Saturday, May 3, 2025

Sahabat Rasulullah: Abdul Rahman bin Abu Bakar As-Siddiq

- us Nor Azam bin Abdullah Kuliah Suboh Sabtu 3-Mei-2025

Sahabat Rasulullah: Abdul Rahman bin Abu Bakar As-Siddiq

  • Abdul Rahman bin Abu Bakar As-Siddiq adalah anak sulung Abu Bakar As-Siddiq, khalifah pertama dalam Islam.
  • Beliau dikenal sebagai seorang pahlawan Quraisy yang aktif di barisan hadapan dalam peperangan.
  • Abdul Rahman bin Abu Bakar wafat pada tahun 666 Masehi.
  • Abu Bakar mempunyai beberapa org anak, Abdullah, Muhammad, Asma', Aisyah, Ummul Kulthum dan Abdul Rahman. Aisyah adalah adik kandung kpd Abdul Rahman. Adik-berdik yang lain adalah adik-beradik sebapa.
  • Abdul Rahman memeluk Islam sewaktu perjanjian Hudaibiyah ie thn ke6 Hijrah. Kira² 19 tahun selepas Abu Bakar As-Siddiq telah memeluk Islam.

- Penglibatan Abdul Rahman dalam Perang
  • Abdul Rahman sebelum keislamannya adalah tentera Quraisy, termasuk dalam Perang Badar tahun ke2 Hijrah. Pada tahun ke3 Hijrah ie Perang Uhud, Abdul Rahman adalah org yg ke hadapan (perlawanan mubarazah 1-1). 
    • Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah ke hadapan utk mubarazah dgn anaknya, tetapi dihalang oleh Rasulullah saw.

  • Pada tahun ke5 Hijrah (Perang Khandak) Abdul Rahman juga terlibat dgn peperangan.
- Abdul Rahman & Hidayah Islam 
Pada tahun ke8 Hijrah, Rasulullah saw bermimpi orang² Islam bercukur Rambut menunaikan Haji. Pada tahun itu Rasulullah saw mengarahkan org² Islam yg pergi umrah (seramai 1,400), dengan hanya membawa senjata ringan. Hinggalah termeterainya perjanjian Hudaibiyah.

- Dlm tempoh perjanjian Hudaibiyah ini Abdul Rahman diberikan hidayah utk memeluk Islam. Dia pergi ke Kaabah dan memberitahu keIslamannya.

- Selepas keIslamannya Abdul Rahman adalah panglima perang yg mengetuai pasukan pemanah.

Perang Yamamah
- Perang Yamamah (13 ribu org) menentang org² Islam yg murtad (40 ribu). Musailamah Al-Kazzab dibunuh oleh Wahsyi. Muhkam Ibnu Tufail ie perangcang perang kpd Musailamah, dia berada di sayap kanan. Muhkam dibunuh oleh Abdul Rahman.

- Khalifah Muawiyyah melantik Yazid sebagai Khalifah selepasnya, yg mana sebelum itu tidak pernah berlaku budaya baru, ie pemerintahan diserahkan kpd ahli keluarga. Abdul Rahman adalah org yg menentang idea Muawiyyah dan mengatakan kpd Muawiyyah.

- Apabila berita Muawiyyah berangkat dari Syam ke Madinah, Abdul Rahman yg berada di Madinah berasa tidak selesa dgn cadangan kedatangan Muawiyyah. Dia ke Mekah utk melakukan umrah. Namun ditakdirkan meninggal sewaktu di Mekah.

Thursday, May 1, 2025

Haiwan Qurban

- us Syukri kuliah Suboh Khamis 1-Mei-2025

Haiwan Qurban

Udhiyyah bermaksud binatang ternak yg disembelih pd hari Raya Haji 10 Zulhijjah, atau 3 hari selepasnya. 3 hari itu disebut hari² tasyrik.


Dalil #1: Surah Al-Haj ayat 22:34 (klik sini)
{ وَلِكُلِّ أُمَّةٖ جَعَلۡنَا مَنسَكٗا لِّيَذۡكُرُواْ ٱسۡمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِيمَةِ ٱلۡأَنۡعَٰمِۗ فَإِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞ فَلَهُۥٓ أَسۡلِمُواْۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُخۡبِتِينَ }

Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -

Dalil #2: Surah Al-Kawthar ayat 108:2 (klik sini)
{ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ }

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).


