Saturday, May 19, 2012

An Nur

- Us Ibrahim Kuliah Maghrib Sabtu 19-Mei-2012

:: sambungan An Nur


-asal kejadian, Allah jadikan Nur Muhammad. Dari Nur ini dijadikan pelbagai ciptaan.


-hakikan kejadian api adalah dr Nur. Dari api dijadikan jin, iblis. Nur diolah oleh Allah menjadi api, begitu juga dari Nur dijadikan tanah. Namun sifat tanah adalah lebih rendah dari api. Dari tanah diciptakan manusia pertama ie Nabi Adam as. Allah memerintahkan segala makhluk yg lain tunduk kpd Nabi Adam as, semua makhluk taat perintah Allah kecuali iblis. Di atas keangkuhan iblis bhw api adalah lebih mulia berbanding tanah yg membentuk Nabi Adam as. Dikatakan tanah yg membentuk manusia di jadikan dr 7 jenis tanah.


- Iblis menerangkan kepada Allah bhw kejadian iblis adalah dr api, manakala Nabi Adam as adalah dr tanah. Iblis merasakan keputusan utk tidak tunduk kpd Nabi Adam as adalah keputusan yg lebih bernilai/baik (nilai angkuh/sombong).


-Iblis menyaksikan sendiri kejadian Nabi Adam as (yg diciptakan di dlm syurga) yg diperintahkan Allah kpd malaikat utk mendapatkan 7 jenis tanah dari bumi. Logiknya iblis merasakan adalah kejadiannya lebih mulia dr tanah yg kemudiaannya ditiupkan roh ke atasnya. Makhluk2 lain taat dan patuh kpd perintah Allah apbl diperintahkan utk tunduk dan sujud kpd Nabi Adam as. Namun iblis melanggar perintah Allah utk tidak taat perintah tsbt.


- Sifat angkuh ini sangat layak disamakan dgn sifat manusia utk tidak mahu taat (melanggar) perintah Allah. Cth tidak bersolat, tidak menutup aurat, mengumpat, mencuri, berjudi, zina.


- Nur dlm manusia adalah hatinya, apbl satu kemaksiatan terhadap Allah dibuat, maka satu titik hitam terlekat dihati. Jika tidak disucikan hati maka semakin hitam/gelap hati dan sukarlah utk cahaya yg ada dlm hati itu utk membawa individu tsbt kpd menjadi org yg bertakwa.


- hati yg hitam/gelap ini di akhirat ini akhirnya akan dicuci dgn api neraka sehinggalah hati itu menjadi bersih, dan barulah dibenarkan masuk syurga (dgn syarat sewaktu sebelum mati individu itu ada iman).


- istighfar hanya mampu menghilangkan dosa2 kecil, namun tidak mampu menyucikan dosa besar. Taubat nasuha adalah taubat menyesali perbuatan/kesilapan yg dilakukan, membenci peeputan maksiat yg telah dilakukan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi.


-istighfar hanya menjadi pencetus, utk menghidupkan semula hati agar ia bercahaya semula. Apbl dtg ke dunia manusia adalah bersih, maka bila nak balik ke alam kubur hati kita juga mestilah bersih.


- Dlm syurga itu penuh dgn nur. Di akhirat nanti ada yg dibangkitkan dgn keadaan bercahaya.


- Nur yg tertutup dlm hati perlu disucikan dgn taubat. Istighfar adalah salah satu cara utk menyucikan hati.


- org yg ada kelebihan boleh melihat nur pd manusia lain, dia boleh menilai seseorg individu berdasarkan nur yg terpancar di muka org dilihatnya.


-syeik Ahmad Badawi, dikurniakan kelebihan kpdnya dgn nur yg terpancar di mukanya. Dia keluar rumah dgn menutup mukanya, kerana mengelakkan org yg melihatnya menjadi silau. Apabl dipanggil mengadap kpd khalifaf pd zamannya, dan setelah didesak berulang kali maka dia pun membuka penutup mukanya. Khalifah itu menjadi silau apql penutup mukanya dibuka, maka bersetujulah khalifah itu agar dia terus memakai penutup mukanya.


