Jibril turun membawa wahyu iaitu Surah Al-Kahfi. Ayat-ayat awal surah ini (ayat 1 hingga 10) diturunkan sebagai pengenalan, sekaligus sebagai penjelasan dan jawapan kepada pertanyaan orang Quraisy serta teguran kepada Rasulullah saw agar sentiasa menyandarkan segala urusan kepada kehendak Allah. Turunnya ayat-ayat ini juga menjadi petunjuk dan penghibur kepada Baginda serta orang Islam yang mana ketika itu mengalami tekanan dan ejekan daripada penduduk Mekah. Ayat-ayat awal ini mengisahkan kelebihan Al-Quran, memberi amaran dan berita gembira, serta memulakan kisah pemuda-pemuda gua (Ashabul Kahfi) yang beriman dan diuji dengan fitnah agama.

Kesimpulannya, ayat 1 hingga 10 Surah Al-Kahfi diturunkan sebagai reaksi terhadap ujian kerasulan Nabi Muhammad saw, yang disusun atas arahan pendeta Yahudi kepada Quraisy, dan merupakan pengenalan kepada kisah-kisah utama surah ini serta sebagai panduan untuk terus teguh beriman ketika diuji.

Empat tema utama berkaitan keimanan dalam Surah Al-Kahfi, yg mana Allah menceritakan punca iman boleh tergelincir, iaitulah:

(1) Ujian Akidah dan Keimanan
Kisah Ashabul Kahfi (para pemuda gua) menggambarkan ujian kepada keimanan apabila mereka lari menyelamatkan agama tauhid dari penyembahan berhala dan kekejaman pemerintah yang zalim. Ini mengajar umat Islam untuk teguh dalam iman walau diuji dengan tekanan dan fitnah.

(2) Ujian Harta dan Kesombongan Duniawi
Surah ini menceritakan kisah pemilik dua kebun yang diuji dengan kekayaan sehingga lupa kepada Allah. Tema ini menunjukkan betapa harta dan kekayaan boleh menguji iman seseorang, memerangkap mereka dalam kesombongan dan lupa bersyukur.

(3) Ujian Ilmu dan Hikmah
Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir menyentuh ujian ilmu dan bagaimana seseorang yang beriman perlu bersabar dan mengerti hikmah di sebalik sesuatu perkara walaupun ia tidak difahami sepenuhnya pada awalnya.

(4) Ujian Kuasa dan Kekuasaan Dunia
Kisah Dzulqarnain menggambarkan bagaimana kekuasaan dan pemerintahan diuji, dan bagaimana seorang yang beriman harus menggunakan kuasa itu dengan adil mengikut petunjuk Allah.

Kesemua empat tema ini berkait rapat dengan cabaran keimanan pada akhir zaman, iaitu ujian akidah, harta, ilmu, dan kuasa, serta memberi panduan bagaimana umat Islam harus menghadapi ujian tersebut dengan penuh sabar, tawakkal, dan keikhlasan hanya kerana Allah.


Carian Internet:
1. Bilakah kisah Al-Kahfi berlaku?
  • Kisah Ashabul Kahfi dipercayai berlaku pada zaman pemerintahan Raja Decius dari Empayar Rom Timur sekitar tahun 249 hingga 251 Masihi, beberapa ratus tahun selepas Nabi Isa a.s. diutuskan. Pemuda-pemuda beriman ini hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dan melarikan diri ke sebuah gua untuk mempertahankan iman mereka. Mereka tertidur selama lebih kurang 309 tahun dan bangun pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II (sekitar tahun 408-450 Masihi) yang beragama Nasrani (Kristian).

    Ada juga pandangan bahawa kisah ini berlaku selepas perkembangan agama Nasrani, ketika mereka telah memeluk agama Nabi Isa, namun ada pula pandangan lain yang mengatakan peristiwa ini berlaku sebelum agama Nasrani muncul, berdasarkan pengetahuan pendeta Yahudi pada zaman Nabi Muhammad saw yang bertanya tentang kisah ini untuk menguji kenabian Baginda.

    Secara ringkas, masa paling diterima ialah pada abad ke-3 Masihi (zaman pemerintahan Raja Decius) dengan tempoh tidur mereka selama kira-kira 309 tahun, berakhir pada abad ke-5 Masihi di bawah pemerintahan Theodosius II.

Surah Al-Kahfi ayat 18:2 (klik sini)
{ قَيِّمٗا لِّيُنذِرَ بَأۡسٗا شَدِيدٗا مِّن لَّدُنۡهُ وَيُبَشِّرَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرًا حَسَنٗا }
 
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

-"وَيُبَشِّرَ" bermaksud ganjaran. 3 ganjaran yg dimaksudkan dlm ayat ini adalah iaitu memberi berita gembira kepada orang yang beriman dan beramal soleh, merujuk kepada:

  • Pahala yang baik yang Allah tetapkan kerana keimanan dan amal kebajikan mereka. Ini termasuk pahala yang mulia dan agung sebagai balasan yang istimewa dari Allah.

  • Ganjaran syurga yang penuh kenikmatan, sebagai tempat kekal yang tidak akan terpisah dari mereka selama-lamanya. Syurga ini masih jauh lebih baik dan indah daripada apa yang pernah dilihat, didengar, atau terlintas dalam hati manusia.

  • Keredaan Allah yang merupakan kemenangan terbesar, di mana orang beriman mendapat keredaan-Nya sebagai ganjaran tertinggi di akhirat.

Surah Al-Kahfi ayat 18:3 (klik sini)
{ مَّٰكِثِينَ فِيهِ أَبَدٗا }
 
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.

Surah Al-Kahfi ayat 18:4 (klik sini)
{ وَيُنذِرَ ٱلَّذِينَ قَالُواْ ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ وَلَدٗا }

Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".