Hukum melakukan qurban
Hukum qurban dalam Islam utama sebagai sunat muakkadah (sangat dituntut) bagi yang mampu, dengan perbezaan pendapat ulama mengenai kewajipannya:

  • Pendapat majoriti (Malik, Syafi'i, Ahmad)
Sunnah muakkadah berdasarkan hadis dan praktik Nabi SAW. Makruh meninggalkannya jika mampu tanpa uzur.

  • Mazhab Hanafi
Wajib bagi yang memiliki nisab zakat (kecukupan harta), merujuk kepada perintah umum dalam Surah Al-Kautsar dan hadis tentang tuntutan ibadah ini.

Kewajipan khusus melakukan qurban:
Qurban menjadi wajib jika:
  1. Bernazar untuk berkorban.
  2. Menentukan haiwan tertentu sebagai qurban (al-ta'yin).
  3. Janji khusus kepada Allah untuk melaksanakannya.

- Apakah hukum qurban untuk orang yang telah meninggal dunia?
Tidak boleh kecuali:
  1. Diwasiatkan sebelum kematian.
  2. Nazar yang belum ditunaikan.
  3. Ta'yin (sudah tentukan haiwan tertentu untuk qurban).
  • Alternatif: Boleh berniat qurban untuk diri sendiri, lalu hadiahkan pahala kepada si mati.

- Apakah syarat umur haiwan qurban berdasarkan jenisnya?
  1. Unta -- 5 tahun atau lebih, atau 5 tahun ke arah 6 tahun. (Boleh dikongsi 7 bahagian)
  2. Lembu/Kerbau -- 2 tahun atau lebih, atau 2 tahun masuk 3 tahun. (Boleh dikongsi 7 bahagian)
  3. Kambing biasa -- 2 tahun masuk 3 tahun, atau tidak kurang 2 tahun. (1 ekor atau 1 bahagian kambing untuk 1 orang)
  4. Biri-biri -- 1 tahun atau lebih, atau salin gigi hadapan (jika belum genap setahun tetapi sudah cukup besar). (1 ekor atau 1 bahagian untuk 1 orang)

- Bagaimana qurban menjadi tidak sah?
  1. Haiwan qurban itu seperti kambing liar, rusa, atau haiwan bukan ternakan: Tidak sah dijadikan qurban.
  2. Haiwan belum cukup umur: Tidak memenuhi syarat.

- Keutamaan haiwan qurban jantan vs betina berdasarkan pandangan ulama:
  1. Dibenarkan untuk kedua-dua jantina haiwan.
  2. Para ulama bersepakat bahawa qurban sah dengan haiwan jantan atau betina.
  3. Keutamaan jantan
    • Daging lebih elok: Pendapat utama mazhab Syafi'i menyatakan jantan lebih afdal kerana dagingnya lebih berkualiti. Amalan Nabi SAW: Rasulullah pernah berqurban dengan dua kambing jbersaba.
    • Haiwan tidak aktif mengawan: Jika jantan kurang mengawan, ia lebih utama daripada betina yang belum beranak.


- Apakah kriteria utama binatang qurban?
  1. Kesihatan: Bebas kecacatan (buta, pincang, sakit).
    • Contoh: Buta sebelah mata. Jelas sakit badannya. Sakit otak yang hilang sum-sumnya, Lembu gila.
    • Haiwan yang cacat mempunyai daging yang kurang.
    • Cacat seperti buta itu apabila biji/bola mata tiada kedua-dua atau salah satu matanya.
  2. Umur: Memenuhi syarat minima (contoh: kambing 2 tahun, biri-biri 1 tahun).
  3. Kualiti: Pilih haiwan yang paling bernilai dan disukai pemiliknya.