- imam Ghazali dikurniakan kelebihan dgn jarinya bercahaya apbl menulis. Diketahui imam Ghazali menulis pd waktu malam, namun kelebihan yg ada padanya membolehkan dia buleh menulis dlm waktu malam dgn bantuan cahaya pd jarinya.


- cahayakan semula akal, perbuatan, percakapan kita dgn Nur, semoga kita menjadi org yg suci hati dan kembali mengadap Allah dlm keadaan hati yg bersih/suci yg diredhai Allah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, May 5, 2012

Nur Allah

-Us Ibrahim Kuliah Maghrib Sabtu 5 Mei 2012

:: sambungan kuliah bln Mac, Nur Allah.


-Walau tiada cahaya Allah masih berkuasa mentadbir dunia ini.

-Allah mengatur langit dan bumi dgn tadbirNya sendiri. TadbirNya itu juga adalah Nur Allah.

-Bintang: Allah meletakkan cahaya pdnya yg boleh dilihat oleh manusia.

-Ugama Islam juga diberikan cahaya, cahaya kpd kehidupan manusia. Cahaya ini dizahirkan dlm bentuk aqidah, perbuatan dan keimanan.

-Rasulullah juga ditafsirkan sebagai nur. Rasulullah tidak mempunyai bayang2, maka wajarlah baginda bersifat sama spt cahaya.


-Hati yg kuat, mudah hafal, dan baik pekerti adalah hasil dr nur yg cerah dlm hati manusia. Kalau iman kita kuat, maka akan dizahirkan perbuatan kita dgn perbuatan yg baik2. Amalan mereka akan di bawa naik ke langit (menemui Allah) oleh malaikat dlm keadaan bercahaya.


-Islam yg kita anuti ini faedahnya bukan hanya utk org Islam. Kisah Nabi Musa as. ketika Nabi Musa bersama 70 pengikutnya ke bukit Tursina, ada pengikutnya yg berdoa agar diturunkan perintah/ajaran itu kpd golongan mereka sahaja. Allah murka dan hampir2 memusnahkan golongan tsbt. Ini bermaksud ajaran yg diturunkan Allah adalah utk seluruh umat manusia. Oleh itu dakwah Islamiah bukan hanya utk org Islam, dakwah adalah utk semua org. Maka manusia bertanggungjawab utk menyebarkan ajaran/fahaman/ilmu Islam kpd seluruh umat manusia. Terpulang kpd kemahiran dan kepandaian manusia itu sendiri utk menyebarkan dakwah kpd manusia lain. Ada org berdakwah melalui perjalan keluar spt 3 hari, 40 hari; ada org yg berceramah; ada org yg mengajar di kelas2 pengajian; ada yg guna teknologi (spt internet) utk menyebarkan ugama/dakwah. Matlamat utama adalah utk menjalankan amanat dakwah utk manusia menyembah Allah, dan terlepas tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi yg akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti.


-Nur Allah yg diberikan dlm hati kita, perlu disebarkan kpd manusia lain. Disamping itu nur yg diberikan itu perlu digilapkan lagi. Nur ini perlu diperluaskan ke seluruh dunia.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 21, 2012

Ikhlas

- Us Azhar Kuliah Suboh Sabtu 21-Apr-2012

Sambungan bab ikhlas (ciri2 org yg ikhlas)


4. Menyembunyikan amalan dr pengetahuan org.

-kini nak menyembunyikan amal kebaikan dr pandangan org lain agak sukar.

5. Menyembunyikan sedekah dr pengetahuan org

-Ali bin Zainal Abidin bin Husin (cicit Rasulullah) dia membawa karung berisi roti dan menyedekahkannya kpd org2 miskin tanpa diketahui oleh org lain. Diriwayatkan apbl dia meninggal terdpt kesan/tanda hitam di belakangnya akibat dr memikul karung roti. Apbl dia meninggal, maka fakir miskin tertanya2 kenapa sudah tiada roti dihadapan rumah mereka apbl waktu pagi.