Surah Al-Kahfi ayat 18:5 (klik sini)
{ مَّا لَهُم بِهِۦ مِنۡ عِلۡمٖ وَلَا لِأٓبَآئِهِمۡۚ كَبُرَتۡ كَلِمَةٗ تَخۡرُجُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡۚ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبٗا }
 
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

Ulasan ayat ini menjelaskan bahawa orang-orang musyrik yang mendakwa Allah mempunyai anak adalah orang yang tidak mempunyai ilmu atau pengetahuan tentang perkara tersebut, begitu juga nenek moyang mereka yang mereka ikut. Dakwaan mereka itu adalah suatu kata-kata yang amat buruk, palsu, dan batil. Ini menunjukkan bahawa mereka hanya berkata bohong tanpa dasar kebenaran atau ilmu yang sahih.

Menurut tafsir yang masyhur seperti Maududi dan tafsir dari Kementerian Agama Arab Saudi, dakwaan bahawa Allah memiliki anak adalah satu penyelewengan besar yang tidak berasas, dan merupakan satu bentuk syirik serta fitnah yang berat. Ucapan tersebut menggambarkan kejahilan dan penipuan yang bersumber dari hawa nafsu dan bukan ilmu.

Ayat ini juga memberi pengajaran bahawa apa yang diucapkan oleh orang-orang kafir itu adalah dusta belaka dan Nabi Muhammad saw tidak perlu bersedih hati terhadap penolakan dan ejekan mereka kerana tugas Baginda hanyalah menyampaikan wahyu kepada mereka.

Surah Al-Kahfi ayat 18:6 (klik sini)
{ فَلَعَلَّكَ بَٰخِعٞ نَّفۡسَكَ عَلَىٰٓ ءَاثَٰرِهِمۡ إِن لَّمۡ يُؤۡمِنُواْ بِهَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَسَفًا }
 
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.


Catatan Kuliah:
  • Tafsir Surah Al-Kahfi Ayat 18:21 hingga 31 | us Muhammad Mursyid Al-Amien | 5-Okt-2025 (klik sini)
  • Tadabbur Surah Al-Kahfi Ayat 18:23 hingga 24 | 6-Jun-2022 (klik sini)
  • Tafsir Surah Al-Kahfi Ayat 18:83 hingga 94 | us Dr Zawawi Ismail | 24-Nov-2016 (klik sini)


Jinayat Badan: Pembunuhan

- us Fathi Mohamad kuliah Maghrib Selasa 30-Dis-2025

Jinayat Badan: Pembunuhan

Jinayat Badan

Dalam kitab "Kitab al-Jinayat" jinayat badan ditakrifkan sebagai perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

- Definasi Jinayat Badan
Pengertian tersebut khusus kepada kesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib dikenakan hukuman qisas atau diyat. Kesalahan yang melibatkan harta benda, akal fikiran, dan sebagainya termasuk dalam jinayah umum yang tertakluk hudud, qisas, diyat, atau ta'zir.

Contoh dan Hukuman
  • Qatl (pembunuhan sengaja): --> Qisas (balas bunuh) atau diyat jika dimaafkan.
  • Jarh (luka/cacat): --> Balasan sama atau ganti rugi.
Tujuannya menjaga keselamatan nyawa, keamanan maruah, dan maqasid syariah, selaras dalil surah Al-Baqarah ayat 2:178 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِصَاصُ فِي ٱلۡقَتۡلَىۖ ٱلۡحُرُّ بِٱلۡحُرِّ وَٱلۡعَبۡدُ بِٱلۡعَبۡدِ وَٱلۡأُنثَىٰ بِٱلۡأُنثَىٰۚ فَمَنۡ عُفِيَ لَهُۥ مِنۡ أَخِيهِ شَيۡءٞ فَٱتِّبَاعُۢ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيۡهِ بِإِحۡسَٰنٖۗ ذَٰلِكَ تَخۡفِيفٞ مِّن رَّبِّكُمۡ وَرَحۡمَةٞۗ فَمَنِ ٱعۡتَدَىٰ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَلَهُۥ عَذَابٌ أَلِيمٞ }

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

- Dalil penyariatan hukum qisas spt dlm surah Al-Israq ayat 17:33 (klik sini)
{ وَلَا تَقۡتُلُواْ ٱلنَّفۡسَ ٱلَّتِي حَرَّمَ ٱللَّهُ إِلَّا بِٱلۡحَقِّۗ وَمَن قُتِلَ مَظۡلُومٗا فَقَدۡ جَعَلۡنَا لِوَلِيِّهِۦ سُلۡطَٰنٗا فَلَا يُسۡرِف فِّي ٱلۡقَتۡلِۖ إِنَّهُۥ كَانَ مَنصُورٗا }

Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).

- Dosa membunuh adalah dosa besar, dalil dlm surah An-Nisa' ayat 4:92 (klik sini): Pembunuhan sengaja Muslim wajib qisas atau diyat jika tersalah.
{ وَمَا كَانَ لِمُؤۡمِنٍ أَن يَقۡتُلَ مُؤۡمِنًا إِلَّا خَطَـٔٗاۚ وَمَن قَتَلَ مُؤۡمِنًا خَطَـٔٗا فَتَحۡرِيرُ رَقَبَةٖ مُّؤۡمِنَةٖ وَدِيَةٞ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦٓ إِلَّآ أَن يَصَّدَّقُواْۚ فَإِن كَانَ مِن قَوۡمٍ عَدُوّٖ لَّكُمۡ وَهُوَ مُؤۡمِنٞ فَتَحۡرِيرُ رَقَبَةٖ مُّؤۡمِنَةٖۖ وَإِن كَانَ مِن قَوۡمِۭ بَيۡنَكُمۡ وَبَيۡنَهُم مِّيثَٰقٞ فَدِيَةٞ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ وَتَحۡرِيرُ رَقَبَةٖ مُّؤۡمِنَةٖۖ فَمَن لَّمۡ يَجِدۡ فَصِيَامُ شَهۡرَيۡنِ مُتَتَابِعَيۡنِ تَوۡبَةٗ مِّنَ ٱللَّهِۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمٗا }

Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar "diah" (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

- Surahnm Al-Maidah ayat 5:45 (klik sini)
{ وَكَتَبۡنَا عَلَيۡهِمۡ فِيهَآ أَنَّ ٱلنَّفۡسَ بِٱلنَّفۡسِ وَٱلۡعَيۡنَ بِٱلۡعَيۡنِ وَٱلۡأَنفَ بِٱلۡأَنفِ وَٱلۡأُذُنَ بِٱلۡأُذُنِ وَٱلسِّنَّ بِٱلسِّنِّ وَٱلۡجُرُوحَ قِصَاصٞۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ كَفَّارَةٞ لَّهُۥۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ }

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

- Hadis larangan membunuh satu nyawa manusia; Jauhi 7 perkara.
Hadis:
  • Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah Saw. bersabda: "Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan: (1) Mempersekutukan Allah; (2) Sihir; (3) Membunuh orang yang telah dilarang membunuhnya; kecuali kerana alasan yang dibenarkan Allah (seperti kisas); (4) Memakan harta anak yatim; (5) Memakan riba; (6) Lari dari medan pertempuran; dan (7) Menuduh wanita mukminah yang baik dan tahu memelihara diri, berbuat jahat (zina)." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0069]

- Dosa membunuh dikategorikan kepada tiga jenis utama berdasarkan niat dan cara, dengan hukuman berbeza.

- Tiga (3) Kategori Pembunuhan:
  1. Qatl al-'Amd (Pembunuhan Sengaja Murni):
    Pembunuh sengaja rancang dan gunakan alat mematikan untuk bunuh orang terlindung (Muslim atau mu'ahid).
    Hukuman: Qisas (balas bunuh) oleh wali mangsa.

  2. Qatl Syibh al-'Amd (Pembunuhan Mirip Sengaja):
    Niat bukan bunuh, tetapi tindakan biasa (contoh: pukul dengan kayu tebal) menyebabkan mati. 
    Hukuman: Diyat penuh + kafarat + ta'zir.

  3. Qatl al-Khata' (Pembunuhan Tidak Sengaja):
    Tindakan mubah (contoh: anak panah nyasar ke manusia semasa buru) menyebabkan mati. Contoh lain adalah tertembak rakan sewaktu memburu kerana salah sangka kawan adalah haiwan buruan.
    Hukuman: Diyat separuh + kafarat (puasa 2 bulan berturut).

- Org yg membunuh org lain dlm keadaan beranggapan bhw perbuatannya itu halal maka dia dihukumkan kafir. Org yg membunuh dlm keadaan tidak sengaja membunuh dia dihukumkan munafik dan diserahkan kpd Allah hukuman yg sewajarnya.


7 Jenis Nafsu

- us Mohd Al-Dandarawi bin Mustafar kuliah Maghrib Selasa 13-Mei-2025

7 Jenis Nafsu

1. 3 golongan pertama masuk neraka
Golongan pertama yang masuk neraka diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, bahwa Rasulullah saw adalah:
  • Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Natil (bin Odis Al Hazami), seorang penduduk Syam, bertanya kepadanya, "Wahai, Tuan Guru! Ajarkanlah kepada kami hadis yang Anda dengar dari Rasulullah saw." Jawab Abu Humirah, "Baik! Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Orang yang pertama-tama diadili kelak di hari kiamat, ialah orang mati syahid. Orang itu dihadapkan ke pengadilan, lalu diingatkan kepadanya nikmat-nikmat yang telah diperolehnya, maka dia mengakuinya. Tanya, "Apakah yang engkau perbuat dengan nikmat itu?" Jawab, "Aku berperang untuk agama Allah sehingga aku mati syahid." Firman Allah, "Engkau dusta! Sesungguhnya engkau berperang supaya dikatakan gagah berani. Dan gelar itu telah engkau peroleh." Kemudian dia disuruh seret dengan muka telungkup lalu dilemparkan ke neraka. Kemudian dihadapkan pula orang 'alim yang belajar dan mengajarkan ilmunya serta membaca Al Quran. Dihadapkannya kepadanya nikmat yang telah diperolehnya, semua diakuinya. Tanya, "Apa yang engkau perbuat dengan nikmat itu?" Jawab, "Aku belajar, mengajar, dan membaca Quran kerana Engkau." Firman Allah, "Engkau dusta! Sesungguhnya engkau belajar dan mengajar supaya disebut orang Alim, dan engkau membaca Al Quran supaya dikatakan sebagai Qari (ahli baca). Semua itu telah dipanggilkan orang kepada mu." Kemudian dia disuruh seret dengan muka menghadap ke tanah lalu di lemparkan ke neraka. Sesudah itu dihadap pula orang yang diberi kekayaan oleh Allah dengan berbagai macam harta. Semua kekayaannya dihadapkan kepadanya lalu diingatkan segala nikmat yang telah diperolehnya, ia pun mengakui. Tanya, "Apa yang telah engkau perbuat dengan harta sebanyak itu?" Jawab, "Setiap bidang yang Engkau sukai tidak ada yang ku tinggalkan, melainkan aku sumbang semuanya kerana Engkau." Firman Allah, "Engkau dusta! Sesungguhnya engkau melakukan semuanya itu supaya engkau disebut orang yang pemurah, dan gelar itu telah engkau peroleh." Kemudian dia disuruh seret dengan muka menghadap ke tanah lalu dilemparkan ke neraka. [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1859]
Selanjutnya, ada juga dua golongan lain yang pertama masuk neraka, yaitu orang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya serta membaca Al-Qur'an dengan niat riya, dan orang kaya yang bersedekah juga karena riya, bukan ikhlas karena Allah. Ketiganya dimasukkan ke neraka karena amal mereka tidak ikhlas, melainkan untuk mencari pujian manusia.