Nota Kuliah berkaitan ibadah Qurban:
  1. Tadabbur Surah Al-Haj Ayat 22:34 hingga 37 | 3-Ogo-2018 (klik sini)
  2. Ibadah Haji dan Qurban, | 8-Ogo-2017 (klik sini)


Carian hadis berkaitan qurban:
  1. Dari Ummu Salamah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: "Apabila kamu melihat bulan Zulhijjah telah terbit, dan kamu bermaksud hendak menyembelih korban, maka janganlah kamu mencukur rambut dan jangan memotong kuku (hingga selesai menyembelih)." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1918]

  2. Dari Nubaisyah Al Hudzali r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Hari-hari Tasyriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum." [Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1108]


Saturday, March 22, 2025

Mencari Kebahagian dan Kejayaan

- us Dr Abd Rahman kuliah Suboh Sabtu 22-Mac-2025

Kebahagiaan dan Kejayaan Hidup Di Dunia

Apakah Kebahagiaan dan Kejayaan Hidup Di Dunia?

Surah An-Nahl ayat 16:97 (klik sini)
{ مَنۡ عَمِلَ صَٰلِحٗا مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنٞ فَلَنُحۡيِيَنَّهُۥ حَيَوٰةٗ طَيِّبَةٗۖ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ }

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.

Kehidupan dunia suatu ujian, dan jangan kita melupakan perintah Allah.

Surah Al-Hashr ayat 59:19 (klik sini)
{ وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ نَسُواْ ٱللَّهَ فَأَنسَىٰهُمۡ أَنفُسَهُمۡۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ }

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka.

Siapakah yg tergolong dan dinamakan sebagai org2 yg diredhainAllah?

Surah Al-Furqan ayat 25:72 (klik sini)
{ وَٱلَّذِينَ لَا يَشۡهَدُونَ ٱلزُّورَ وَإِذَا مَرُّواْ بِٱللَّغۡوِ مَرُّواْ كِرَامٗا }

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.

Surah Al-Furqan ayat 25:73 (klik sini)
{ وَٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُواْ بِـَٔايَٰتِ رَبِّهِمۡ لَمۡ يَخِرُّواْ عَلَيۡهَا صُمّٗا وَعُمۡيَانٗا }

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.

Surah At-Tur ayat 52:21 (klik sini)
{ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱتَّبَعَتۡهُمۡ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَٰنٍ أَلۡحَقۡنَا بِهِمۡ ذُرِّيَّتَهُمۡ وَمَآ أَلَتۡنَٰهُم مِّنۡ عَمَلِهِم مِّن شَيۡءٖۚ كُلُّ ٱمۡرِيِٕۭ بِمَا كَسَبَ رَهِينٞ }

Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.

- 2 jenis amalan ie buat perkara yg disuruh oleh Allah, dan keduanya meninggalkan perkara yang ditegah oleh Allah.

  • Ramadhan itu menjurus kpd taqwa ie berjaya beramal dgn 2 jenis amalan di atas.

- Harun Ar-Rasyid menangis karana peringatan dari rakyatnya (sewaktu pembukaan istana barunya), dia dinasihatkan untuk takut kepada Allah dan memperhatikan dirinya, karena kekuasaan adalah sementara dan akhiratlah yang abadi.

Utk menikmati Islam dan iman, maka kita perlu beramal dgn apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkanbapa yg ditegah. Cara kehidupan yang bagaimana, maka perlulah mengikuti sunnah Rasulullah saw.

Sunday, March 16, 2025

Puasa dengan Keimanan

- us Mohamed Sabir bin Jamaludin kuliah Suboh Ahad 16-Mac-2025

Puasa dengan Keimanan

Surah Fusilat ayat 41:30 (klik sini)
{ إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَٰمُواْ تَتَنَزَّلُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ أَلَّا تَخَافُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَبۡشِرُواْ بِٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِي كُنتُمۡ تُوعَدُونَ }

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

- Ayat ini menjelaskan bahwa orang-orang yang beriman dan istiqamah akan disambut oleh malaikat yang menjadi pelindung mereka di dunia dan akhirat. Berita gembira itulah balasan syurga. Di syurga, mereka akan memperoleh semua yang diinginkan dan diminta, sebagai anugerah dari Tuhan Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

- Apakah perbezaan puasa dengan keimanan?
Perbezaan antara puasa biasa dan puasa dengan keimanan terletak pada niat dan tujuan. Puasa dengan keimanan dilakukan dengan niat yang ikhlas dan mengharapkan ganjaran dari Allah SWT, bukan sekadar rutin atau adat. Dalam hadis, disebutkan bahwa berpuasa dengan penuh keimanan dan pengharapan akan mengampuni dosa-dosa yang telah lalu. Keimanan dalam konteks ini bermakna mempercayai kefardhuan puasa dan mengharapkan ganjaran dari Allah, sementara pengharapan adalah melakukan puasa dengan harapan mendapatkan pahala dan keampunan

  • Jiwa kita ini milik Allah. Oleh itu kita diminta beribadat secara konsisten.
Ramai org berilmu tetapi susah/tidak beramal dgn ilmunya.