-Abdullah bin Harith sebelum dia meninggal, dia mensedekahkan hartanya kpd saudara2nya, katanya dia mengharapkan syurga Allah dan tidak ingin tamakkan harta dunia.

-Syeik Samsudin Al Malik, di kedainya dia meletakkan duit dlm sampul kertas, apbl ada pengemis dtg dia memberikannya.


6. Membantu org mukmin yg lain yg dlm kesusahan.

-Barangsiapa menolong seorg muslim yg lain yg dlm kesulitan, maka Allah akan memudahkan kesulitannya di Akhirat nanti, barangsiapa menutup keaiban org lain maka maka Allah akan menutup keaibannya di Akhirat.

-Keaiban yg dutuliskan dln laman sosial kini menjadi byk punca keruntuhan keluarga.

-Sesungguhnya Allah akan menolong hambanya selagi mana dia menolong org lain.

-Org yg paling dicintai Allah adalah org yg paling bermenafaat kpd org sekelilingnya. Allah paling cintai usaha yg dilakukan oleh hambanya yg membahagiakan org lain, atau membebaskan org dr hutang, mengusir rasa lapar.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 1, 2012

Wasiat dan Hibah

- Us Ghazali Wasiat Ahad 1Apr 2012


-wasiat=

1. Wasi ie pemegang amanah. Majlis Fatwa 1973 tlh bersetuju bhw wasi hanya bertindak sebagai pemegang amanah harta yg ditinggalkan oleh si mati. Wasi tidak boleh menerima semua bhgn, dia hanya mendpt bhgnnya selebihnya akan dibahagikan mengikut kiraan faraid.

-utk aset < 2 juta tidak perlukan peguam, hanya perlu berurusan dgn pejabat tanah daerah.

-hukum melantik pentadbir (atau wasi) adalah harus. Hukumnya menjadi sunat. Hukumnya menjadi wajid demi tanggungjawab/kebajikan terhadap anak2, juga utk melunaskan hutang2.

-memadai melantik isteri sebagai wasi, tidak perlu melantik sykt2 besar utk "surat takbir pusaka".


2.pesan ie berpesan perkara yg baik2. Cth pesan kpd anak2 supaya berkelakuan baik dan bertakwa.

-anak/waris hanya boleh lakukan pesan/wasiat si mati selagi tidak bertentangan dgn agama.


3. Jariah ie niat utk beramal jariah pd jalan Allah. Kadar sumbangan utk amal jariah adalah maksimum 1/3 dr jumlah harta pusaka.

-siapa yg boleh terima? Ie masjid/surau, fisabilillah, asrama/sekolah anak yatim, anak angkat, anak tiri, ibu bapa angkat.


Hibah:

- Hibah adalah pembahagian harta yg perlu dipersetujui oleh semua ahli waris.

- Pemberian harta spesifik kpd individu/waris.

- Namun jika ada salah seorg ahli waris yg tidak setuju dgn hibah tersbt, maka semua harta akan diagih secara faraid.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, March 31, 2012

Harta Pusaka dan Hibah

- En. Arifin Sabirin Kuliah Khas Jumaat 30-Mac-2012

Tajuk: Harta Pusaka Anda, Barakah atau Fitnah?


Al-Baqarah Ayat 188 - jangan makan harta org lain dr sumber yg batil (termasuk jugalah dlm harta pusaka, kerana termakan harta faraid yg sepatutnya diberikan kpd saudara tsbt.)


-1/8 utk ibu dan 7/8 adalah utk anak2 lelaki dibahagi sama byk.

-penama utk tabung adalah hanya sebagai wasi sahaja, ie hanya sebagai penjaga. Selepas kematian penabung, maka wasi perlu sedia melakukan pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid. Jika wasi adalah isteri, maka dia akan mendpt 1/8 dr harta pusaka, selebihnya akan diagihkan kpd waris2 yg layak mengikut hukum faraid.