2. Perlu ilmu untuk beramal
Beramal tanpa ilmu seperti orang gila yang pena diangkat dari dirinya, artinya amal tanpa ilmu adalah sia-sia dan bisa menimbulkan kerusakan.

  • Imam Al Muhallab berkata: "Amalan yang bermanfaat adalah amalan yang terlebih dahulu didahului dengan ilmu. Amalan yang tidak didasari niat ikhlas dan ilmu itu bukanlah amalan, melainkan seperti amalannya orang gila yang pena diangkat dari dirinya." (Syarh Al Bukhari libni Baththol, 1/144)
  • Imam Al-Bukhari menyatakan bahwa ilmu adalah syarat utama sebelum berkata dan beramal, kerana ilmu meluruskan niat dan amal. Tanpa ilmu, amal bisa lebih banyak merusak daripada memperbaiki.

Meskipun tidak ada hadis langsung dengan kata-kata itu, konsep ini diambil dari pemahaman ulama atas hadis dan ajaran Islam bahwa ilmu harus mendahului amal agar amal tidak sia-sia atau seperti perilaku orang gila.

3. Tinggikan cita-cita


4. 7 jenis nafsu
Tujuh jenis atau tingkatan hawa nafsu dalam Islam menurut para ulama, termasuk Syekh Nawawi al-Bantani dan Buya Yahya, adalah sebagai berikut:

1. Nafsu Ammarah
Nafsu yang mendorong kepada kejahatan dan maksiat.
Ciri: kikir, dengki, sombong, marah, cinta dunia, dan sifat buruk lainnya.
Tempatnya di dada.

2. Nafsu Lawwamah
Nafsu yang selalu menyesali diri setelah berbuat dosa dan berusaha memperbaiki diri. Inarat spt lalang, ada masa berminat buat kebaikan, ada masa terdorong utk berbuat maksiat.
Ciri: menyesal, riya, bohong, lupa, dan sebagainya.
Tempatnya di bawah dada kiri.

3. Nafsu Mulhamah
Nafsu yang mendapat ilham untuk berbuat kebaikan, tapi masih ada kotoran batin halus seperti riya dan ujub.
Ciri: sabar, tawadhu, taubat, murah hati.
Tempatnya di bawah dada kanan.

4. Nafsu Muthmainnah
Nafsu yang tenang dan sudah bersih dari sifat tercela, berakhlak mulia.
Ciri: syukur, tawakkal, ridha, takut kepada Allah.
Tempatnya di rahsia dada.

5. Nafsu Rodhiyah
Nafsu yang sudah puas dan ikhlas menerima ketentuan Allah.
Ciri: zuhud, ikhlas, wara’, latihan diri.

6. Nafsu Mardhiyyah
Nafsu yang diridhai Allah, penuh akhlak baik dan kasih sayang kepada makhluk.

7. Nafsu Kamilah
Nafsu yang sempurna, mencapai ilmu yakin dan hakikat tauhid. Nafsu yang dikurniakan kpd para Nabi dan Rasul.

Hukum Tajwid: Wakaf Dengan Bacaan Sukun Mahdhun, Ikhtilas/Raum atau Isymam

- us Ahmad Rijal bin Ghazali kuliah Maghrib Selasa 5-Ogo-2025

Hukum Tajwid: Wakaf Dengan Bacaan Sukun Mahdhun, Ikhtilas/Raum atau Isymam

Perbezaan Mad, Mad Iwad dan Mad Asli
Mad Lin, Mad Iwad, dan Mad Asli adalah tiga jenis mad dalam ilmu tajwid dengan perbezaan tersendiri:

Mad Asli
  • Mad Asli (mad thabi'i) adalah mad yang berlaku secara semula jadi tanpa sebab tambahan seperti hamzah atau sukun. Mad ini adalah pemanjangan biasanya dua harakat pada huruf mad (alif, wau, ya) apabila berbaris tertentu. Contohnya pada perkataan seperti قَالَ. Mad Asli dibaca sama panjang (2 harakat) sama ada ketika sambung (wasal) atau berhenti bacaan (waqaf).

  • Mad Asli adalah mad dasar tanpa sebab tambahan, panjang 2 harakat.

Mad Iwad
  • Mad Iwad berlaku apabila bacaan berhenti (waqaf) pada perkataan yang berakhiran tanwin (fathatain). Sebagai gantinya, tanwin itu dibuang (dihilangkan bunyinya) dan digantikan dengan mad alif panjang dibaca selama dua harakat. Contohnya pada perkataan seperti ِمَنًّا yang dibaca menjadi مَنَا ketika waqaf. Mad Iwad khusus untuk kemudahan bacaan pada waktu berhenti dan hanya dibaca panjang dua harakat ketika waqaf saja.

  • Mad Iwad adalah gantian tanwin dengan mad alif ketika waqaf, panjang 2 harakat.

Mad Lin
  • Mad Lin terjadi apabila huruf lin (iaitu huruf ya (ي) atau wau (و) bertemu dengan sukun yang datang ketika waqaf sahaja. Mad ini boleh dibaca dengan panjang 2, 4, atau 6 harakat ketika berhenti bacaan. Contohnya dalam perkataan seperti خَوْف dan قُرَيْش apabila berhenti baca. Jika bacaan disambung, mad lin tidak dibaca.

  • Mad Lin berlaku apabila huruf ya atau wau bertemu sukun apabila berhenti baca, panjang 2,4 atau 6 harakat

Bacaan Sukun Mahdhun
Sukun Mahdhun adalah satu jenis sukun yang menunjukkan huruf mati (sukun) yang sebenar dan tetap pada huruf tertentu dalam bacaan Al-Quran tanpa bertukar kepada harakat lain ketika dibaca, sama ada bacaan disambung atau berhenti. Ia adalah sukun yang asli dan kekal pada huruf tersebut.
  • Contohnya, dalam tulisan Al-Quran rasmi (Rasm Uthmani), tanda sukun digunakan untuk menandakan huruf yang wajib dibaca mati secara jelas dan tepat yang dikenali sebagai sukun mahdhun. Ini memastikan bacaan huruf itu tidak berubah menjadi harakat lain dan hakikat mati itu perlu dijaga.