- Solat itu dimulakan dgn membesarkan Allah, dan diakhiri dgn salam, yg mana salam itu menandakan akhir solat dan secara tidak langsung mendoakan kesejahteraan kpd org² di sekitarnya.

- Kita berjuang utk mendapatkan kemanisan iman. Dlm perjuangan itu kita perlu ada pengharapan dari Allah.

- Sedekah dapat menambah pahala puasa dengan beberapa cara:
  • a) Pahala Berlipat Ganda: Di bulan Ramadan, pahala sedekah berlipat ganda, seperti halnya pahala puasa. Ini membuat amalan sedekah menjadi lebih bermanfaat dalam meningkatkan pahala.
  • b) Menggabungkan Amalan: Menggabungkan puasa dengan sedekah dapat memudahkan seseorang meraih ampunan dosa dan selamat dari seksa neraka. Memberi makan orang yang berbuka puasa memberikan pahala seperti pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala mereka.
  • c) Meningkatkan Kebajikan: Sedekah memupuk nilai-nilai murni dan menjaga hubungan sesama Muslim, yang secara tidak langsung meningkatkan kebaikan dan pahala seseorang.
- Hati manusia akan terganggu dgn ujian² yg dialami. Semakin berat ujian yg dialami, tinggilah pahala yg menanti bagi org² yg bersabar melalui ujiannya.

Surah Al-Hujrat ayat 49:10 (klik sini)
{ إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٞ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ }

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

- Allah tuntut kita supaya menjaga silaturrahim lebih² lagi dgn adik-beradik. Org yg berumrah berkali-kali memohon keberkatan hidup mungkin tidak dimakbulkan doanya utk mendapat kehidupan dan ketenangan hidup tidak mendapat yg diharapkan itu, kerana hubungan silaturrahimnya dgn adik-beradik tidak dijaga.

Carian Hadis berkaitan:
  • Dari Anas r.a. katanya Rasulullah saw: bersabda: "Apabila kamu mendoa, hendaklah kamu sungguh-sungguh yakin dalam doa (bahawa Allah Ta'ala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu mendoa dengan kalimat: "Allah, jika Engkau mulia berilah aku!" Kerana sesungguhnya Allah Ta'ala tidak dipaksa memenuhi suatu doa."[Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2303]

Saturday, March 8, 2025

Tadabbur Ayat Al-Quran Ayat 75:1 hingga 5

- us Dr Hasnan Kasan kuliah tafsir Al-Quran Sabtu 8-Mac-2025,  7 Ramadhan 1446H 

Tadabbur Ayat Al-Quran Ayat 75:1 hingga 5

Surah Al-Qiyamah ayat 75:1 (klik sini)
{ لَآ أُقۡسِمُ بِيَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِ }

Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;

Surah Al-Qiyamah ayat 75:2 (klik sini)
{ وَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلنَّفۡسِ ٱللَّوَّامَةِ }

Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!

  • Nafsu lawwamah diterjemahkan sebagai jiwa yang menyesali dirinya sendiri. Ini mengacu pada jiwa yang memiliki perasaan bersalah atas tindakan yang telah dilakukan dan terus mencela diri sendiri karena kesalahan tersebut.


Surah Al-Qiyamah ayat 75:3 (klik sini)
{ أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَٰنُ أَلَّن نَّجۡمَعَ عِظَامَهُۥ }

Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?

Surah Al-Qiyamah ayat 75:4 (klik sini)
{ بَلَىٰ قَٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّيَ بَنَانَهُۥ }

Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).

  • kenapa Allah sebutkan jari? Kerana jari anggota yg dekat dgn manusia dan ianya kecil. Jika yg kecil Allah berkuasa susun semula apatah lagi anggota yg lebih besar utk menghidupkan semula manusia utk menerima pembalasan.