-jika ada lebih dr 1 isteri, maka pembahagian kpd isteri spt bkt 1/8, 1/16, 1/32, 1/64.


-pasgn yg tiada anak: isteri hanya terima 1/4, selebihnya dihg kpd ayah/ibu dan/atau adik beradik si mati


-psgn yg hanya ada anak perempuan shj: 1/8 kpd isteri, anak perempuan mendpt 1/2, 1/5 (20%) akan diterima oleh adik beradik si mati jika ibu bapa tlh meninggal.


-psgn yg mempunyai anak angkat: anak angkat tidak mendpt apa2 dr harta pusaka.


-individu yg berpoligami: isteri hanya kongsi bhgn harta 1/8 shj, tanpa mengira tempoh perkahwinan.


-psgn yg ada anak lelaki dan perempuan: anak lelaki dpt 2 bhgn, sementara anak perempuan 1 bhgn.


Hibah.

-pemberian atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan. Hibah dilakukan sebelum berlaku kematian, dan tukar milik harta hanya berlaku selepas kematian pemilik harta.


- pemberian hibah kpd anak boleh ditari balik pd bila2 masa. Hibah perlu dilakukan dgn akad. Ada fleksibili utk tarik semula hibah yg diperuntukkan kpd anak.


- borang di Pejabat Tanah adalah borang 14A, ie borang pindah milik. Hibah adalah lebih baik drpd mengisi borang pindah milik.


-harta yg boleh dihibah:

-Tanah

-Rumah yg masih dlm pinjaman (syaratnya mesti ada MRTA).

-simpanan tabung haji, asb, trust fund, simpanan.


-apbl harta terkumpul kurang dr 2 juta, kes tuntutan harta akan dibicarakan di mahkamah kecil daerah.


-jika lebih 2 juta, mahkamah sivil yg akan membicarakan kes.


-pembahagian harta

Harta si mati

Tolak. Hibah

Harta pusaka

Tolak: hutang

Harta pusaka bersih

Tolak: wasiat islam (1/3)

Baki harta pusala

Di bhg antara waris ikut permuafakatan/faraid.


Cth kiraan:

Nilai harta keseluruhan 300k

(-) Hibah rumah 100k

(-) hibah akaun tabung haji 50k

Harta pusaka. 150k

(-) hutang 5k

Harta pusaka bersih: 145k

(-) wasiat islam 1/3: 48,333

Baki harta pusaka: 96,667

Dibhg kpd pewaris.


-kes rumah yg ada 2 nama pembeli (si suami dan isteri, dan memiliki MRTA)

-apbl suami meninggal, bank melalui MRTA akan membayar baki pinjaman suami, sementara isteri masih perlu meneruskan baki byrn hingga selesai. Selepas semua hutang isteri selesai, bank akan mengeluarkan surat hak milik. Nama isteri akan dicatatkan sebapi pemilik harta (rumah) bagi pihaknya, sementara bagi pihak suami bank akan meletakkan nama keluarga suami. Jika ayah dan ibuertua masih hidup, maka nama ayah dan ibuertua akan dicatatkan sebagai pemilik harta bersama. Jika kedua mertua tlh meninggal maka bank akan menamakan adik-beradik suami sebagai pemilik harta bersama.

-- Hibah boleh mengelakkan kejadian spt ini berlaku. Cth suami meletakkan harta rumah kpd si anak. Dan apbl meniggal rumah tsbt tidak dikra sebagai harta pusaka yg akan diagihkan mengikut kiraan faraid.


-kos urusan hibah adalah rm1,000 bersama Wassiyyah Shoppe Sdn Bhd. En Ariffin Sabirin. Tel:03-62579573, 03-62509573. Addr. No 1 jln 9/42, Tmn Sejahtera, Off Jln Kuching. 51200 Kuala Lumpur. Delaila bt Aziz 017-3738249


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 19, 2012

Dosa Besar

-Us Syairozi Kuliah Maghrib 18-

Mac-2012


-Dosa Besar ke4 (meninggalkan solat), sambungan. Apakah implikasi org yg meninggalkan solat berjemaah sedangkan dia mampu, namun tidak pergi solat berjemaah.