Bacaan Ikhtilas atau Raum
Bacaan "Ikhtilas" atau juga dikenali sebagai "Raum" adalah satu kaedah bacaan dalam ilmu tajwid di mana bunyi huruf tertentu dibaca dengan cepat dan pendek, biasanya dalam masa 1/3 harakat sahaja dengan suara yang perlahan. Contohnya dalam kalimah "لاَ تَأْمَنَّا" di Surah Yusuf ayat 11, bacaan "nu" pada akhir kalimah dibaca cepat dan lemah sebelum masuk ke nun yang berikutnya. Bacaan ikhtilas ini bertujuan untuk memudahkan dan mempercepat bacaan tanpa mengubah makna.
  • Bacaannya menjadi "la tak ma nu na" di mana "nu" di baca dgn laju dan perlahan --> perlu bertalaqi dgn guru tajwid agar cara bacaannya tepat.

Surah Yusuf ayat 12:11 (klik sini)
{ قَالُواْ يَٰٓأَبَانَا مَا لَكَ لَا تَأۡمَ۬نَّا عَلَىٰ يُوسُفَ وَإِنَّا لَهُۥ لَنَٰصِحُونَ }

Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapa mereka lalu) berkata: Wahai ayah kami! Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal sesungguhnya kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya?

Ikhtilas (Raum) adalah bacaan cepat dan pendek pada satu huruf sebelum huruf yang sama diulang atau berturut-turut.

Dilakukan dengan suara perlahan dan tempoh bacaannya sangat singkat (sekitar 1/3 harakat).

Contohnya yang paling terkenal adalah pada kalimah "لاَ تَأْمَنَّا" dalam Al-Quran.

Bacaan Isymam
Bacaan Isymam dalam ilmu tajwid adalah satu kaedah bacaan khusus yang berlaku apabila dua huruf nun berturut-turut digabungkan menjadi satu huruf nun sahaja dengan tanda isymam di atasnya. Ketika membaca, bibir dimuncungkan (seolah-olah membentuk bentuk “muncung” atau seperti hendak mencium) untuk menandakan pengucapan nun yang dipendekkan tanpa mengeluarkan bunyi “u” pada harakat dhammah. Bacaan ini terdapat secara khusus pada Surah Yusuf ayat 11, pada kalimah "لاَ تَأْمَنَّا" yang asalnya ada dua nun, tetapi digabungkan menjadi satu nun dengan pengucapan isymam.

Isymam bermaksud memuncungkan kedua-dua bibir sewaktu membaca huruf nun yang digabungkan, tanpa mengeluarkan suara dhammah.
  • Bacaan ini berbeza dari bacaan biasa kerana suara “u” pada dhammah tidak disebut, hanya dibunyikan huruf nun dengan bibir puncung.

  • Ia adalah bacaan yang jarang dan khusus dalam al-Quran, terutama pada Surah Yusuf ayat 11.

Praktis: 
(1) Surah Al-Ahqaf ayat 46:29 (klik sini)
{ وَإِذۡ صَرَفۡنَآ إِلَيۡكَ نَفَرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ يَسۡتَمِعُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوٓاْ أَنصِتُواْۖ فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوۡاْ إِلَىٰ قَوۡمِهِم مُّنذِرِينَ }

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.

  • jika diwakafkan bacaan pada "ٱلۡقُرۡءَانَ" ianya menjadi sukun mahdhun

(2) Surah Al-Ahqaf ayat 46:32 (klik sini)
{ وَمَن لَّا يُجِبۡ دَاعِيَ ٱللَّهِ فَلَيۡسَ بِمُعۡجِزٖ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَيۡسَ لَهُۥ مِن دُونِهِۦٓ أَوۡلِيَآءُۚ أُوْلَٰٓئِكَ فِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٍ }

"Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata".

  • jika diwakafkan pada bacaan "ٱلۡأَرۡضِ" sebagai bacaan Raum, maka sebutan/bacaannya menjadi "ar di" dgn bunyi "di" pendek dn perlahan shj.

  • jika diwakaf pada bacaan "أَوۡلِيَآءُۚ" sebagai bacaan Isymam maka sebutan/bacaannya menjadi "au li yak" dan bibir dimuncungkan seolah-olah ada bunyi "u", jika tidak pandang bibir qari/pambaca, maka tidak diketahui dia membaca secara Isymam.

Fitnah Akhir Zaman

- us xxx Kuliah Suboh Isnin 15-Sep-2025

Fitnah Akhir Zaman

- Tafsir Fitnah
Imam Nawawi dalam syarahnya terhadap Sahih Muslim mentakrifkan fitnah berkaitan dengan namamah (pemindahan kata-kata untuk merosakkan hubungan), di mana ia merujuk kepada perbuatan memindahkan perkataan seseorang kepada orang lain dengan niat memburukkan atau memecahbelah

Ibnu Kathir menjelaskan bahwa impak fitnah sangat berbahaya, yaitu dapat membawa manusia jatuh ke dalam ilmu sihir, kesesatan, iri hati, buta dan tuli terhadap kebenaran, kufur terhadap nikmat Allah, peperangan, kehancuran umat manusia, dan pengaruhnya bisa membuat manusia taat atau bermaksiat. Dengan kata lain, fitnah merupakan ujian dan cobaan berat yang boleh membuat seseorang jauh dari kebenaran, bahkan menimbulkan kerusakan sosial dan spiritual yang besar.