Surah Al-Qiyamah ayat 75:5 (klik sini)
{ بَلۡ يُرِيدُ ٱلۡإِنسَٰنُ لِيَفۡجُرَ أَمَامَهُۥ }

(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).

  • - "لِيَفۡجُرَ أَمَامَهُۥ" maksudnya:
  1. Org yg buat perkara salah/ingkar/derhaka tetapi tidak berasa bersalah/berdosa.
  2. Org yg melakukan derhaka kpd Allah dan memberi alasan akan melakukan taubat suatu hari nanti/apabila pencen.
- Surah An-Nisa ayat 4:86 (klik sini)
{ وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٖ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡهَآ أَوۡ رُدُّوهَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٍ حَسِيبًا }

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.

  • - "أَوۡ رُدُّوهَآۗ" jika org beri penghormatan kpd kita yg penuh, balas dgn yg sama dgn itu. Cth, terima salam yg penuh, maka jawab salamnya dgn penuh. Jika org beri salam yg pendek, kita balas dgn salam yg penuh (ie lebih baik dari membalas salam yg pendek)

Mengantuk dan menguap dalam solat

- us Mohd Azrul bin Ismail tazkirah Ramadan Sabtu 8-Mac-2025,  7-Ramadhan 1446H

Mengantuk dan menguap dalam solat

Hadis berkaitan mengantuk semasa melakukan solat, dan apakah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw:

Hadis dari Anas bin Malik ra: Rasulullah saw bersabda, "Jika salah seorang dari kalian mengantuk ketika solat, maka tidurlah hingga dia mengetahui apa yang dibacanya." (Shahih Al-Bukhari).

Hadis dari Aisyah R.Anha: Rasulullah saw bersabda, "Jika salah seorang dari kalian mengantuk dan dia sedang dalam keadaan solat, maka hendaklah dia pergi tidur terlebih dahulu sampailah hilang rasa tidurnya." (Shahih Al-Bukhari, Muslim).

Hadis dari Abu Hurairah: Rasulullah saw bersabda, "Apabila salah seorang dari kalian bangun di malam hari (untuk solat), namun lisannya merasa sukar untuk membaca Al-Qur’an (kerana ngantuk), lalu dia tidak sedar apa yang dia ucapkan, maka hendaklah dia baring (agar hilang ngantuknya terlebih dahulu)." (Shahih Muslim)


2. Hal menguap sewaktu bersolat:
Hadis berkaitan menguap dan solat dan apa yg diajarkan oleh Rasulullah  saw.

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi saw: "Allah mencintai bersin dan membenci kuap. Kerana itu kalau seseorang bersin lalu ia memuji Allah, maka setiap orang Islam lain yang mendengar, hendaklah mendoakannya. Kuap itu adalah dari syaitan. Orang hendaklah menahan kuapnya dengan secepat mungkin. Kalau ia mengucapkan "Wah!", maka syaitan tertawa mendengarnya." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1719]

Maksudnya :"Ibnu Abi Umar menceritakan kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami dari Ibnu Ajlan, dari Maqburi dari Abu Hurairah; sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda :"Bersin itu dari Allah, menguap itu dari syaitan, tatkala kamu semua menguap maka letakkanlah tangan pada mulut, dan tatkala ia menyuarakan 'Ah', 'Ah', maka syaitan mentertawakannya dari dalam. Sesungguhnya Allah senang pada bersin dan benci menguap, tatkala seorang lelaki menyuarakan 'Ah', 'Ah', maka syaitan mentertawakannya dari dalam". Hadis ini hasan. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2894]

Dari Abu Sa'id Al Khudri, dari bapanya r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah dia menutup mulutnya kerana syaitan dapat masuk." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2510]

  • Berhati-hati apbl menguap sewaktu solat,  kerana jika keluar suara hingga menyebutkan perkataan, maka batal solatnya kerana menyebut perkataan selain dari perkataan dalam solat.