-Dalil: iaitu pd hari betis2 (segala amalan ditunjukkan) itu ditunjukkan, dan di minta sujud kpd Allah, namun dia tidak mampu utk sujud. Ditafsirkan bhw org yg tidak buleh sujud itu adalah, org ug apbl azan dan iqamah dikumandangkan dia tidak dtg bersolat jemaah. Dlm tafsir lain, org yg tidak buleh sujud adalah org yg mendengar azan (kalimah haiya 'alassolah) namun dia tidak dtg bersolat jemaah. kata Kahbul Akhbak, demi Allah, sesungguhnya ayat ini turun kpd org yg tidak mahu bersolat jemaah.


-hadis riwayat Bukhari dan Muslim bhw, Nabi berkeinginan kiranya masuk waktu solat baginda ingin menyurus seorg lelaki iqamah dan menyuruh seorg lelaki lain menjadi imam, kemudia baginda berjalan dan mencari mereka2 yg tidak dtg solat berjemaah, baginda ingin membakar rumah mereka itu.

- dr hadis tersbt, dan keinginan nabi itu menunjukkan bhw hukum solat berjemaah adalah wajib. Maka barangsiapa yg tidak bersolat berjemaah maka dia tergolong dlm melakukan dosa besar ke4 ie meninggalkan solat.


-saidina Abas apbl ditanya org, seorg ys siangnya berpuasa, dan berqiamulail, tetapi malas bersolat jemaah. Kata Ibnu Abas, kalaulah dia mati dlm keadaan itu maka dia masuk neraka.


-kata Abu Hurairah, adalah lebih baik bg org yg mendengar azan namun tidak dtg solat berjemaah, maka adalah lebih baik baginya utk mencurahkan timah yg mendidih ke telinganya.


-diceritakan dr Ibnu Abas, apa benda yg uzur yg membenarkan seseorg tidak hadir solat jemaah:

1. Takut: kiranya jika keluar rumah maka keselamatan ahli keluarganya terancam;

2. Sakit: sakit yg tidak boleh bangun misalnya;

Maka tidak diterima solatnya itu (yg dilakukan di rumah).


- 3 golongan yg dilaknat Allah:

1. Org yg nak jadi pemimpin tetapi org tidak suka kpdnya;

2. Seorg isteri yg buleh tidur sedangkan suaminya marah kpdnya;

3. Org lelaki yg mendgr azan haiya 'alassolah dan haiya 'alalfalah, tetapi tidak dtg bersolat jemaah.


-Ali Abi Talib, tidak ada solat bg org yg berjiran dgn masjid, kecuali bersolat di masjid. Bertanya, siapa jiran masjid itu? Kata Ali, mereka adalah yg mendgr azan, maka dia adalah jiran masjid.


-Bukhari: barnagsiapa yg suka utk bertemu dgn Allah, di akhirat nanti dia hendaklah dia menjaga solat lima waktu berjemaah.


-sesungguhnya jika tidak hadir solat berjemaah,

1. Sudah maklum dia org munafik, atau

2. Dia sakit.

pd zaman Nabi, org yg sakit sanggup dtg solat berjemaah, kerana takut tergolong sebagai golongan munafik.


-Robek bin Hisab, org berkata kpdnya dia tidak perlu dtg ke masjid utk solat berjemaah kerana dlm uzur. Kata Robek, semua org berkata demikian namun dia masih mendgr azan.


-Hatib bin Asor, suatu hari dia terlepas solat jemaah subuh, kemudia dia dia bersolat di rumah. Sepas solat subuh dia dikunjungi oleh Abu Isak Al-Bukhari dan mengucapkan takziah kpdnya. Hatib terkejut mendgrnya kerana telah berlaku musibah dlm ugama, ie terlepas pahala jemaah yg tidak dpt diganti dlm suatu keadaan yg lain.


-solat jemaah yg paling susah dibuat adalah.