- Hadis supaya berpegang kepada sunnah Nabi Muhammad saw:
  • Sabda Nabi saw:
فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ
Maka ke atas kalian sunnahku dan sunnah para khulafa al-rasyidin yang mendapat petunjuk, dan gigitlah ia dengan gigi geraham.” [HR Imam Ahmad (17144), Ibn Majah (42), Abu Daud (4607) dan al-Tirmizi (266)]

- Sunnah terbahagi kepada empat (4) kategori:
1. Sunnah Syariah merujuk kepada segala perkara yang bersumber dari Nabi Muhammad saw yang berkaitan dengan perundangan dan hukum syarak. Sunnah jenis ini adalah segala ucapan, perbuatan, dan persetujuan Nabi yang memiliki nilai syariat sebagai panduan hukum bagi umat Islam. Dengan kata lain, sunnah syariah adalah sumber hukum setelah Al-Quran yang menetapkan perkara yang wajib, sunnah, mubah, makruh atau haram dalam kehidupan seorang mukallaf (orang yang diwajibkan beragama).

Definisi dari sudut syariah menurut para ulama adalah segala yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai bagian dari undang-undang Islam yang harus dipatuhi oleh umatnya demi menjalankan kehidupan sesuai dengan kehendak Allah dan menjaga kesejahteraan masyarakat.

Sunnah syariah meliputi:
  1. Ucapan (qaul) Nabi yang berisi petunjuk hukum,
  2. Perbuatan (fi'il) yang menjadi teladan ibadah dan muamalah,
  3. Persetujuan (taqrir) yang menegaskan sesuatu amalan yang sahabat lakukan.

2. Sunnah Khususiah adalah sunnah yang hanya khusus untuk Nabi Muhammad sawsahaja dan tidak dianjurkan atau bahkan dilarang untuk diamalkan oleh umatnya. Sunnah ini mencakupi amalan atau tindakan yang hanya sesuai dengan kedudukan dan status kenabian baginda serta hikmah tersendiri yang tidak boleh dicontohi langsung oleh orang biasa.

Contohnya termasuk:
  1. Puasa wishal (berpuasa berturut-turut tanpa berbuka),
  2. Berpoligami melebihi empat isteri,
  3. Menerima wahyu dan memimpin umat sebagai nabi.
  4. Solat tahajjud setiap malam.

Amalan sunnah khususiah ini tidak diwajibkan dan tidak dianggap sebagai sunnah yang mesti diikuti oleh umat Muhammad saw secara umum, melainkan khusus kepada baginda Nabi Muhammad saw sahaja.

Definisi ini membantu membezakan antara sunnah yang boleh diikuti oleh umat (sunnah umum) dengan sunnah yang hanya khusus bagi Nabi (sunnah khususiah) agar tidak terjadi kekeliruan dalam pengamalan ajaran Islam.

3. Sunnah Jibiliyah adalah jenis sunnah yang berkaitan dengan perbuatan Nabi Muhammad saw yang bersifat naluriah atau fitrah manusia biasa dan bukan dalam konteks pensyariatan.

Menurut Syaikh Muhammad Amin Asy Syinqithi, sunnah jibiliyah merujuk kepada tindakan yang dilakukan Nabi saw sebagai manusia biasa, misalnya berdiri, duduk, makan, minum, tidur, dan lain-lain. Perbuatan ini tidak dilakukan dengan tujuan menetapkan hukum syariat atau untuk dijadikan contoh yang wajib diikuti oleh umatnya. Oleh itu, ia tergolong dalam hukum mubah (boleh dilakukan) atau kadang-kadang dianjurkan, tetapi bukan sunnah wajib diikuti.

Contohnya, Nabi saw makan dengan tangan kanan yang menjadi tuntunan sunnah, tetapi duduk atau berdiri beliau secara naluriah bukan sunah yang harus ditiru dengan niat ibadah.

Dalil bahawa apa yang dilakukan dan dikatakan oleh Nabi Muhammad saw itu adalah wahyu dari Allah, surah An-Najm ayat 53:4 (klik sini)
{ إِنۡ هُوَ إِلَّا وَحۡيٞ يُوحَىٰ }

Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Dalil bahawa wahyu kepada Nabi disampaikan oleh malaikat Jibril, surah An-Najm ayat 53:10 (klik sini)
{ فَأَوۡحَىٰٓ إِلَىٰ عَبۡدِهِۦ مَآ أَوۡحَىٰ }

Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.

Dalil bahawa wahyu Allah kepada Nabi Muhammad melalui ilham, surah As-Syuraa ayat 42:52 (klik sini)
{ وَكَذَٰلِكَ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ رُوحٗا مِّنۡ أَمۡرِنَاۚ مَا كُنتَ تَدۡرِي مَا ٱلۡكِتَٰبُ وَلَا ٱلۡإِيمَٰنُ وَلَٰكِن جَعَلۡنَٰهُ نُورٗا نَّهۡدِي بِهِۦ مَن نَّشَآءُ مِنۡ عِبَادِنَاۚ وَإِنَّكَ لَتَهۡدِيٓ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ }

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,

4. Sunnah harus bermaksud amalan atau perbuatan yang dibolehkan oleh syariat Islam, iaitu amalan yang apabila dilakukan diberi pahala dan apabila ditinggalkan tidak berdosa. Sunnah harus terletak di antara perbuatan wajib dan sunat.

Dengan kata lain, sunnah harus ialah sesuatu yang dibenarkan untuk dilakukan dan dianjurkan, tetapi bukan kewajipan atau amalan yang mesti dilakukan. Tidak ada dosa jika meninggalkannya, dan mendapat ganjaran jika melakukannya.

Contohnya termasuk memakai wangian, makan dengan tangan kanan, memasang miswak (berus gigi sunnah), atau amalan-amalan lain yang dianjurkan Rasulullah SAW tetapi tidak diwajibkan.


Tafsir Surah At-Tariq ayat 86:5 hingga 10

- us Mohd Al-Ihsan kuliah Suboh Ahad 28-Sep-2025

Tafsir Surah At-Tariq ayat 86:5 hingga 10

Tafsir Surah At-Tariq ayat 86:5 (klik sini)
{ فَلۡيَنظُرِ ٱلۡإِنسَٰنُ مِمَّ خُلِقَ }
 
(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.