Sunday, March 2, 2025

Amalan yang dituntut di bulan Ramadhan

- us Hj Syukri tazkirah Ramadhan 2-Mac-2025, 1 Ramadhan 1446H

Amalan yang dituntut di bulan Ramadhan

Apakah dalil orang-orang Islam diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan?
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ }

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Bau mulut orang yang berpuasa:
  • Maksud di sebalik hadis "bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi" bukanlah secara harfiah bahwa bau mulut orang berpuasa lebih wangi daripada kasturi. Hadis ini menggunakan bahasa kiasan (majaz) untuk menunjukkan bahwa ketaatan dan kesungguhan dalam berpuasa sangat disukai oleh Allah SWT. Bau mulut yang tidak sedap di dunia menjadi simbol ketaatan dan pengorbanan yang dilakukan oleh orang berpuasa, dan ini dihargai oleh Allah dengan pahala yang lebih besar daripada keharuman kasturi.

Pintu syurga Ar-Rayyan
  • Orang yang berpuasa memasuki syurga melaluinpintu Ar-Rayyan
  • Nama pintu syurga yang khusus untuk orang yang berpuasa adalah al-Rayyan. Pintu ini disebutkan dalam hadis sebagai pintu yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa, dan mereka yang memasukinya tidak akan merasa dahaga lagi selama-lamanya134. Nama "al-Rayyan" berasal dari kata "ar-riy" yang bererti tidak merasa dahaga, sesuai dengan keadaan orang yang berpuasa.

2 kegembiraan kepada orang yang berpuasa
  1. Kegembiraan ketika berbuka puasa: Ini adalah kegembiraan yang dirasakan ketika seseorang dapat kembali makan dan minum setelah seharian berpuasa. Kegembiraan ini timbul karena manusia secara alami cenderung menyukai hal-hal yang memuaskan kebutuhan dasar seperti makan dan minum.
  2. Kegembiraan ketika bertemu Tuhannya: Ini adalah kegembiraan yang lebih besar dan abadi, yaitu ketika seseorang bertemu dengan Allah SWT di akhirat kelak. Kegembiraan ini merupakan balasan atas amal ibadah yang telah dilakukan, termasuk puasa, dan merupakan ganjaran yang sangat besar.

Syaitan yang jahat dirantai dalam bulan Ramadhan.
  • Dalam bulan Ramadhan, syaitan yang dirantai bukanlah semua syaitan, melainkan sebahagian yang lebih ganas atau degil. Maksudnya adalah bahwa syaitan-syaitan ini tidak dapat menggoda orang beriman dengan bebas seperti di bulan-bulan lain. Ini karena orang beriman sibuk dengan ibadah seperti puasa, membaca Al-Quran, dan berzikir, yang melemahkan pengaruh syaitan. 
Apakah kelebihan membaca Al-Quran dalam bulan Ramadhan?
  • Membaca Al-Quran di bulan Ramadhan memiliki beberapa kelebihan, antaranya:
  1. Pahala Berlipat Ganda: Setiap huruf yang dibaca akan diberi balasan dengan sepuluh kebaikan, sehingga pahala membaca Al-Quran di bulan Ramadhan sangat besar.
  2. Ditinggikan Darjat: Orang yang membaca Al-Quran di bulan Ramadhan akan ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT.
  3. Dilindungi Malaikat: Mereka yang membaca Al-Quran akan dilindungi oleh malaikat dan merasakan ketenangan hati.
  4. Syafaat di Hari Kiamat: Al-Quran akan memberikan syafaat kepada pembacanya di hari kiamat.
Tuntutan supaya berdoa
{ وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِي وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ }

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Bilakah waktu mustajab doa dalam bulan Ramadhan?
  • Beberapa waktu mustajab untuk berdoa di bulan Ramadhan:
  1. Waktu Sahur: Sebelum memulai puasa, waktu sahur adalah momen yang baik untuk berdoa.
  2. Semasa Berpuasa: Doa orang yang berpuasa hingga berbuka tidak akan ditolak oleh Allah SWT.
  3. Menjelang Berbuka Puasa: Tiga hingga empat menit sebelum berbuka adalah waktu yang sangat mustajab untuk berdoa.
  4. Waktu Azan Berkumandang: Doa tidak tertolak ketika azan berkumandang.
  5. Malam Lailatul Qadar: Malam yang lebih baik dari 1000 bulan, sangat mustajab untuk berdoa.
  6. Sepertiga Malam Terakhir: Waktu yang tepat untuk solat tahajud dan berdoa