-kara Rasulullahbsaw, inilah 2 sembanhyag utk dilakukan oleh org munafik. Kalaulah mereka tau kelebihan solat isyak dan suboh berjemaah, nescaya mereka akan merangkak dtg utk bersolat jemaah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 16, 2012

Tafsir Surah Ali Imran Ayat 3:133 hingga 137

-Us Hasnan Kasan Kuliah Maghrib 16-Mac-2012

- Surah Ali Imran Ayat 3:133 - 137


- Ayat 3:133 (klik ini utk paparan ayat)


۞وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡكَٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;


وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَٰحِشَةً أَوۡ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسۡتَغۡفَرُواْ لِذُنُوبِهِمۡ وَمَن يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمۡ يُصِرُّواْ عَلَىٰ مَا فَعَلُواْ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).



أُوْلَٰٓئِكَ جَزَآؤُهُم مَّغۡفِرَةٞ مِّن رَّبِّهِمۡ وَجَنَّٰتٞ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَاۚ وَنِعۡمَ أَجۡرُ ٱلۡعَٰمِلِينَ

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.



قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِكُمۡ سُنَنٞ فَسِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلۡمُكَذِّبِينَ

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).


Org yg bertakwa:

1. Org yg memberikan/menafkahkan harta apbl senang dan susah.

-memberi yuran pengajian kpd anak2 hingga ke peringkat universiti balasannya syurga, kerana perbuatan itu adalah tanggungjawab bapa.

2. Org yg mengawal marah,

-org yg menahan marahnya, maka Allah akan memuliakan dia dan membenarkan dia memilih mana2 bidadari yg dikehendakinya.

Daripada Muaz bin Jabal ra, bahawa Nabi saw bersabda:
مَنْ كَظَمَ غَيْظًا وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أَنْ يُنْفِذَهُ، دَعَاهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى رُءُوسِ الْخَلَائِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُخَيِّرَهُ اللَّهُ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ مَا شَاءَ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menahan kemarahannya dalam keadaan dia mampu untuk melaksanakannya. Maka Allah Azza wa Jal akan memanggilnya di hari Akhirat di hadapan makhluk-makhluk-Nya sehingga dia diberi pilihan oleh Allah untuk memilih mana-mana bidadari yang dikehendakinya.” [HR Abu Daud No.4777]


-dlm suatu hadis lain, riwayat dr Anas bin Malik drpd bapanya, siapa yg tahan marahnya, maka Allah akan tahan azabnya. Siapa yg memenjarakan lidahnya (dari menceritakan keaiban org lain), maka Allah akan menutup keaibannya.

-org yg tahan marah kerana takwa kpd Allah.


-Ibnu Masud berkata, Rasulullah bertanya siapa di antara kamu yg sayang harta anak kamu dari harta kamu sendiri? Sahabat menjawab, tiada seorg pun dr kami yg lebih sayang harta kami dr harta warisnya. Rasulullah menjawab, ketahuilah bhw sayang kpd harta waris adalah lebih baik. Harta waris adalah harta yg engkau simpan. (Bapa wajib membiayai pelajaran anaknya, dan tidak buleh ambil/terima wang zakat selagi bapanya mampu).


-dr Ibnu Masood,bertanya Rasullah, siapa dia org yg mandul? Sabda Rasulullah adalah org yg tidak menerima apa2 doa dr anaknya.


"Rasulullah pernah bertanya kepada para sahabat: “Tahukah engkau siapakah yang mandul?” Para sahabat menjawab; “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak”. Lalu Rasulullah bersabda; Orang yang mandul ialah orang yang mempunyai banyak anak, tetapi anak-anaknya tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” [HR. Ahmad]


-dr Ibnu Masood, bertanya Rasulullah, siapakah org yg papa-kedana? Sabda Rasulullah, org yg papa-kedana adalah org yg mati meninggalkan harta namun hartanya tidak memberikan apa2 pahala kpdnya.

-siapa org yg gagah? Sabda Rasululah, org yg gagah adalah org yg dlm keadaan sgt marah yg menahan marahnya. 


Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw bersabda : “Yang dikatakan orang kuat bukanlah orang yang menang bergulat. Tetapi, yang dikatakan orang kuat adalah orang yang dapat mengendalikan dirinya ketika sedang marah.” [HR. Bukhari dan Muslim] 

-Abu Dzar yg sedang mengangkat/mencedok air di perigi, dtg satu kelompok/kumpulan dan bertanya siapa di antara kamu yg berani mencedok air dr perigi dan mencurahkan air di kepalanya? Kemudian salah seorg dr mereka memberanikan diri menyahut cabaran itu. Apbl disiram air Abu Dzar pun duduk, kemudian dia berbaring. Bertanya salah seorg dr kelompk itu, wahai Abu Dzar, mengapa kamu berbaring? Dia menjawab, bhw dia mendengar Rasulullah bersabda bhw jika kamu sedang marah dan ketika itu berdiri maka hendaklah kamu duduk, kiranya sedang duduk hendaklah kamu baring.


3. Memaafkan org lain

-hadis; Tidak akan kurang harta jika bersedekah; tidaklah Allah menambah kemulian seseorg, jika dia memaafkan kesalahan org lain; siapa yg merendah diri kerana Allah, maka Allah akan mengangkat darjatnya.

-dr. ubai bin Kaab, Rasulullah bersabda, siapa yg nak Allah membinakan mahligai di syurga, maka:

  1. Maafkan org yg menganiaya kita

  2. Beri kpd org yg kedekut kpd kita.

  3. Sambung persaudaraan dgn org yg memutuskan persaudaraan kpd kita.


-hadis: wajib ke atas org yg memaafkan org lain, maka


Ada ayat yg sama dlm Surah Ali Imran Ayat 3:134


Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;


4. Mereka yg apbl melakukan dosa besar atau menzalimi diri mereka (dosa kecil) lalu dia ingat semula kpd Allah, dan terus mereka beristigfar.


-hadis: dr Abu Bakar ra Nabi bersabda, kamu hendaklah kamu menuturkan Lailahailallah dan istighfar. Kerana iblis berkata, aku jahanamkan manusia dgn dosa, manusia jahanamkan aku dn lailahailallah dan istighfar. Bila iblis melihat manusia tlh byk menucapkan lailahailallah dan istighfar, maka iblis memainkan tipu helahnya dgn menjadikan manusia itu merasa sudah betul, dgn itu dia tidak dpt menerima teguran dr org lain (timbul rasa riak dlm diri manusia).


-hadis: teruskan istihgfar utk memenjarakan iblis.

- Rasulullah beristighfar sebanyak 70 kali sehari, maka beristighfarkan sekurang2nya 70 kali sehari.

Daripada Abu Hurairah ra, bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:

 وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. [HR Bukhari No. 6307]


-Abu Hurauirah berkata, wahai Rasulullah, bila kami tengok engkau hati kami terus lembut dan menjadi ahli surga. Apbl kami tidak bersama kamu maka kami mula lalai dr mengingati Allah. Rasulullah menjawab kalaulah dlm semua keadaan kamu sering mengingati Allah dan hari akhirat, maka malaikat akan dtg dan bersalam dgn kamu. Kalaulah kamu tidak melakukan dosa, maka Allah akan mendtgkan satu kaum yg melakukan dosa dan Allah mengampunkan dosa mereka. 

 

Dari Abu Hurairah ra. Ia berkata: Rasulullah saw. bersabda:Demi Zat yang menguasai diriku, seandainya kalian tidak berbuat dosa (dan tidak beristigfar dan bertobat), niscaya Allah Ta’ala pergi membawa kalian dan datang dengan kaum lain yang berbuat dosa, lalu meminta ampun kepada Allah Ta’ala, Allah pun mengampuni mereka." [HR.Muslim]


Allah tidak menolak 3 doa:


1. Doa imam yg bertakwa

2. Doa org yg berpuasa

3. Doa org yg teraniaya.


Published with Blogger-droid v2.0.4