Tafsir Surah At-Tariq ayat 86:6 (klik sini)
{ خُلِقَ مِن مَّآءٖ دَافِقٖ }

Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) -

Tafsir Ibnu Kathir menjelaskan ayat 5 & 6 bahawa manusia diciptakan dari air mani (air yang memancar) yang berasal dari tempat tersembunyi antara tulang sulbi lelaki dan dada wanita. Ini menunjukkan betapa lemahnya asal usul manusia yang dicipta dari perkara yang hina dan kecil.

Tafsir Surah At-Tariq ayat 86:7 (klik sini)
{ يَخۡرُجُ مِنۢ بَيۡنِ ٱلصُّلۡبِ وَٱلتَّرَآئِبِ }

Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.

Ayat 7 menegaskan bahawa Allah yang menciptakan manusia dari air mani tersebut, Maha Berkuasa untuk menghidupkan kembali manusia setelah mati. Ini adalah bukti kekuasaan mutlak Allah untuk membangkitkan manusia di akhirat kelak.

Tafsir Surah At-Tariq ayat 86:8 (klik sini)
{ إِنَّهُۥ عَلَىٰ رَجۡعِهِۦ لَقَادِرٞ }

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati),

Ayat 8 mengulangi bahawa Allah mampu mengembalikan penciptaan manusia, mengingatkan manusia tentang kekuatan dan kuasa Allah yang tidak ada tandingannya.

Tafsir Surah At-Tariq ayat 86:9 (klik sini)
{ يَوۡمَ تُبۡلَى ٱلسَّرَآئِرُ }

Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya),

Ayat 9 menerangkan bahawa pada Hari Kiamat nanti segala rahasia dan perkara tersembunyi manusia akan dibongkar dan ditampakkan.

Tafsir Surah At-Tariq ayat 86:10 (klik sini)
{ فَمَا لَهُۥ مِن قُوَّةٖ وَلَا نَاصِرٖ }

Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri), dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan).

Ayat 10 menegaskan bahawa pada hari itu manusia tidak akan mempunyai kekuatan atau penolong siapa pun yang dapat membantu menyingkirkan azab Allah. Semua makhluk berada dalam kekuasaan mutlak Allah pada hari pembalasan itu.

Tafsiran ini mengajak manusia merenung kembali asal-usul penciptaannya yang hina, menginsafi kekuasaan Allah yang mutlak dalam ciptaan dan kebangkitan, serta untuk berwaspada akan hari akhir di mana rahasia hati terbongkar dan pertolongan selain Allah tidak berguna.


Tafsir Surah Al-Haqqah ayat 69:19 bhingga 32

- us Zamri bin Abdul Rahim kuliah Suboh Khamis 25-Dis-2025

Tafsir Surah Al-Haqqah ayat 69:19 hingga 32

Surah Al-Haqqah ayat 69:19 (klik sini)
{ فَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَيَقُولُ هَآؤُمُ ٱقۡرَءُواْ كِتَٰبِيَهۡ }

Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!

- Sifat manusia apbl mendapat perkara yg baik, dia nak beritahu/hebohkan kpd org lain. Sifat ini juga berlaku/ditonjolkan apbl terima buku amal catatanya dgn tangan kanan.

Surah Al-Haqqah ayat 69:20 (klik sini)
{ إِنِّي ظَنَنتُ أَنِّي مُلَٰقٍ حِسَابِيَهۡ }

"Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!"

Surah Al-Haqqah ayat 69:21 (klik sini)
{ فَهُوَ فِي عِيشَةٖ رَّاضِيَةٖ }

Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, -

- Mereka hidup dan tidak mati selama²nya, mendapat nikmat yg kekal selama²nya. Bagaimana Allah janjikan kenikmatan syurga itu spt dlm ayat 22 hingga 24.

Surah Al-Haqqah ayat 69:22 (klik sini)
{ فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٖ }

Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya), -

Surah Al-Haqqah ayat 69:23 (klik sini)
{ قُطُوفُهَا دَانِيَةٞ }

Buah-buahannya dekat untuk dipetik.

Surah Al-Haqqah ayat 69:24 (klik sini)
{ كُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ هَنِيٓـَٔۢا بِمَآ أَسۡلَفۡتُمۡ فِي ٱلۡأَيَّامِ ٱلۡخَالِيَةِ }

(Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!"

- Sebaliknya org² yg terima buku amalannya dgn tangan kiri, dlm ayat 25 hingga 29 digambarkan penyesalan mereka disebabkan kekufuran dan kekikiran terhadap fakir miskin.

Surah Al-Haqqah ayat 69:25 (klik sini)
{ وَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِشِمَالِهِۦ فَيَقُولُ يَٰلَيۡتَنِي لَمۡ أُوتَ كِتَٰبِيَهۡ }

Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku, -
Surah Al-Haqqah ayat 69:26 (klik sini)
{ وَلَمۡ أَدۡرِ مَا حِسَابِيَهۡ }

"Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.

Surah Al-Haqqah ayat 69:27 (klik sini)
{ يَٰلَيۡتَهَا كَانَتِ ٱلۡقَاضِيَةَ }

"Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); -

Surah Al-Haqqah ayat 69:28 (klik sini)
{ مَآ أَغۡنَىٰ عَنِّي مَالِيَهۡۜ }

"Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; -

Surah Al-Haqqah ayat 69:29 (klik sini)
{ هَلَكَ عَنِّي سُلۡطَٰنِيَهۡ }

Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku".

Surah Al-Haqqah ayat 69:30 (klik sini)
{ خُذُوهُ فَغُلُّوهُ }

(Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): "Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, -

Surah Al-Haqqah ayat 69:31 (klik sini)
{ ثُمَّ ٱلۡجَحِيمَ صَلُّوهُ }

"Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim; -

Surah Al-Haqqah ayat 69:32 (klik sini)
{ ثُمَّ فِي سِلۡسِلَةٖ ذَرۡعُهَا سَبۡعُونَ ذِرَاعٗا فَٱسۡلُكُوهُ }

"Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)!

Sunday, December 28, 2025

Murah Rezeki dan Panjang Umur

- us Mohd Al-Ihsan bin Ghazali kuliah Suboh Ahad 28-Dis-2025

Murah Rezeki dan Panjang Umur

4 hubungan dgn Al-Quran
  1. Baca - siapa tidak baca Al-Quran sesungguhnya dia meninggalkan Al-Quran
  2. Faham - Baca tetapi tidak faham maksudnya, sesungguhnya dia meninggalkan Al-Quran
  3. Tadabbur - Baca & faham tetapi tidak tadabbur, sesungguhnya dia meninggalkan Al-Quran
  4. Beramal - Baca, faham, tadabbur tetapi tidak mengamalkannya, sesungguhnya dia meninggalkan Al-Quran.

Hadis:
  • Dari Anas bin Malik r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya, atau dipanjangkan (Allah) ,umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1016]
- Definasi Silaturrahim
Imam Nawawi mendefinisikan silaturahim sebagai berbuat baik kepada kerabat mengikut keadaan, seperti beri harta (infak), bantu tenaga, ziarah, salam, doa, atau nasihat. Ia wajib kifayah kepada sesama Muslim, lebih wajib kepada keluarga, dan termasuk tidak memutus hubungan walaupun dibalas buruk. Memutus silaturahim boleh menyempitkan rezeki sebagai hukuman.

Silaturahim membersihkan hati, tarik rahmat Allah, dan sebabkan rezeki bertambah melalui jalinan kasih sayang masyarakat. Ia sunnah muakkadah yang mendatangkan keberkatan dunia akhirat, selaras dengan mazhab Syafi'i yang menggabungkan ikhtiar dan tawakkal.

Apa maksud harta diberkati? Ada buktinya.
Iaitulah makanan yg kita makan membolehkan kita melakukan ibadah utk meningkatkan keimanan kpd Allah.
  • Jangan bersendirian. Hiduplah bermasyarakat utk membolehkan kita berinteraksi dgn jiran² dgn menjaga hubungan dan silaturrahim. Mengambil peluang memberikan bantuan kpd jiran setempat melalui usaha, nasihat dan buah fikiran.

Sesiapa yg berhutang maka wajib dia melunaskan hutangnya, terutama berhutang dgn manusia. Jika dia tidak mampu membayar hutangnya, maka mohon maaf atau minta dihalalkan hutangnya.

Dipanjangkan umur. Adakah rezeki atau umur itu boleh berubah?
Ahli alim ulamak mentafsirkan hadis ini mengatakan rezeki dan umur boleh berubah.

Kisah Perdebatan Rezeki:
Kisah Imam Syafie dan Imam Malik, guru dan murid, berdebat tentang rezeki di mana Imam Malik menekankan tawakkal sepenuhnya kerana rezeki ditentukan Allah, manakala Imam Syafie menambah usaha sebagai syaratnya.

Imam Malik berkata: "Rezeki datang tanpa usaha besar; lakukan bahagianmu (ibadah dan tawakkal), biar Allah urus sisanya," merujuk hadis: "Jika kamu bertawakkal kepada Allah dengan benar, nescaya Dia beri rezeki seperti burung yang pagi lapar, petang kenyang" (HR. Tirmidzi). Imam Syafie bertanya: "Jika burung tak keluar sarang, bagaimana dapat rezeki?" merujuk Surah An-Najm ayat 53:39 (klik sini),  manusia tidak mendapat kecuali apa yang diusahakannya.
{وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ}

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;

Bukti Praktikal dengan Kurma:
Imam Syafie keluar, dan nampak pekebun sedang memetik kurma. Di minta kebenaran utk membantu petani itu petik kurma. Pekebun itu memberikan kurma sebagai upah di atas usahanya membantu memetik kurma. Dia kemudiannya bawa kurma itu kpd gurunya i.e. Imam Malik: "Jika tak usaha, tak dapat ini." Imam Malik terus memetik kurma dari tangkainya dan mengatakan dia terfikir memakan kurma, dan Allah rezekikan kurma datang kpdnya. Kisah ini mengajar rezeki:
(i) rezeki itu di atas apa yg kita usahakan,
(ii) Allah berikan rezeki kpd hamba-Nya.  

- Berdoa - berdoa kpd Allah supaya dimurahkan rezekindan dipanjangkan umur.
  • Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw. bersabda: "Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba, selama doa itu tidak mengandung dosa, atau memutus silaturrahim dan selama tidak minta cepat-cepat diperkenankan." Lalu beliau ditanya orang, "Apa maksudnya minta cepat-cepat?" Jawab beliau, "Umpamanya seorang berkata dalam doanya, Aku telah mendoa, Aku telah mendoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu dia putus asa dan berhenti mendoa." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2355]

- Silaturrahim - Bagaimana menjaga silaturrahim?
1. Tidak melakukan masalah atau jahat kpd saudara
2. Perlu berbuat baik, ziarah kpd saudara.

- Bersedekah - Berikan kpd saudara dan org lain apa yg direzekikan kpd kita.
- Bertaubat - Kita perlu lakukan taubat agar Allah bersihkan kita dari dosa².

- Jangan menjadi beban kpd saudara atau org lain. Sebaliknya jadilah seorg yg menyenangkan org lain; meliputi saudara sekerabat nasab atau mahram, seperti beri makanan, bantu kerja rumah, rawat sakit, atau tolong urusan harian.
Dlm konteks hari ini, apbl hadir ke majlis jamuan/walimah, berikan bantuan tenaga spt tolong urusan makanan atau kemasan tempat jamuan.